6 Perkara Yang Saya Dapat Daripada Business Foresight Forum (BFF) 2019

Alhamdulillah, kami di Majalah Labur berpeluang untuk menyertai acara yang dianjurkan Securities Industry Development Corporation (SIDC), iaitu Business Foresight Forum (BFF) 2019. Bertemakan ‘New Business Directions 2025 – Catalysts for Change’, ianya telah berlangsung pada 19 September 2019 yang lalu bertempat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara.

Banyak sebenarnya pengalaman yang ingin dikongsikan, banyak juga orang penting dan terkenal yang dapat kami jumpa. Berikut merupakan 6 perkara yang kami dapat sepanjang kami di BFF 2019.

1. Ekonomi Malaysia Berada Di Landasan Yang Betul

Ada orang kata ekonomi Malaysia lemah, ekonomi Malaysia sedang jatuh. Namun selepas kami dengar sendiri penjelasan dan data-data yang dibentangkan oleh YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); kami rasa amat bersyukur.

Ini kerana Malaysia tidaklah seteruk negara serantau yang lain, malah Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat baik. Samada daripada segi pertumbuhan negara, eksport, import dan bermacam-macam lagi.

Malaysia juga mempunyai asas ekonomi yang kukuh, dan mampu untuk berdepan dengan perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, serta krisis ekonomi yang dikatakan bakal tiba.

2. Banyak Projek Mega Yang Dirancang Untuk Negara

Profesor Edmund Terence Gomez menerusi presentation beliau, telah membuat kajian yang mendalam mengenai projek-projek mega yang sedang dan akan berjalan di Malaysia. Kalau sebelum ini, banyak projek melibatkan kerajaan Malaysia dan kerajaan China secara langsung yang melibatkan kos yang besar – namun kebanyakannya telah dibuat rundingan semula agar tidak membebankan negara.

Memang tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang memerlukan projek mega terutamanya dalam bidang infrastruktur dan pembangunan, namun kita juga perlu beri tumpuan kepada industri teknologi dan automasi; yang bakal menjadi tunjang pada masa akan datang.

3. Isu Luar Negara Tak Beri Kesan Besar Kepada Negara

Kita dengar sendiri daripada Pesuruhjaya Tinggi Britain, H.E. Charles Hay dan Ketua Ekonomi Bank Dunia (Malaysia), Richard Record memberikan pandangan mereka berkenaan isu Brexit, perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, dan bermacam-macam lagi.

Namun, kedua-dua pakar ini bersetuju bahawa isu-isu luar negara ini tidak memberi kesan yang besar kepada Malaysia. Kalau ada pun hanya sedikit, dan kita di antara negara serantau yang lebih bernasib baik.

4. Lebih Berhati-Hari Di Ruang Siber dan Sesi Hacking Secara ‘Live’

Di zaman internet ni, kita perlu lebih berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan atas talian. Orang boleh buat apa saja jika kita tidak berhati-hati. Nak akses emel kita? Nak godam akaun media sosial kita? Nak korek kata laluan kita?

Semuanya boleh…jika kita tidak ambil langkah yang sewajarnya.

Kami juga dapat tengok depan mata, bagaimana penggodam antarabangsa, Magda Lilia Chelly daripada Responsible Cyber Singapore yang menunjukkan aksi hacking beliau secara langsung di atas pentas. Memang ‘seram’ tengok.

5. Dapat Dengar Kisah Inspirasi, Ada Yang Menyayat Hati

Ramai betul tokoh-tokoh yang berkongsi kisah mereka, dapat dengar sendiri daripada Boost E-Wallet, Time dot Com, Fave dan empat anak muda yang tersenarai dalam ‘Forbes 30 under 30 Asia’; iaitu Melvin Poh, Cheong Jin Xi, Kendrick Wong dan Alex Patel.

Ada suka, ada duka, semuanya boleh dijadikan inspirasi dan pedoman dalam hidup kita. Semua ini sangat berharga, dan sesungguhnya pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kita kena lalui sendiri cabaran dan liku-liku kehidupan, baru dapat menjadi orang yang berjaya satu hari nanti.

6. Networking Dengan Lebih Daripada 300 Orang Delegasi

Yang terakhir sekali, kami berpeluang untuk berjumpa dengan ramai delegasi yang hadir. Rata-rata mereka yang hadir ke BFF 2019 adalah mereka yang dahagakan ilmu dan mencari sumber inspirasi.

Bukan calang-calang orang akan datang ke acara seperti ini, jadi rebut peluang untuk berkenalan dengan seramai yang mungkin.

Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada pihak SIDC yang menganjurkan BFF 2019 dengan jayanya. Panjang umur, kita jumpa lagi tahun depan.

Bagi mereka yang terlepas untuk menghadirkan diri ke BFF 2019 tempoh hari, jangan risau. Anda masih berpeluang untuk bersama-sama mereka dengan melanggan Video on Demand serendah RM90.

Langgan sekarang di https://www.ticket2u.com.my/event/14790/business-foresight-forum-(bff)-2019-(live-streaming).

Langgan segera, kena promosi ini akan tamat pada 3 Oktober 2019.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar – DPMM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata kata putus tersebut dipersetujui semasa satu pertemuan yang diadakan antara DPMM dan Gentari pada Rabu di pejabat pengurusan syarikat itu.

Selain itu, katanya, DPMM turut menyarankan agar satu program pembangunan bumiputera diwujudkan di Petronas agar syarikat bumiputera pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas dapat diberi keutamaan dalam pengagihan kontrak pada masa depan.

“DPMM bersedia untuk menjadi penghubung antara pemain industri bumiputera dan Petronas.

“Syarikat bumiputera banyak yang berkelayakan dan mempunyai merit cuma dipinggirkan dari diberi peluang untuk sama-sama bersaing dengan syarikat bukan bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norsyahrin berkata tindakan pantas pengurusan Gentari memanggil DPMM, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu dan pemain industri bagi menyelesaikan kemelut tersebut daripada terus berpanjangan turut diberi pujian.

— BERNAMA