7 Sebab Anda Kena Datang InvestSmart® Fest Pada 18-20 Oktober 2019 Di Mid Valley

Acara tahunan anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kembali lagi, kali ini ia akan diadakan di Dewan Pameran 1, Mid Valley Convention Centre pada hari Jumaat 18 Oktober sehingga hari Ahad 20 Oktober 2019. Bertemakan “Invest Smart” atau “Bijak Labur”, memang rugi siapa yang tak pergi.

Sebab apa rugi? Sebab pelbagai manfaat yang akan anda perolehi sepanjang 3 hari program tersebut dijalankan. Tak percaya?

Jom kita tengok 7 sebab kenapa anda kena datang InvestSmart® Fest 2019 tahun ini.

1. Banyak Booth Menarik Dengan Pelbagai Produk Pelaburan

Kalau anda sedang shopping produk pelaburan yang pelbagai di Malaysia, ini adalah tempatnya. Menampilkan berpuluh-puluh syarikat terkemuka, mereka ini menawarkan pelaburan saham, unit trust, Real Estate Investment Trust (REIT) atau Amanah Pelaburan Hartanah, perancangan kewangan dan bermacam-macam lagi.

Boleh buat perbandingan dan tanyalah pegawai-pegawai yang ada di setiap booth. Bila dah ada ilmu, baru kita boleh melabur dengan bijak.

2. “Digital Pavilion”

Sekarang kan dah masuk era digital, maka industri kewangan dan pelaburan pun semakin hari semakin ke arah digital. Dengan adanya “Digital Pavilion” yang khusus, kita boleh dapatkan maklumat dan pendedahan tentang pembiayaan berasaskan pasaran alternatif seperti pendanaan ekuiti ramai, pembiayaan rakan setara, syarikat pengurusan pelaburan digital dan bursa aset digital.

Memang kita kena bersedia daripada sekarang untuk ke arah digital, atau tidak kita akan ketinggalan.

3. Kumpul Goodie Bag

Tak meriah kalau kita pergi ke mana-mana event, tak kumpul goodie bag atau cenderamata yang disediakan. Bila dah banyak booth pameran, tentulah banyak goodie bag yang boleh kita perolehi.

Sambil dapat ilmu, dapat pula beg, pen, buku nota dan sebagainya yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian.

4. Ramai Speaker Yang Pakar Dan Berpengalaman

Nama pun acara mengenai pelaburan, tentulah ramai speaker-speaker yang akan berkongsi pengalaman dan ilmu tentang pelaburan kepada orang ramai. Boleh dengar sendiri dan tanya soalan dengan mereka yang pakar.

Juga dapatkan pendapat mereka mengenai situasi semasa pasaran saham, dan prospek pasaran dan ekonomi pada masa akan datang.

Orang kata market dah nak crash, dah crash ke belum? Ke tunggu masa je nak crash? Bila agak-agaknya tu?

5. Dapatkan Khidmat Nasihat Kewangan Daripada Pakar

Anda sedang hadapi masalah kewangan dan tak tahu nak tanya siapa? Rebut peluang untuk datang ke sini dan dapatkan khidmat penilaian perancangan kewangan daripada perancang kewangan berlesen di gerai pameran “#FinPlan4u”.

Semoga dengan adanya sesi ini, anda dah tahu nak buat apa seterusnya. Maklumlah, bukan calang-calang orang yang boleh jadi perancang kewangan yang bertauliah di Malaysia.

6. Networking

Kalau nak berjaya dalam sesuatu bidang, kita kenalah bersama-sama dengan ahlinya, betul tak? Siapa lagi yang akan datang ke acara pelaburan seperti ini, kalau bukan mereka yang minat tentang pelaburan.

Jadi ambil peluang untuk berkenalan dengan mereka yang mempunyai minat yang sama, sambil-sambil buat kawan.

7. Masuk Percuma

Lupa pula nak bagitahu, InvestSmart® Fest 2019 ni masuk percuma. Jadi bawalah seisi keluarga dan kawan-kawan bagi meramaikan majlis. Semoga semua ahli keluarga kita dan kawan-kawan kita akan jadi pelabur yang berilmu.

Nak melabur ni kena ada ilmu, kalau tak melebur namanya.

Jumpa Di Sana

Ayuh kita ke InvestSmart® Fest 2019 yang akan dianjurkan di Dewan Pameran 1, Mid Valley Convention Centre pada hari Jumaat 18 Oktober sehingga hari Ahad 20 Oktober 2019.

Jumpa anda di sana!

Infografik/Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pelajari peluang dan pilihan pelaburan di dalam pasaran modal Malaysia, dan bagaimana anda boleh melabur untuk masa depan anda, dengan menghadiri InvestSmart® Fest 2019.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend