7 Sebab Mengapa Rumah Teres Dua Tingkat di Dahlia 2, Serene Heights, Bangi Adalah Lokasi Terhangat Hartanah

Bila kita sebut pasal hartanah, semakin ramai orang menunjukkan minat untuk memilikinya. Lebih-lebih lagi apabila pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah menurunkan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) pada bulan Mei yang lalu. Ini bagi menggalakkan lebih ramai orang membeli rumah dengan kadar instalment bulanan yang lebih murah.

Menurut statistik terkini, hanya 43% rakyat Malaysia yang memiliki rumah. Dan bila sebut pasal Bangi ni, siapa yang tak kenal kan?

Apa Itu Dahlia 2, Serene Heights?

Sebelum kita mulakan bicara, Serene Heights menawarkan tema “Simple Pleasures of Life”, yang merangkumi kira-kira 448 ekar tanah pegangan bebas. Dahlia 2 pula merupakan projek perumahan rumah teres dua tingkat di Serene Heights yang akan dibina di lot individu berukuran 24′ x 70′ dengan luas binaan daripada 2,165 hingga 2,480 kaki persegi.

Dengan bilangan 4+1 bilik, memang cukup luas untuk seisi keluarga. Siap ada ruang lebih untuk tetamu dari jauh lagi, tak perlu mereka sewa homestay apabila mereka turun ke Lembah Klang. Bukan itu saja, dengan adanya 4 bilik air; kini anda tak perlu lagi berebut-rebut untuk menggunakannya.

Bertemakan konsep Tropikal Moden Kontemporari dengan kawasan lapang yang luas, laman menghijau dan taman permainan untuk mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak terdahulu di kampung.

OK sekarang dah tahu serba sedikit pasal Serene Heights dan Dahlia 2 ni, inilah 7 sebab mengapa ianya merupakan lokasi terhangat buat masa sekarang.

1. Lokasi, Lokasi, Lokasi

Aspek lokasi adalah perkara utama yang harus dititikberatkan dalam pembelian mana-mana hartanah. Kalau tersilap pilih lokasi, memang boleh merana hidup kita nanti.

Dan lokasi bagi Dahlia 2, Serene Heights memang strategik iaitu di bandar Bangi. Pusat membeli-belah Bangi Gateway, Bangi Sentral, Giant Bangi, IOI City Mall, Ostia Bangi, Tesco Bandar Puteri Bangi dan Tesco Semenyih ada berdekatan. Kemudahan hospital seperti KPJ Kajang Specialist Hospital, Hospital Kajang, Hospital Serdang dan Hospital Puswari SMC Bangi pun dekat sangat.

Nak hantar anak ke sekolah swasta, di sini ada Greenview Islamic School Bangi, Rafflesia International & Private Schools, Tanarata dan Tenby International School. Universiti pula tak payah cakap lah, memang berhampiran dengan GMI (German Malaysian Institute), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Nottingham University, UKM, UNITEN dan UPM.

Memang mantap area Bangi ni, kawasan yang dah well-established.

2. Kemudahan Akses Yang Meluas

Lokasi pun dah cantik, kemudahan untuk keluar masuk Dahlia 2, Serene Heights pun banyak. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan sendiri, kita ada Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya SILK. Masa perjalanan pastinya dipercepatkan dengan adanya jalan akses yang banyak.

Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam pula, kita ada kemudahan komuter dengan adanya Stesen UKM dan perkhidmatan MRT yang terletak di Stesen Kajang. Memang mudah sangat nak ke mana-mana.

3. Dilengkapi Kemudahan Yang Mantap

Bila sebut pasal rumah moden, pasti kita impikan ia mempunyai pelbagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai yang tinggal di situ.

Dahlia 2, Serene Heights ini bakal dilengkapi dengan Taman Permainan Bertema seperti Hopscotch Valley, Gasing Land, Congkak Place dan Takraw Park. Juga terdapat Taman Rekreasi seperti Wellness Garden dan Leisure Garden.

Kemudahan lain seperti Dewan Serbaguna, Surau dan Tadika turut disediakan. Sesuai sangat untuk mereka yang berkeluarga atau bersama-sama dengan ibubapa yang sudah tua; semuanya ada untuk mereka.

4. Eksklusif Untuk Anda

Kalau nak tahu, hanya 74 buat rumah akan dibangunkan di Dahlia 2, Serene Heights ni. Tersangatlah eksklusif dengan kawasan yang tak sesak dan dipenuhi rimbunan kehijauan yang menenangkan. Bilangan unit yang terhad ini pastinya mewujudkan keadaan yang mesra sesama jiran tetangga. Jarang sekali nak jumpa projek yang berkepadatan rendah sekarang ni. Ternyata Dahlia 2 sangat sesuai bagi mereka yang mementingkan privasi.

5. Harga Rumah Yang Berbaloi

Dengan harga permulaan serendah RM621,278, memang berbaloi sangat dengan lokasi, rumah teres dua tingkat dan kemudahan yang ditawarkan oleh Dahlia 2, Serene Heights ni. Sekali lagi kita kena ingat, mana nak dapat ruma teres dua tingkat dengan harga serendah ini? Dengan keluasan tanah 24’ x 70’, keluasan binaan 2,165 – 2,480 kaki persegi, dilengkapi dengan 4+1 bilik, 4+1 bilik air, 2 lot tempat letak kereta, dan rekabentuk moden untuk memenuhi citarasa terkini orang ramai.

Oh ya, rumah Freehold pula tu. Mana nak dapat dengan harga ni kan? Kalau ada pun lokasinya pasti lebih jauh, dan bukannya di Bangi.

Lokasi terbaik dan kemudahan terbaik, tempat pula sangat eksklusif dengan tak ramai penduduk. Cukup sesuai untuk mereka yang inginkan privasi, dan juga mudah untuk mesra dengan jiran tetangga yang aman damai.

6. Promosi Dan Diskaun Menarik Menanti Anda

Dengan hanya Booking Fee sebanyak RM5,000, anda dah boleh miliki rumah teres dua tingkat di Dahlia 2, Serene Heights ni. Yuran guaman dan duti setem semuanya percuma.

7% diskaun untuk Bumiputera dan rebat sehingga 17% sempena Kempen HOC yang sedang berjalan. Tak cukup dengan itu, tawaran langganan TM Unifi percuma selama 2 tahun menanti anda.

7. Dibangunkan Pemaju Yang Berkaliber

Terakhir sekali, siapa yang tak kenal dengan syarikat UEM Sunrise Berhad yang merupakan pemaju bagi projek ini? Ianya merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan salah sebuah daripada pemaju terbaik tanahair.

Orang kata nak tengok power tak power developer ni, tengok kepada projek-projek yang pernah mereka siapkan. Dan di antara projek-projek perumahan yang dibangunkan UEM Sunrise adalah:

  • Symphony Hills, Cyberjaya
  • Radia, Bukit Jelutong
  • Sefina Residences, Residensi22 Mont’ Kiara, Arcoris Mont’ Kiara, 28 Mont’ Kiara di Mont Kiara
  • Iskandar Puteri di Iskandar Malaysia, Johor
  • Singapura dan Australia pun ada

Rebut peluang untuk memiliki rumah di Dahlia 2, Serene Heights hari ini dengan harga permulaan serendah RM621,278. Layari https://uemsunrise.com/property/region/greater-kuala-lumpur/project/dahlia-2 untuk maklumat lanjut.

Siapa cepat dia dapat!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rehda: Peningkatan Kos Bahan Bina Jejas Harga Hartanah

PETALING JAYA, 14 Mac (Bernama) — Harga hartanah Malaysia dijangka terus naik secara ketara bagi separuh pertama 2024 berikutan peningkatan kos bahan binaan, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).

Presiden Rehda Datuk Nk Tong ketika mengulas mengenai Tinjauan Industri Hartanah Rehda separuh kedua 2023 dan Unjuran Pasaran 2024 berkata harga bahan binaan terus meningkat selepas pemaju melaporkan lebih 10 peratus kenaikan tahunan dalam harga purata bagi pasir dan konkrit menjelang akhir Disember 2023. 

“Ini bermakna kos pembinaan dijangka menokok sebanyak purata 15 peratus pada separuh pertama 2024,” katanya dalam taklimat media hari ini.

Tong menjelaskan lagi, 91 peratus daripada responden kaji selidik berpendapat 2023 menyaksikan harga bahan binaan mula memuncak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Akhirnya, kenaikan bahan binaan bermakna kos pembinaan akan menjadi mahal.

“Kami berharap isu ini akan dapat ditangani dengan berkesan dan semua pemain industri akan memainkan peranan mereka bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terbeban dengan kenaikan itu,” katanya.

Sementara itu, Tong berkata peserta pasaran hartanah kekal neutral terhadap prospek perniagaan serta industri hartanah untuk separuh pertama 2024 tetapi lebih optimistik tentang pasaran pada separuh kedua 2024.

“Ini boleh difahami dengan mengambil kira cabaran industri tetapi keyakinan yang lebih tinggi untuk separuh kedua tahun ini menunjukkan bahawa responden dan pemaju pada umumnya masih yakin bahawa pasaran akan bertambah baik,” tambahnya lagi.

Tong ketika mengulas mengenai cadangan Akta Pembangunan Semula Bandar, menempelak dakwaan bahawa ianya akan membolehkan pemaju merampas tanah untuk mendapatkan keuntungan adalah sesuatu yang salah sama sekali.

Beliau berkata sebagai pemaju yang bertanggungjawab, ahli Rehda mempunyai banyak opsyen untuk memperoleh tanah pembangunan di tempat lain, yang boleh dibangunkan dengan mudah berbanding dengan membangunkan semula bangunan sedia ada.

“Bagaimanapun, sebagai inisiatif strategik, Rehda Malaysia memuji Kementerian Perumahan dan wawasan Kerajaan Tempatan, melalui Menteri, untuk terus meningkatkan fabrik perbandaran bagi memastikan mereka kekal berdaya saing dan menarik di seluruh dunia untuk manfaat rakyat.

“Kami sedang menunggu lebih banyak butiran khusus untuk akhirnya, melibatkan KPKT tetapi kami percaya mereka juga telah mengkaji dengan teliti model yang sama di rantau ini yang telah beroperasi dengan baik selama beberapa dekad,” katanya.

— BERNAMA