Belanjawan 2020 Semakin Menghampiri, Apa Yang Boleh Kita Harapkan

Belanjawan datang lagi, dan semestinya ia merupakan tarikh yang dinanti-nantikan satu negara. Hari Jumaat, 11 Oktober 2019 adalah tarikhnya. Selepas solat Jumaat, lebih tepat lagi.

Bangunan Parlimen semestinya menjadi tumpuan, dan YB Tuan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia akan membentangkan Belanjawan 2020 pada hari tersebut.

Apa Yang Boleh Kita Harapkan?

Pakatan Harapan telah pun mengambil alih tampuk pemerintahan sejak Mei 2018 selepas kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Setelah setahun lebih memerintah, pastinya mereka berada dalam keadaan yang lebih baik untuk membuat perancangan yang terbaik untuk negara.

Jadi apakah yang boleh kita harapkan dalam Belanjawan 2020 yang akan datang?

Untuk itu, jom kita ikuti berita-berita panas yang menjadi bualan orang ramai lagi beberapa hari menjelang pembentangan tersebut.

1. Bantuan Sara Hidup (BSH) Yang Lebih Baik?

Jika sebelum ini kita ada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kemudiannya ia ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Penerima BSH telah berkurangan dan kadar yang diterima mereka yang layak juga semakin berkurangan.

Mungkinkah ada berita baik untuk golongan B40 terutamanya? Kita tunggu dan lihat.

2. Gaji Wajar Untuk Semua

Sebelum ini gaji minima ditetapkan pada paras RM1,100, dan ianya tindakan yang baik. Namun, jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ianya pasti tidak munasabah.

Sebab itulah, Bank Negara Malaysia telah menetapkan Gaji Wajar sebagai benchmark kita semua sebagai rakyat Malaysia. Bagi seorang individu bujang yang menetap di Kuala Lumpur, gaji wajar adalah sebanyak RM2,700.

Masalahnya, lebih daripada 50% rakyat Malaysia mempunyai gaji di bawah RM2,500; maka adalah wajar agar gaji dinaikkan.

3. Turunkan Harga Rumah

Dengan lambakan rumah yang tidak terjual semakin meningkat saban tahun, perlu ada mekanisme bagi menurunkan harga rumah. Walaupun terdapat beberapa inisiatif yang dibuat pihak kerajaan, namun masih tidak berapa berkesan untuk menanganinya.

Sudah tiba masanya pemaju membina rumah dan menjualnya pada harga yang mampu milik, bukan mampu tengok saja. Tetapi ia perlu campur tangan kerajaan bagi memastikan ia benar-benar berlaku.

4. GST 2.0 Akan Kembali?

Defisit belanjawan akan berterusan, dan ada gesaan daripada beberapa belah pihak untuk memperkenalkan semula Goods and Services Tax atau GST. Ini kerana ia mampu memberikan pendapatan tambahan bagi kerajaan, seterusnya dapat menampung defisit kerajaan.

Walaupun ianya pahit ditelan, kerana kita telah bertukar kepada Sales and Services Tax (SST); namun ianya mungkin terpaksa dilaksanakan semula. Kalau dulu kita dikenakan pada kadar 6%, mungkin boleh diperkenalkan dengan kadar yang lebih rendah iaitu 3%.

Acara Pasca Belanjawan 2020, Dengar Pendapat Pakar Ekonomi

Bagi mereka yang berminat untuk mendengar kupasan daripada pakar-pakar ekonomi, jemput hadir ke acara Post Budget 2020: Outlook and Perspectives For The Economy & Capital Market Businesses yang dianjurkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC) dan akan berlangsung di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara pada hari Jumaat, 18 Oktober 2019.

Ianya akan menampilkan YB Dr. Ong Kian Ming yang merupakan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kamarul Bahrin Haron, Naib Ketua Editor Astro Awani, yang akan menjadi moderator.

4 orang pakar ekonomi juga akan bersiaran secara langsung dengan kita, iaitu Johan Mahmood Merican, Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara daripada Kementerian Kewangan; Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia; Lee Jim Leng, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank; dan Dr. Veerinderjeet Sing, Pengerusi Kumpulan Axcelasia Inc.

Daftar Sekarang

Samada anda seorang ahli ekonomi, pelabur atau orang awam sekalipun; acara ini memang sesuai untuk anda dapatkan maklumat lanjut berkenaan Belanjawan 2020.

Harga tiket adalah seperti berikut:

RM550 harga biasa untuk seorang
RM450 seorang untuk kumpulan sepuluh lebih orang

Layari Ticket2U atau https://budget2020.sidc.com.my/ untuk pendaftaran atau hubungi SIDC di talian: +603 6204 8274 / 8439 / 8664 untuk maklumat lanjut.

Kita jumpa nanti pada hari Jumaat, 18 Oktober 2019 di Bukit Kiara. Daftar sekarang, kerana tempat adalah terhad.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend