Esok Pengumuman Belanjawan 2020, Adakah Ekonomi Malaysia Akan Berada Di Landasan Yang Betul Tahun Depan?

Mesti dah tak sabar kan dengan pengumuman Belanjawan 2020 esok petang? YB Tuan Lim Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia bakal membentangkan Belanjawan 2020 yang akan memberikan petunjuk ke manakah hala tuju Malaysia tahun depan.

Untuk itu, kita perlu tahu di manakah Malaysia buat masa sekarang dan bagaimana prestasi kita sepanjang tahun ini.

1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Yang Konsisten

Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK yang konsisten setiap tahun. Pada tahun 2018 ianya berada pada paras 4.72%, dan tahun 2019 dijangkan turun sedikit kepada 4.66%. Di sebalik perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China yang hangat, Malaysia masih boleh berbangga dengan pencapaian ini.

KDNK Malaysia dijangka meningkat pada tahun 2020, naik ke 4.8% pula. Banyak lagi negara lain yang tidak bernasib baik seperti Malaysia, dan ekonomi mereka mengalami penurunan disebabkan ketidaktentuan ekonomi dunia.

2. Ringgit Malaysia Mengukuh

Samada kita sedar atau tidak, Ringgit Malaysia mencatatkan prestasi yang agak memberangsangkan. Ringgit mengukuh berbanding matawang Dolar Australia, Pound Sterling, Euro, Dolar Singapura, Renminbi China dan Rupiah Indonesia.

Walaupun ianya jatuh sedikit berbanding Dolar Amerika Syarikat, Yen Jepun dan Baht Thailand; namun secara keseluruhannya Ringgit Malaysia boleh tahan juga prestasinya.

3. Inflasi Terkawal

Pada tahun 2018, kadar inflasi negara berada pada paras 0.97% dan dijangka meningkat kepada 2% pada tahun ini. Malaysia boleh dikatakan negara yang mempunyai kadar inflasi yang sangat rendah dan ianya dijangka kekal rendah untuk tahun-tahun yang mendatang.

4. Kadar Pengangguran Berkurang

Jika kadar pengangguran pada tahun 2018 berada pada paras 3.36% berbanding 3.41% pada tahun sebelumnya, tahun 2019 bakal menyaksikan kadar pengangguran terus berkurang.

Petanda Ekonomi Malaysia Yang Baik Pada Tahun 2019

Ini semua menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia tidaklah seteruk mana yang digembar-gemburkan. Dan diharapkan negara akan lebih berkembang maju pada tahun hadapan.

Sebab itulah ramai yang memang tak sabar-sabar nak tahu intipati Belanjawan 2020, dan telah kedengaran banyak desas-desus mengenainya. Ada yang kata GST akan kembali, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditingkatkan, harga rumah akan diturunkan dan bermacam-macam lagi. Apa-apa pun, kita tunggu pengumuman esok baru kita boleh berdiskusi dengan lebih lanjut.

Untuk itu, kita ada platform terbaik yang disediakan untuk orang ramai datang dengar sendiri daripada mulut pakar ekonomi kita yang akan melontarkan pandangan dan pendapat mengenai kesan Belanjawan 2020 kepada ekonomi Malaysia.

Jemput Hadir Ke Acara Pasca Belanjawan 2020

Bagi mereka yang berminat untuk mendengar kupasan daripada pakar-pakar ekonomi, datanglah beramai-ramai ke Post Budget 2020: Outlook and Perspectives For The Economy & Capital Market Businesses yang dianjurkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC) yang akan berlangsung di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara pada hari Jumaat, 18 Oktober 2019.

Ianya akan dihadiri YB Dr. Ong Kian Ming yang merupakan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kamarul Bahrin Haron, Naib Ketua Editor Astro Awani, selaku moderator pada hari tersebut.

Kita juga bertuah kerana akan terdapat 4 orang pakar ekonomi yang akan memeriahkan majlis tersebut.

Mereka adalah Johan Mahmood Merican, Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara daripada Kementerian Kewangan; Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia; Lee Jim Leng, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank; dan Dr. Veerinderjeet Singh, Pengerusi Kumpulan Axcelasia Inc.

Daftar Sekarang

Samada anda seorang ahli ekonomi, pelabur atau orang awam sekalipun; acara ini memang sesuai untuk anda dapatkan maklumat lanjut berkenaan Belanjawan 2020.

Harga tiket adalah seperti berikut:

RM550 harga biasa untuk seorang
RM450 seorang untuk kumpulan sepuluh lebih orang

Layari Ticket2U atau https://budget2020.sidc.com.my/ untuk pendaftaran atau hubungi SIDC di talian: +603 6204 8274 / 8439 / 8664 untuk maklumat lanjut.

Kita jumpa nanti pada hari Jumaat, 18 Oktober 2019 di Bukit Kiara. Daftar sekarang, kerana tempat adalah terhad.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend