5 Mitos Pinjaman Peribadi Yang Terungkai: Apa Yang Benar dan Palsu

Bagi kebanyakan orang sekarang, meminjam wang untuk apa sahaja sebab bukanlah sesuatu yang bagus. Tambahan lagi dengan adanya faktor-faktor seperti stigma sosial beserta masalah budaya kita yang gemar ‘membawang’, ia boleh membantutkan niat seseorang dalam mendapatkan bantuan kewangan apabila dia memerlukannya.

Tiada faedah yang akan kita dapat jika sering mendengar khabar angin. Cara terbaik bagi menimbang sebarang pilihan yang ada ialah dengan melihat kesemua fakta dan data berkaitan dengan sesuatu perkara agar anda dapat membuat keputusan yang tepat. Ini termasuklah apabila anda ingin mengambil pinjaman peribadi sewaktu anda memerlukannya.

Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai ‘khabar angin’ mengenai pinjaman peribadi. Akibatnya, ramai di kalangan kita yang akhirnya mengambil keputusan untuk tidak membuat pinjaman ini walaupun sangat memerlukannya, contohnya apabila wang simpanan anda semakin berkurangan. Dapatkan kebenaran yang sebenar atau anda akan terus hidup ibarat ‘kais pagi makan pagi’.

Jadi tanpa berlengah lagi, marilah kita ketahui lebih lanjut tentang apa yang benar dan apa yang tidak mengenai pinjaman peribadi, dengan melihat 5 mitos berikut ini:

Mitos #1: “Tidak salah untuk mengambil pinjaman peribadi bagi pihak lain, seperti ahli keluarga atau kawan baik sendiri”

Meminjam dan memberi pinjaman kepada kaum keluarga atau teman-teman terdekat merupakan perkara yang biasa dalam hidup. Tetapi, meminjam wang daripada sebuah bank dan seterusnya meminjamkan wang tersebut kepada orang lain selalunya akan berakhir dengan tragedi. Sebagai permulaan, cuba anda cari tahu kenapa ahli keluarga atau kawan anda itu tidak dapat mengambil pinjaman dengan sendiri.

Jika ia disebabkan oleh kreditnya yang tidak bagus, ini merupakan tanda buruk bagi anda. Walaupun niat anda sangat baik kerana ingin membantunya, anda akan dibebankan dengan hutang sekiranya dia tidak membayar semula pinjaman tersebut. Lebih teruk lagi, tidak membayar dengan sengaja akan memburukkan anda di mata bank, di mana ia boleh memberi kesan terhadap skor kredit anda yang boleh merosakkan peluang anda dalam mendapatkan pinjaman perumahan (sebagai contoh) untuk diri anda sendiri di masa akan datang.

Mitos #2: “Pinjaman peribadi hanyalah untuk mereka yang bergaji atau berpendapatan tetap” 

Umum mengetahui yang pihak pemberi pinjaman lebih menyukai golongan bergaji tetap dalam hal memberi pinjaman peribadi kerana peluang untuk mereka membayar balik pinjaman adalah lebih tinggi. Namun begitu, tidak semestinya golongan berpendapatan yang lain diabaikan.

Malah, terdapat pelbagai bank di Malaysia yang menawarkan pelbagai pinjaman peribadi bagi mereka yang berpendapatan tidak tetap atau berdasarkan komisen. Terdapat juga sesetengah bank yang menawarkan pinjaman peribadi bagi golongan ekspatriat dengan syarat mereka melampirkan beberapa dokumen tambahan.

Mitos #3: “Hanya dengan skor kredit yang baik akan melayakkan anda untuk mendapatkan pinjaman peribadi”

Sejarah kredit anda merupakan salah satu perkara terpenting yang akan diambil kira dalam semakan kelayakan bagi mendapatkan pinjaman peribadi. Kebiasaannya, mempunyai skor kredit yang baik bermakna anda telah lulus bahagian semakan tersebut. Skor yang baik juga boleh melayakkan anda untuk mendapatkan pinjaman dengan syarat pinjaman yang lebih bagus.

Namun begitu, mempunyai skor yang kurang bagus tidak bermakna anda tidak layak sama sekali. Walaupun skor yang ada tidak begitu memuaskan, anda masih lagi mempunyai beberapa pilihan untuk dipilih. Anda boleh cuba memohon pinjaman peribadi bercagar di mana anda harus bersedia menyerahkan beberapa aset untuk diambil pihak bank (sekiranya gagal membayar balik pinjaman). Ketahui dengan lebih lanjut mengenai skor kredit di halaman Credit Reports FAQ.

Mitos #4: “Mengambil pinjaman peribadi hanya akan lebih membebankan dalam jangka masa panjang”

Sebenarnya, mengambil sebarang jenis pinjaman juga akan menambahkan hutang anda. Tetapi apa yang membuatkan pinjaman peribadi sesuatu yang berguna ialah anda boleh menggunakannya bagi apa sahaja keperluan. Sama ada anda ingin mengubah suai rumah anda atau menyambung pelajaran, anda boleh menggunakan wang pinjaman peribadi tersebut.

Anda juga boleh menggunakan wang tersebut untuk melangsaikan beberapa hutang yang menimbun. Contohnya, jika bil kad kredit anda semakin menggunung, anda boleh menggunakan pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang rendah untuk membayar balik kesemua hutang tersebut, dan seterusnya hanya perlu membuat satu jenis pembayaran sahaja. Baca dengan lebih lanjut mengenai strategi-strategi mengurangkan hutang dalam artikel  5 Useful Tips to Become Debt-Free.

Mitos #5: “Memohon pinjaman peribadi memakan terlalu banyak masa dan menyusahkan”

Dengan teknologi digital yang semakin berkembang pesat dalam sektor kewangan, perkara di atas tidak lagi benar. Anda tidak perlu lagi bersusah-payah pergi ke bank bagi melakukan sebarang jenis transaksi kewangan.

Kini anda boleh memohon pinjaman peribadi dari rumah anda sama ada di peranti mudah-alih ataupun komputer anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memuat naik beberapa salinan dokumen yang penting dan isi borang permohonan dalam talian. Lebih hebat lagi, terdapat beberapa pinjaman yang mempunyai tempoh kelulusan yang singkat, iaitu dalam 10-15 minit sahaja!

Kesimpulannya, ramai di kalangan orang kita yang mudah percaya tentang sesuatu khabar angin apabila terlalu sering mendengarnya. Tetapi dengan sedikit usaha dalam mendapatkan kebenaran, ia akan dapat membantu anda, ini termasuklah khabar angin mengenai pinjaman peribadi, di mana dengan mengetahui kebenaran akan menyelamatkan anda daripada ditimpa masalah bebanan hutang.

Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi yang bersesuaian, lihatlah beberapa pilihan pinjaman peribadi yang terbaik di Malaysia ketika ini, selain daripada pelbagai promosi pinjaman peribadi yang sedang berlangsung. Namun begitu, berwaspadalah dengan sebab-sebab utama kenapa permohonan pinjaman peribadi ditolak sebelum anda memohon sesebuah pinjaman.

Ditulis oleh BBazaar Malaysia. Diterjemahkan oleh Dayana Sobri.
Artikel ini disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com.

6 Tips Dalam Meminta Seseorang Untuk Menjadi Penjamin Anda

Apabila anda ingin memohon sesuatu pinjaman di Malaysia, salah satu syaratnya ialah anda perlu mempunyai seorang penjamin atau peminjam bersama (sekiranya anda membuat permohonan bersama dengan seseorang). Kebanyakannya akan meminta ahli keluarga sendiri untuk menjadi penjamin, manakala sebilangan orang akan meminta saudara-mara bahkan teman rapat untuk menolong mereka.

Tidak kira siapa yang anda inginkan untuk menjadi penjamin anda, anda perlu menguruskan hal ini dengan berhati-hati, kerana hal kewangan sememangnya sesuatu yang amat sensitif. Ini kerana pihak bank akan mengejar penjamin anda sekiranya anda gagal membayar balik wang pinjaman itu.

Bagi anda yang bercadang dalam meminta seseorang untuk menjadi penjamin anda, kami mempunyai beberapa nasihat yang baik untuk anda.

Lihat 6 tips berikut ini jika anda ingin meminta seseorang menjadi penjamin anda:

1. Pilih Penjamin Yang Bersesuaian

Sumber gambar: TeroVesalainen/Pixabay

Kenal pasti orang-orang di sekeliling anda yang mempunyai skor kredit yang baik. Adakah mereka hebat dalam menguruskan hutang-hutang mereka? Adakah mereka menepati masa apabila membayar bil-bil mereka? Adakah mereka berpendapatan tetap?

Mereka yang kewangannya stabil selalunya berkemahiran dalam menguruskan wang dan juga kewangan peribadi mereka; dan orang-orang beginilah yang anda perlukan untuk menjadi penjamin anda, kerana mempunyai skor kredit yang baik akan meningkatkan peluang anda dalam mendapatkan pinjaman. Pada dasarnya, anda mesti mempertimbangkan beberapa perkara, termasuklah:

  • Skor kredit dan pelbagai aset yang penjamin anda harus ada
  • Lokasi mereka (untuk kemudahan bersama, pilihlah seseorang yang tinggal berdekatan kerana dia perlu ada dalam setiap perjumpaan dan urusan tandatangan)

Kenal pasti apa keperluan atau syarat sebagai penjamin yang dikehendaki pihak bank. Syarat-syaratnya mungkin berlainan bergantung kepada bank atau jenis pinjaman yang anda mohon. Anda juga boleh semak lebih lanjut mengenai syarat-syarat asas sebagai penjamin oleh Bank Negara Malaysia.

Namun begitu, permohonan anda akan menjadi sia-sia jika anda sendiri mempunyai skor kredit yang rendah, jadi sebelum membuat sebarang permohonan pinjaman, pastikan anda tingkatkan skor kredit anda terlebih dahulu.

2. Berlatih Berbicara Bagi Meyakinkan Bakal Penjamin

Sumber gambar: rawpixel/Pixabay

Anggaplah situasi anda seolah-olah anda bakal memberikan pembentangan atau ‘business pitch’ di tempat kerja. Bayangkan diri anda di tempat hadirin yang ada, dan fikirkan pelbagai persoalan yang bakal mereka tanyakan. Sediakan jawapan anda; lebih banyak soalan oleh bakal penjamin yang dapat anda jawab, lebih baik. Mempunyai pengetahuan yang mendalam menunjukkan betapa bertanggungjawab dan seriusnya anda dalam hal ini, dan ini boleh memberi keyakinan kepada bakal penjamin anda.

Rancangkan perkara-perkara utama yang ingin anda bualkan untuk mengelak daripada bersembang kosong dan membuang masa. Setelah anda bersedia, kumpulkan kesemua maklumat yang penting (contohnya seperti maklumat mengenai pinjaman itu, pelan pembayaran balik, atau pelan kecemasan) dan bawalah ia bersama dengan anda sewaktu bertemu dengan bakal penjamin. 

3. Berjumpa Dengan Mereka Secara Peribadi

Sumber gambar: katemangostar/Freepik

Wang merupakan isu yang amat sensitif, jadi lebih baik sekiranya anda bercakap dan berjumpa dengan bakal penjamin secara peribadi bagi mengelakkan sebarang salah faham dan juga untuk mendapatkan kepercayaan mereka.

Buat perjanjian untuk berjumpa dengan mereka bagi menunjukkan betapa serius dan komitednya anda dalam mendapatkan pinjaman ini bagi meningkatkan taraf hidup anda. Pilih tempat, tarikh, dan masa untuk berjumpa yang paling memudahkan buat mereka.

Jika anda berjumpa dengan mereka di tempat awam, pilihlah kafe yang selesa dan tidak terlalu ramai orang yang memberikan anda sedikit privasi dan tidak bising. Ini memudahkan anda untuk berbual dengan tenang dan selesa. Belikan mereka minuman atau makanan (jika perlu) sebagai tanda terima kasih kerana mereka telah bersusah payah untuk bertemu dengan anda.

Beritahu mereka tentang rancangan anda untuk menyambung pengajian, membeli kereta agar memudahkan anda ke tempat kerja, melangsungkan majlis perkahwinan dan sebagainya. Berterus-teranglah dan seterusnya beritahu mereka mengenai niat anda dalam mendapatkan pinjaman bagi melaksanakan impian tersebut, dan anda memerlukan seorang penjamin bagi membantu anda.

4. Bentangkan Pelan Pembayaran Balik

Sumber gambar: katemangostar/Freepik

Setelah anda memberitahu mereka mengenai rancangan dan sebab anda untuk mendapatkan pinjaman, tunjukkan keupayaan anda dalam membayar balik pinjaman tersebut. Bentangkan pelan pembayaran balik, dan pastikan ia munasabah. Jangan lupa beritahu mereka tentang situasi kewangan anda, pendapatan anda, serta bajet bulanan; dan tunjukkan jadual pembayaran balik agar mereka tahu berapa banyak jumlah yang akan anda bayar nanti.

Anda juga boleh meyakinkan mereka lagi dengan memberitahu mereka bahawa Malaysia kini mempunyai sistem yang lebih adil buat para penjamin, di mana mereka tidak lagi diisytiharkan muflis sekiranya peminjam gagal membayar hutang mereka. Namun begitu, pastikan kepada mereka bahawa anda tidak akan ambil ringan terhadap hutang anda.

Sebagai tambahan, beritahu mereka tentang hak-hak mereka sebagai seorang penjamin. Berikan mereka risalah Info Perbankan Mengenai Penjamin yang dikeluarkan oleh Bank Negara dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia. Risalah tersebut memperincikan segala perkara yang penjamin patut tahu, termasuklah hak-hak mereka dan cara-cara bagi melindungi kewangan mereka.

5. Bentangkan Pelan Kecemasan

Sumber gambar: Freepik

Tak kira betapa bersedianya kita, hidup ini penuh dengan kejutan, dan sebilangannya boleh memberi kesan terhadap kewangan anda. Jika hal ini terjadi, hidup anda akan menjadi lebih mudah sekiranya anda telah menyediakan pelan kecemasan awal-awal lagi.

Dalam kes di mana anda tidak berupaya untuk membayar semula pinjaman anda disebabkan oleh perkara yang tidak diduga, beritahu bakal penjamin anda mengenai langkah-langkah yang bakal anda ambil bagi menangani masalah itu, berdasarkan kepada jenis pinjaman yang anda ambil. Contohnya seperti:

  • Membuat perundingan semula syarat pinjaman
  • Menjual atau menyewa kenderaan atau hartanah untuk keuntungan

Terdapat pelbagai pilihan yang boleh anda pilih sekiranya anda tidak dapat membayar semula pinjaman anda, jadi rajin-rajinlah mencari maklumat atau bertanya mengenai pilihan yang ada, dan pilihlah langkah yang terbaik berdasarkan kepada situasi anda.

6. Apa Yang Perlu Anda Lakukan Setelah Mereka Memberi Jawapan

Sumber gambar: Ijeab/Freepik

Tak kira betapa rapatnya anda dengan bakal penjamin anda, jangan sangka mereka akan bersetuju. Meminta seseorang untuk menjadi penjamin anda merupakan perkara yang besar, jadi bertimbang rasalah terhadap mereka. Berilah mereka masa yang cukup untuk membuat keputusan, kerana hal ini juga akan memberi kesan kepada mereka. Lihat apa yang perlu anda lakukan setelah mereka memberikan jawapan:

  • Jika mereka berkata ‘tidak’
    Janganlah anda memaksa mereka dan meminta mereka untuk mempertimbangkannya lagi. Jawapan ‘tidak’ bermakna mereka mempunyai komitmen kewangan yang lebih penting. Ucapkan terima kasih kepada mereka dan cari bakal penjamin yang lain.
  • Jika mereka berkata ‘mungkin’
    Jawapan ini agak rumit: jika langkah anda benar mungkin anda akan mendapat jawapan yang positif, tetapi jika tersalah langkah anda akan mendapat jawapan yang negatif. Dalam hal ini bakal penjamin anda masih kurang keyakinan. Mungkin anda tidak menjawab segala persoalan mereka dengan terperinci. Cari tahu apa yang bermain di fikiran mereka. Berjumpalah sekali lagi atau bawalah mereka ke bank untuk bertemu dengan pegawai bank. Jika anda ingin membuat permohonan dalam talian, duduklah bersama dengan mereka dan tinjau halaman tersebut bersama-sama. Ini akan lebih meyakinkan mereka.
  • Jika mereka berkata ‘ya’
    Tahniah, anda semakin hampir dalam melaksanakan impian anda! Anda boleh pergi ke bank bersama-sama untuk berbincang dengan pegawai bank atau berjumpa dengan mereka bagi membuat permohonan dalam talian. Tak kira sama ada anda membuat permohonan di bank atau dalam talian, pastikan anda turut melibatkan mereka dalam setiap proses permohonan.   

Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi yang bersesuaian, lihatlah beberapa pilihan pinjaman peribadi yang terbaik di Malaysia ketika ini, selain daripada pelbagai promosi pinjaman peribadi yang sedang berlangsung.

Kami turut mempunyai berita baik untuk anda! MOHON SEKARANG untuk Standard Chartered CashOne Personal Loan atau Citi Personal Loan, istimewa di BBazaar, dan dapatkan baucar Tesco bernilai RM50 setelah pinjaman diberi. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ditulis dan diterjemahkan oleh Dayana Sobri bagi pihak BBazaar Malaysia.
Artikel ini disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com.

5 Situasi Yang Membenarkan Anda Mengambil Pinjaman Peribadi

Pinjaman peribadi bukanlah sesuatu yang murah, kerana ia melanjutkan kredit tidak bercagar untuk dibayar balik bersama dengan faedah dalam ansuran yang sama. Namun begitu masih ramai yang membuat permohonan untuk pinjaman peribadi kerana ia boleh diperolehi dalam masa yang singkat bagi memenuhi keperluan yang mendesak.

Tidak seperti pinjaman-pinjaman khusus yang lain seperti pinjaman perumahan atau pinjaman kereta, pinjaman peribadi boleh digunakan bagi memenuhi apa sahaja keperluan. Tetapi sesetengah sebab untuk mengambil pinjaman peribadi lebih masuk akal berbanding sebab-sebab yang lain.

Contohnya seperti 5 situasi di bawah ini, di mana anda mempunyai sebab yang baik untuk mengambil pinjaman peribadi:

1. Apabila Anda Ingin Mengubahsuai Rumah Anda

Mengambil pinjaman peribadi bagi mengubahsuai rumah anda agar ia lebih selesa untuk didiami merupakan suatu keputusan kewangan yang bijak kerana:

  • Anda membuat pelaburan kepada rumah anda, yang merupakan suatu aset yang boleh meningkat nilainya
  • Pinjaman perumahan anda mungkin tidak cukup untuk menanggung kos-kos tambahan seperti kerja-kerja pertukangan, kelengkapan bilik mandi, atau mengubahsuai bilik
  • Anda boleh menyimpan sedikit wang daripada pinjaman tersebut dalam tabung simpanan anda

2. Apabila Anda Ingin Membina Kerjaya Anda

Ia merupakan suatu idea yang bernas jika anda mengambil pinjaman peribadi untuk meningkatkan sebarang kemahiran profesional anda dengan menyertai sesebuah kursus ataupun melanjutkan pengajian tinggi sekiranya anda tidak mampu membayar yuran.

Dengan cara ini, anda sebenarnya membuat pelaburan ke atas diri anda, yang memungkinkan anda untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dan seterusnya memperoleh gaji yang lebih lumayan.

Tetapi jika anda hanya ingin meningkatkan sebilangan kemahiran profesional anda, jangan lupa layari portal-portal dalam talian seperti udemy.com dan LinkedIn Learning yang menawarkan pelbagai kursus-kursus yang percuma atau murah. Anda pastinya tidak memerlukan sebarang pinjaman dalam hal ini!

3. Apabila Anda Ingin Membayar Semula Segala Hutang Kad Kredit

Kredit Gambar: Kate Mangostar/Freepik

Pinjaman peribadi amat berguna dalam melangsaikan segala hutang kad kredit yang semakin bertambah bulan demi bulan. Ramai di kalangan rakyat kita yang memohon pinjaman peribadi untuk melangsaikan semua hutang kad kredit mereka kerana kadar faedah bagi pinjaman peribadi adalah lebih sedikit berbanding dengan kadar bayaran kad kredit yang lewat.

4. Apabila Anda Ingin Melangsungkan Perkahwinan

Majlis perkahwinan merupakan sesuatu yang mahal, lebih-lebih lagi jika anda ingin kelihatan hebat dan mewah. Akibatnya, semakin ramai orang yang mengambil pinjaman peribadi bagi menanggung segala keperluan majlis, seperti bersanding atau majlis resepsi dan juga untuk berbulan madu, di mana wang simpanan mereka tidak mencukupi.

Dengan cara ini mereka dapat memastikan yang hari istimewa mereka (ataupun sebarang pembayaran berkaitan yang lain) tidak akan terjejas meskipun wang simpanan mereka tidak mencukupi, dan mereka juga dapat mengurangkan beban kewangan terhadap ibu bapa dalam menanggung perbelanjaan perkahwinan.

Nasihat kami: tidak mengapa bagi anda untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan anda dengan pinjaman peribadi jika anda tidak mempunyai simpanan, tetapi anda harus ingat bahawa anda hendaklah membuat pembayaran balik bagi pinjaman tersebut beserta faedahnya. Jadi yang penting sekali di sini ialah jangan berbelanja terlalu boros untuk majlis anda, dan cuba tetapkan bajet bagi setiap keperluan yang ada, contohnya seperti baju pengantin anda, fotografi pra-perkahwinan, hadiah, bilangan tetamu yang dijemput, tempat majlis diadakan, dan sebagainya.

5. Apabila Anda Berpindah Ke Rumah Baru

Berpindah ke rumah baru sama ada di bandar atau negara yang sama atau berlainan dengan membawa barangan anda merupakan sesuatu yang agak mahal, dan ramai juga orang yang mengambil pinjaman peribadi bagi menanggung segala perbelanjaan untuk berpindah. Cara ini juga membolehkan mereka menyimpan sedikit wang yang ada di dalam akaun simpanan setelah membuat pembayaran untuk tempat tinggal yang baru.

Jika pekerjaan baru anda memerlukan anda supaya berpindah lokasi, tanya majikan baru anda sekiranya mereka boleh menanggung (sekurang-kurangnya separuh) perbelanjaan untuk berpindah. Memindahkan perabot-perabot yang besar boleh menjadi mahal terutama bagi jarak perjalanan yang jauh, jadi beringat-ingatlah.

Beberapa Perkara Penting Yang Lain

Berapa banyak jumlah pinjaman peribadi yang anda terima dan pada kadar yang berapa bergantung kepada skor kredit anda. Jika anda membayar pinjaman peribadi anda sepenuhnya mengikut masa yang ditetapkan, skor kredit anda akan semakin meningkat. Ini mencerahkan lagi peluang anda untuk mendapatkan pinjaman yang besar seperti pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang lebih murah di masa akan datang.

Berikut Adalah 5 Peraturan Terpenting Untuk Anda Ingat Sebelum Memohon Pinjaman Peribadi:

  • Ambil pinjaman peribadi sekiranya perlu sahaja
  • Jangan sesekali meminjam wang lebih daripada yang sepatutnya hanya kerana anda layak untuk menerima jumlah pinjaman yang lebih besar (ikutlah keperluan anda)
  • Pastikan anda tahu berapa banyak jumlah ansuran yang perlu dibayar semula (pertimbangkan kadar faedah yang paling efektif buat anda, dan bukan kadar faedah yang termudah) dan buat permohonan hanya jika anda mampu membayar balik bayaran bulanannya
  • Bandingkan semua pilihan pinjaman peribadi yang ada dan pilihlah yang terbaik mengikut keperluan anda
  • Jangan sesekali mengambil pinjaman peribadi bagi pihak lain

Dan jika anda mencari pinjaman peribadi, kami mempunyai berita baik! Mohon sekarang untuk Pinjaman Peribadi Standard Chartered CashOne atau Pinjaman Peribadi Citi Bank, di Bbazaar Malaysia, dan dapatkan baucer Tesco bernilai RM50 untuk pinjaman. T & Cs dikenakan.

Ditulis oleh BBazaar Malaysia.
Diterjemahkan oleh Dayana Sobri.
Artikel ini disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com.

Senarai Semak Dokumen Permohonan Pembiayaan Rumah

Ramai sebenarnya yang masih tercari-cari maklumat berkenaan dokumen apakah yang mereka perlukan untuk membuat permohonan dalam pembiayaan rumah mereka. Jom lihat dan teliti satu persatu dokumen permohonan pembiayaan rumah yang telah disenaraikan oleh Tuan Amir Syahir ini.

Pihak bank memproses borang permohonan pembiayaan perumahan bukan dua tiga borang je. Banyak tau. Jadi, korang mesti sediakan dokumen yang lengkap.

Setiap kali saya nak mohon pembiayaan perumahan, saya akan sediakan sekali senarai semak ni. Mudah untuk memastikan supaya tiada dokumen yang tertinggal.

Kepada yang baru nak beli rumah pertama, boleh rujuk senarai semak ni.

1. Senarai Semak Untuk Yang Bergaji: https://drive.google.com/open?id=1BwfV1XJEYsbPSoSNQ-ldUj8zJnFhWGol

2. Senarai Semak Untuk Yang Bekerja Sendiri: https://drive.google.com/open?id=1VMG2kNxECoE3xv0J0wFWYSlN0sMN6lCb

3. Loan Profile: https://drive.google.com/open?id=1LdRDgXdbxs8zGVZem46bvFuuSU2C2rte

Ia juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Jangan ambil ringan ye. Ia membantu proses pembiayaan korang dibuat dengan lebih lancar dan cepat diluluskan oleh pihak bank.

Sumber: FB Amir Syahir

Juga dilampirkan gambar seperti berikut:

Senarai Semak (Checklist) Baru Satu, Banyak Lagi Perkara Perlu Dititikberatkan

Selain daripada menyediakan checklist seperti di atas, ambil tahu juga perkara-perkara lain yang boleh membantu kita seperti berikut:

Dah penuh ilmu di dada, barulah senang nak beramal dengan ilmu tersebut. Sebab jika tersalah langkah dalam bidang hartanah ini, boleh merana sampai 35 tahun lamanya.

5 Promosi Pinjaman Peribadi Yang Berterusan Di Malaysia

Penjimatan wang untuk hari yang susah adalah cara terbaik untuk bersiap sedia untuk kecemasan kewangan yang tidak dijangka. Tetapi, bersiap sedia untuk pelbagai jenis kecemasan pada setiap masa tidak semestinya mungkin berlaku. Untuk masa keperluan apabila anda tidak mempunyai wang, pinjaman peribadi boleh menjadi suatu perkara yang sangat berguna.

Perkara terbaik mengenai pinjaman peribadi adalah kelayakan anda, disebabkan kerajaan tidak perlu tahu peranan anda untuk memohon pinjaman tersebut. Anda boleh memohon pinjaman untuk apa-apa sebab sahaja – pengubahsuaian rumah, penyatuan hutang, percutian, perbelanjaan Pendidikan, pembaikan kereta ataupun perbelanjaan untuk perkahwinan dan jika simpanan anda berkurang.

Dengan beberapa pilihan pinjaman peribadi yang ditawarkan, memilih satu boleh diputuskan oleh faktor penentu, ciri-ciri atau faedah. Kadangkala, tawaran promosi sementara juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan jualan produk di semua kategori.

Sebelum anda membuat pilihan, lihatlah blog kami mengenai kesilapan yang patut dielakkan semasa memohon untuk PL dan sebab-sebab umum aplikasi PL ditolak untuk penjelasan yang penuh.

Berikut adalah promosi pinjaman peribadi terkini di Malaysia yang anda boleh ketahui.

1. CIMB Cash Plus Personal Loan Win A Drive Campaign

Sumber Gambar: Laman Web CIMB Malaysia Cash Plus Personal Loan

CIMB Cash Plus pinjaman peribadi adalah popular kerana tidak mempunyai sebarang caj tambahan yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman. Ini bermakna bahawa jumlah kesuluruhan pinjaman yang anda telah memohon akan disalurkan ke akaun anda tanpa sebarang potongan.

Ciri-ciri dan faedah-faedah pinjaman peribadi tersebut:

  • Pinjam sebanyak RM 100,000 atau 8x pendapatan bulanan kasar, mana-mana yang rendah.
  • 100% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan akan disalurkan
  • Tiada cagaran atau penjamin diperlukan
  • Tempoh pembayaran balik yang fleksibel sehingga 60 bulan
  • Dapatkan liputan kematian sehingga RM 25,000

Promosi:

Bila anda memohon untuk CIMB Cash Plus pinjaman peribadi, anda mempunyai peluang untuk memenangi sebuah Perodua Myvi atau kad hadiah Petronas yang bernilai RM 200. Sebenarnya, terdapat 3 buah Perodua Myvi dan 300 kad Petronas untuk dimenangi.

Setiap RM 1,000 yang disalurkan ke akaun anda memenuhi syarat untuk 1x kemasukan untuk promosi, dan setiap RM 1,000 disalurkan untuk penyerahan secara dalam talian secara penuh oleh diri sendiri akan mendapatkan anda 3x kemasukan.

Tawaran ini sah sehingga 31 Julai 2018.

Kadar Faedah:

Jenis Pekerjaan Jumlah Pinjaman Kadar Faedah Efektif
Bergaji RM50,000 – RM100,000 14.50% p.a.
Bergaji RM20,000 – <RM50,000 18.62% p.a.
Bergaji RM2,000 – <RM20,000 24% p.a.
Bekerja Sendiri RM2,000 – RM100,000 24% p.a.

Harus diingati:

  • Yuran bayaran lewat sebanyak 1% atas tunggakan tertunggak
  • Profesional yang bergaji hendaklah diambil kerja untuk lebih daripada 6 bulan berturut-turut
  • Perniagaan mesti aktif lebih daripada 24 bulan sekiranya anda bekerja sendiri
  • Promosi pinjaman ini juga disediakan dengan CIMB Xpress Cash Financing-I kemudahan

2. Citi Personal Loan Transfer Promotion

Sumber Gambar: Laman web Citi Personal Loan

Jika anda mempunyai pinjaman peribadi tinggi dengan bank yang lain, anda boleh memindahkannya ke Citibank Malaysia dan menikmati kadar faedah yang rendah bersama dengan tempoh pembayaran balik yang fleksibel.

Ciri-ciri dan faeadah-faedah pinjaman peribadi:

  • Pinjam sebanyak 8x pendapatan bulanan kasar
  • Jimat caj kadar faedah dan selesaikan pembayaran yang tertunggak
  • Pilihan tempat kerja fleksibel yang boleh meningkat sehingga lima tahun

Promosi:

Nikmati penjimatan faedah sehingga 2.5% p.a apabila anda memindahkan baki pinjaman peribadi yang tertunggak ke Citibank Malaysia.

Harus diingati:

  • Pemegang kad kredit Citi boleh menikmati simpanan faedah sehingga 2.5% p.a
  • Ahli Citibank yang baru boleh menikmati simpanan faedah sehingga 1.9% p.a

3. Hong Leong Personal Loan Flexi-Pay Campaign

Sumber Gambar: Laman web Hong Leong Personal Loan Flexi-Pay Campaign

Dengan kemajuan teknologi yang baru setiap hari, tidak hairanlah bahawa alat elektronik menjadi usang dalam tempoh yang singkat. Dengan kempen membayar balik pinjaman peribadi Hong Leong, anda boleh memiliki alat-alat terbaru tanpa perlu membayar semuanya sekali.

Kadar Faedah:

Tempoh Pembayaran Balik Kadar Faedah Tetap
1 tahun 6% p.a.
2 – 3 tahun 8% p.a.
4 – 5 tahun 10% p.a.

Promosi:

Pergi ke kedai Switch/Urban Republik. Pilihlah alat yang anda ingin membeli, dan ingat untuk memberi butiran kenalan. Seorang wakil dari Hong Leong Bank akan menghubungi anda. Selepas itu, permohonan pinjaman dan kelayakan anda akan dinilai.

Jika permohonan anda berjaya, jumlah pinjaman itu akan disalurkan terus kepada peniaga tersebut. Tawaran ini sah sehingga 31 Oktober 2018.

Harus diingati:

  • Dalam kes penyelesaian awal, anda dikehendaki memberi notis 3 bulan
  • Notis 3 bulan diperlukan untuk pembatalan pinjaman
  • Duti stem – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan

4. UOB Personal Loan 25% Interest Rebate Campaign

Sumber Gambar: Laman web UOB Personal Loan 

Pinjaman peribadi UOB memberi ganjaran kepada anda untuk membuat pembayaran pinjaman anda tepat pada waktu yang ditentukan. Untuk setiap pembayaran pinjaman yang cepat, anda dilayaki untuk mendapat 25% daripada faedah yang dibayar sebagai cashback.

Ciri-ciri dan faedah-faedah pinjaman peribadi tersebut:

  • Pinjam jumlah sehingga RM 100,000
  • Bayaran bulanan bermula dari RM 125
  • Proses permohonan yang tidak susah
  • Tempoh pembayaran balik pinjaman yang fleksibel sehingga lima tahun

Promosi:

Dapatkan rebat sebanyak 25% dengan jumlah yang dibayar apabila anda membayar pinjaman peribadi UOB anda tepat pada waktunya setiap bulan. Tawaran ini sah untuk semua pemohon baru Pinjaman Peribadi UOB yang diluluskan dan disalurkan pada atau sebelum 31 Oktober 2018.

Harus diingati:

  • Sebarang pembayaran yang lewat akan mengakibatkan faedah rebat dibatalkan untuk keseluruhan tempoh.
  • Rebat akan dikreditkan setiap tahun ke dalam akaun CASA UOB anda
  • Kalau akaun tersebut tidak boleh didapati, rebat itu akan digunakan untuk mengimbangi jumlah pinjaman pokok yang anda berhutang kepada bank.

5. Hong Leong Personal Loan Travel Happy Campaign

Sumber Gambar: Laman web Hong Leong Bank Personal Loan Travel Happy

Hentikanlah menanggalkan pelan perjalanan anda setiap tahun kerana hendakkan wang tunai. Dapatkanlah pinjaman peribadi daripada Hong Leong bank untuk mengembara ke seluruh dunia dan bayar semuanya dalam ansuran bulanan yang berpatutan.

Promosi:

Pilih pakej dari 15 pakej mewah dengan rakan kongsi perjalanan – Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn. Bhd. Pilih tempoh pembayaran yang sesuai dengan keperluan diri sendiri dan mohonlah untuk pinjaman ini.

Jika permohonan anda diluluskan, jumlah pinjaman akan disalurkan terus kepada peniaga. Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos 2018.

Kadar Faedah:

Tempoh Pembayaran Balik Kadar Faedah Tetap
1 tahun 5% p.a.
2 – 3 tahun 6% p.a.
4 – 5 tahun 8% p.a.

Harus diingati:

  • Notis 3 bulan mesti disediakan jika pembayaran awal dilakukan atau pembatalan.
  • Duti setem – 0.5% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.
  • Jumlah yang rendah yang anda boleh mohon adalah sebanyak RM 5,000.

Sebelum anda memohon:

Walaupun promosi boleh menarik minat untuk memilih tawaran pinjaman peribadai tertentu, ia tidak sepatutnya menjadi satu-satunya sebab untuk memilih produk. Anda dinasihatkan untuk membandingkan pelbagai jenis tawaran pinjaman daripada bank-bank yang lain sebelum mendaftar untuk pelan yang paling sesuai dengan minat anda.

Caj faedah lebih penting dari semua perkara lain apabila anda memilih tawaran pinjaman. Walau bagaimanapun, ia juga penting bahawa anda memberi perhatian kepada cetakan.

Jika anda merupakan pelanggan Citibank yang baru dan memohon pinjaman peribadi Citi (baca butiran di sini) di Bbazaar, anda akan mendapat baucar Tesco bernilai RM 50 jika pinjaman itu disalurkan pada atau sebelum 31 Julai 2018. Anda boleh memohon untuk pinjaman di sini. T&Cs akan dikenakan.

Amalkan Teknik 5C Agar Pembiayaan Perumahan Senang Lulus

Pembiayaan perumahan menelan jumlah wang yang banyak. Tidak hairanlah jika permohonannya lebih ketat dan sukar untuk diluluskan berbanding dengan pinjaman peribadi atau pinjaman kenderaan.

Walaubagaimanapun membeli rumah pada usia muda dengan gaji yang kecil bukanlah sesuatu yang mustahil. Banyak cara dan teknik yang telah dikongsikan, terpulang kepada anda untuk mengikut teknik tersebut atau terus menerus mencipta alasan. Sebagai panduan tambahan, Amir Syahir berkongsi tips agar pinjaman perumahan senang lulus.

“Ramai yang kata bank susah nak luluskan pembiayaan perumahan. Betul ke?”

Bank orang berniaga. Mereka hanya mahu berniaga dengan orang yang mampu memberi mereka untung dan yang mahu mendapatkan keuntungan.

Memang betul bank makin berhati-hati untuk meluluskan permohonan pembiayaan perumahan. Tapi, jika kau mempunyai kewangan yang kuat dan kukuh, bank pula akan menawarkan pembiayaan kepada kau.

Ramai tak layak dapat pembiayaan perumahan sebab tak analisa kewangan sendiri.

Jom baca apa 5C yang perlu kau orang ada sebelum memohon pembiayaan perumahan.

1. Character (Siapa Anda)

Asal, pekerjaan, rekod kewangan, sumber pendapatan. Adakah kau pembayar pembiayaan yang baik? Adakah pendapatan kau mampu untuk membayar ansuran. Adakah kau individu yang berisiko seperti sering bertukar tempat kerja? Umur lebih 35 tahun? Ataupun laporan CCRIS koyak?

2. Collateral (Jaminan/Cagaran/Sekuriti)

Kalau nak beli rumah pertama, jaminan cagaran adalah rumah kau. Jika kau tak mampu, bank akan ambil balik. Jadi, rumah yang kau nak beli haruslah ada nilainya yang tersendiri. Kalau rumah kau orang kena lelong, peluang untuk mendapatkan pembiayaan sekali lagi memang tipis.

3. Capacity (Keupayaan Bayaran Balik)

Keupayaan kau orang untuk membayar balik pembiayaan yang telah diberi. Bagaimana kau nak buktikan kau orang mampu bayar balik. Kau juga dinilai berdasarkan rekod pembayaran balik melalui laporan CCRIS. Jika rekod pembayaran balik kau barai, kau kena baiki dulu.

4. Conditions (Syarat-syarat)

Syarat-syarat yang bank tetapkan. Ketahui S.O.P mereka. Komitmen hutang kau yang lain. Berapa Debt Service Ratio (DSR) kau orang. Pastikan DSR bawah 70%.

5. Capital (Modal)

Kalau nak beli rumah, pastikan ada modal yang mencukupi. Segala aset, simpanan, keuntungan pelaburan, ASB, Tabung Haji semua boleh dijadikan modal untuk menunjukkan kau orang memang mempunyai modal yang kuat. Katakan pembiayaan perumahan pertama bank hanya bagi 85%. Jadi, kau kena ada back up plan.

Jadi, belilah rumah banyak mana pun kalau kau mahu. Selagi kau boleh buktikan yang kau tak perlu bayar ansuran dan orang lain yang tolong bayarkan rumah tersebut. Kau kena ada dokumentasi yang lengkap. Segala transaksi pembayaran kena telus, tepat mengikut isi kandungan dokumentasi.

Pegawai bank lagi suka jika ada seseorang yang berkemampuan untuk mereka luluskan pembiayaan perumahan. Dapat banyak komisen.

Sekarang tengok kewangan sendiri. Baiki profil kewangan. Tambahkan simpanan. Jangan nak salahkan orang sebab mampu beli rumah banyak padahal ansuran kereta kau pun dah mampu beli dua buah rumah. Kah!

Kredit: Amir Syahir

Ambil Tahu Juga Laporan Kredit (Credit Report) Anda

Selain daripada mengamalkan teknik 5C di atas, ambil tahu juga laporan kredit anda. Sebab apa kena ambil tahu? Sebab sekurang-kurangnya kita tahu kedudukan kewangan kita pada hari ini. Dah tahu kekurangan diri, berusahalah untuk memperbaikinya.

Bank sudah semestinya sayang orang yang mempunyai skor yang tinggi, dan tiada halangan untuk meluluskan pembiayaan. Siap bagi kadar pembiayaan yang terbaik lagi.

Boleh tengok-tengok RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 tu kira dah terbaik, bermaksud kedudukan anda dalam keadaan yang terbaik. Bank pun mesti suka kalau anda datang berjumpa mereka untuk membuat pembiayaan.

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM15.00 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Kad Kredit VS Pembiayaan Peribadi

Nak raya ni, mesti nak pakai duit banyak kan? Bila nak duit cepat, kita mungkin serba-salah samada nak ambil kad kredit atau pembiayaan peribadi.

Mana satu yang menjadi pilihan anda ketika sedang dilanda kesusahan ataupun berada dalam situasi kecemasan. Waktu getir sebegini pastinya adalah waktu yang sukar untuk diduga. Jika kita tidak bersedia, pastinya kita semakin sukar untuk berhadapan dengan masalah yang datang.

Apakah yang menjadi perbezaan di antara kad kredit dengan pembiayaan peribadi? Jom kita tengok sendiri perbandingannya di bawah:

1. Jumlah Pembiayaan

Pertama sekali kita perlu tengok kepada jumlah pembiayaan yang diperlukan. Kalau nak pinjam sampai RM30 ribu tu, mungkin kita perlukan kad kredit Platinum, tapi layakkah anda yang bergaji RM3,000 untuk memilikinya?

Sebaliknya ada bank yang menawarkan pembiayaan sehingga 10 kali ganda atau lebih daripada gaji anda. Jadi kalau bergaji RM3,000 boleh memohon pembiayaan sehingga RM30,000.

2. Kadar Keuntungan (Faedah)

Seterusnya, kita semua tahu kadar keuntungan untuk kad kredit adalah di antara yang paling tinggi sekali di Malaysia – setinggi 18% setahun.

Manakala bagi pembiayaan peribadi, ada yang serendah 4% dan ada juga setinggi 10%. Jadi kena pandai shopping yang mana terbaik.

3. Tempoh Bayaran Balik

Kalau diikutkan, apabila kita bayar guna kad kredit, kita kena bayar penuh pada bulan tersebut. Jika kita hanya bayar sebahagian sahaja, outstanding untuk bulan itu akan masuk ke bulan depan dan dikenakan kadar keuntungan (faedah) yang tinggi.

Manakala bagi pembiayaan peribadi pula, kadar bayaran balik dan tempoh bayaran balik dah pun ditentukan dari awal lagi. Maknanya kita bayar pada kadar ‘fixed rate’ setiap bulan. Kita boleh pilih tempoh sesingkat 1-2 tahun, atau sehingga 10 tahun pun ada.

4. Keistimewaan Yang Diperolehi

Kebanyakkan penggun kad kredit, mereka memilih kad kredit disebabkan penawaran mata ganjaran yang boleh digunakan untuk membut penebusan produk ataupun penerbangan. Menjadi keistimewaan kepada mereka yang gemar melancong dan juga suka shopping. Ada juga kad kredit terkenal yang menawarkan Easy Payment Plan, iaitu pelan ansuran tanpa faedah untuk tempoh satu ke tiga tahun.

Dan kalau kita lihat di pasaraya-pasaraya besar dan kompleks membeli-belah, sudah pasti ada ejen kad kredit yang menawarkan hadiah percuma bagi mereka yang ingin melanggan buat pertama kali. Cuma isi borang dan submit dokumen dah boleh dapat hadiah.

Bagi pembiayaan peribadi pula, kita boleh gunakannya sebagai cara untuk mengumpul semua hutang yang ada – dan menggabungkannya jadi satu. Hutang PTPTN, hutang kereta dan sebagainya; gabungkan semuanya dan hanya bayar satu hutang saja setiap bulan.

Kad Kredit Vs Pembiayaan Peribadi, Perlu Tengok Kepada Tujuan

Kedua-duanya adalah elok sekiranya kita berdisiplin dan tahu akan risikonya.

Kalau nak beli perabot baru sempena musim perayaan, boleh guna Kad Kredit dan gabungkan dengan Skim Ansuran Mudah. Bayar sikit bulan-bulan tanpa faedah,

Sebaliknya kalau rasa banyak sangat hutang sana hutang sini dan nak pakai duit sikit juga untuk beli perabot untuk sambut hari perayaan; boleh gunakan Pembiayaan Peribadi yang menawarkan jumlah yang lebih tinggi.

 

Tips Menyediakan Loan Profile Supaya Tak Susahkan Banker

Loan profile ataupun profil kewangan adalah maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pihak bank untuk mereka menilai keupayaan anda membayar semula pinjaman yang akan dipohon. Dalam sehari ada berpuluh-puluh malah mungkin beratus permohonan yang banker perlu semak.

Jadi mudahkan kerja mereka dengan menyediakan supporting document yang secukupnya supaya kebarangkalian untuk permohonan anda diluluskan adalah tinggi.

Tips ini dikongsikan oleh seorang banker, Bella Leana di laman Facebook beliau.

Macam mana nak pastikan Loan Profile sentiasa updated?

1. Sediakan File Folder

Kenapa file folder? Supaya senang nak masukkan dokumen terkini. Make sure simpan latest 6 months. Nak pakai file lain pun boleh. Yang mana senang.

2. Apa Perlu Ada Dalam File?

  • NRIC – pastikan clear.
  • Payslip – latest 6 months. Kalau yang masih pakai carbon copy payslip, sila photocopy terang-terang dan keep in that file. Make sure yang original pun ada sekali.
  • EPF – mungkin tak perlu update every month. 3 bulan sekali pun ok. Make sure korang register EPF online ok.
  • Bank statement – latest 6 months. Mesti tally dengan payslip. Print online je ok. Bank statement ni, kalau korang dah update files nanti, satukan je kat dalam file yang berasingan. Sebab apa, kadang-kadang korang nak review bank statement yang 2 tahun lepas. so tak perlu ke bank untuk request baru.
  • Bonus slip – pastikan ada latest 2 tahun bonus slip. kalau setahun dapat bonus 2x, that means ada 4 bonus slip.
  • EA Form – keep 2 tahun latest EA form. Kalau baru pindah kerja, simpan je yang lama punya.
  • CCRIS – sekurang-kurangnya setiap 3 bulan. Sekarang online dah ada kan. So pastikan sentiasa update dengan korang punya CCRIS.Ni dokumen wajib ada.. 👆🏻👆🏻👆🏻

3. Dokumen Tambahan Yang Perlu Ada

  • Tabung Haji Statement – pastikan TH statement korang ada latest dividend/bonus. Dan mungkin boleh filing untuk latest 3 bulan jika ada penambahan.
  • ASB statement – sama juga macam TH, pastikan statement yang ada latest dividend. Dan update 3 bulan sekali jika ada penambahan.
  • Unit Trust (UT) – Boleh filing latest statement yang korang dapat dari FI yang korang subscribe untuk UT korang. UT cash lebih “berharga” daripada UT EPF
  • Share Market – kalau korang jenis yang melabur saham, korang boleh update korang punya share kat dalam file ni. Yes, tidak akan di kira sebagai income tetapi membantu sebagai sokongan
  • Fixed Deposit – pastikan FD cert ada tersimpan kemas dalam file. Make sure ada buat 1 copy ok
  • Tenancy Agreements (Stamping) – make sure updated TA, dan selitkan sekali latest 6 bulan bank statement where salary is credited.. attachedkan sekali SPA/Geran yang menunjukkan bukti pemilikan rumah/kedai tersebut
  • Loan statement – ini sangat membantu jika korang ada buat “advance” payment.. make sure korang update at least 3 bulan. Sekarang kan semuanya online, so easier
  • Geran Tanah/Rumah (copy) – those yang ada tanah/rumah yang dah free from any encumbrances, boleh attachedkan sekali dalam korang punya file.
  • Bachelor certificate & above
  • Etc etc etc – sebarang dokumen yang boleh menyumbang kepada income/simpanan/aset boleh di sertakan

4. Maklumat Diri

  • Maklumat peribadi – Nama, nombor telefon, alamat emel, alamat tempat tinggal
  • Maklumat perkahwinan (pasangan) bagi yang sudah berkahwin. Yang berkahwin lebih daripada 1, jika nak declare boleh je tiada masalah
  • Maklumat pekerjaan – Nama company, alamat, nombor telefon ofis, position, length of service

Harap listing kat atas ni dapat membantu korang untuk start buat Personal File sendiri untuk pastikan korang boleh perbaiki Loan Profile korang.

Kita Permudahkan Urusan Orang Lain, Orang Lain Permudahkan Urusan Kita

Alhamdulillah dan terima kasih kami ucapkan kepada Bella Leana yang merupakan seorang kakitangan bank sendiri yang sudi berkongsi perkara di atas. Apabila kita dah menolong orang dalam menjalankan kerja mereka, maka insyaAllah perkara yang sama akan berlaku kepada kita. Orang lain pula akan permudahkan urusan kita.

Kita tolong banker buat kerja mereka, banker pun dapat memudahkan urusan kita dalam permohonan pembiayaan kita.

Tapi kalau permohonan kita kena rejek juga, eloklah kita ambil tahu 10 Sebab Kenapa Loan Rumah Anda Tak Lepas. Sekurang-kurangnya kita tahu di mana kelemahan, dan berusaha untuk membaikinya.

Semak Sendiri Laporan Kredit (Credit Report) Anda

Elok juga sebelum nak mohon sebarang pembiayaan daripada bank, kini anda boleh semak sendiri laporan kredit anda. Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM15.00 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

10 Sebab Kenapa Loan Rumah Anda Tak Lepas

Ramai tak tahu yang setiap bank mempunyai cara pengiraan dan penilaian yang tersendiri untuk menapis permohonan pembiayaan/pinjaman seseorang. Tiada garis panduan yang standard untuk semua bank. Tapi kalau anda bernasib baik kenal rapat dengan CEO bank, confirm senang lulus!

Sebaiknya, sebelum membuat permohonan anda semak dulu 10 kriteria penting ini agar kebarangkalian untuk bank luluskan lebih cerah. Jangan risau, tips ini diberikan oleh orang dalam industri bank sendiri iaitu Bella Leana. Baik baca dan fahamkan betul-betul. Sebab korang pun tak nak loan rumah tak lepas, kan?

Jom baca perkongsian beliau.


Ada banyak sebab loan kita boleh declined.. korang nak tahu tak sebabnya?
Ok Bella share sikit..

1. CCRIS history – Dalam tempoh setahun ni, kita pernah ada tunggakan bayaran 2 bulan dan berlarutan selama 3 bulan berturut-turut. Maksudnya dekat CCRIS kita tu ada nombor “2” sebanyak 3x. Walaupun dah “0” sekarang, tapi “sejarah” tu masih terlihat jelas. Kadang-kadang kalau kita tak justify kenapa kita ada sejarah tertunggak pun akan menyumbang ke arah loan “declined”.

2. Special Attention Acc (SAA) – Ada a few record SAA yang baru di selesaikan. Ada a few tu means lebih daripada 1 ok dan hutang tu baru sangat diselesaikan. Walaupun kita hantar sekali dengan Settlement Letter, tapi tetap effect juga. Case to case basis.

3. Baki Duit dalam Akaun Gaji – Ramai yang tanya Bella,

Berapa RM kena ada dalam akaun gaji?

Soalan ni terlalu “General” susah nak justify sebab setiap orang berbeza-beza. Cuma suka bella nak ingatkan, kalau baki dalam akaun gaji kita tinggal RM4.56 dan 15 hari sebelum next gaji, berat sikit lah. Lagi berat kalau tak ada justification.. tengok pulak ada “advance” gaji tapi tetap habis juga.

4. Property yang di beli – Selain daripada rekod kita, property yang kita beli tu pun mainkan peranan. Mungkin kita “terbeli” property di kawasan banjir. Atau market kawasan tu tak pernah naik walaupun dah lebih 10 tahun. Atau mungkin juga ada isu dengan status geran. Pendek kata, kena study sikit status hartanah yang kita nak beli tu. Jangan aci main hentam kromo saja.

5. Property yang dibeli melalui ahli keluarga terdekat. Mak ayah, adik beradik, mertua dan dan sebagainya. Bukan tak boleh, boleh. Tapi ada kes yang tak lepas di sebabkan status pembelian daripada ahli keluarga terdekat. Again, case to case basis.

6. Employment status – Mungkin jawatan kita sekarang ini berstatus kontrak dan syarikat tempat kita bekerja kita pula jenis “liat” nak bayar EPF. Jenis yang contribution bulan 1 tapi bayar pada bulan 5. Atau mungkin kita baru sangat pindah kerja, payslip baru hanya ada 1 bulan. Atau kita hanya ada Letter Offer kerja sahaja.

7. DSR + Cost of living – Lepas tolak segala komitmen, baki duit hanya ada a few hundred. Memang susah sikit lah nak lepas. Ye lah, kalau dah 80% gaji duk bayar hutang, nak hidup macam mana? Makan minum, utilities, mileage etc etc etc.

8. Dokumentasi – Dokumen tak lengkap. Bank statement takde, atau ada OT tapi bagi payslip cuma 4 bulan, sedangkan bank perlukan 6 bulan. Atau mungkin juga hanya bagi dokumen “basic” sahaja. Malas lah tu nak hantar banyak-banyak 😜

9. Tiada Saving – Dah lah gaji cun-cun jer, DSR exceed minimal percentage, baki akaun gaji pun kurang dari RM10, tapi saving sikit pun takde.. What? Simpan bawah bantal? Errr, ok!

10. Ada saving tapi baru minggu lepas bank in – Baki buku TH or ASB, baki ada 5 angka. Tapi tempoh simpan baru 5 hari. Then, tiada bukti duit tu dari mana. Pun masalah juga. Laaa, tadi takde saving nak saving, ni dah ada saving kenapa tak terima pula? Bukan tak nak terima, kalau tiada justification dan bukti transaksi, susah sikit lah.. sebab apa? Bank boleh fikir mungkin duit tu nak tumpang “parking” sekejap sebab nak bagi saving nampak “cun”. Kena faham lagi ni apa maksud saving.

Kredit: Bella Leana

OPR Naik, Pembiayaan Jadi Lebih Mahal Dan Mungkin Lebih Sukar Untuk Diluluskan

Pada 25 Januari yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) baru saja mengumumkan Kadar Dasar Semalaman / Overnight Policy Rate (OPR) telah naik sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus. Bahasa mudahnya, kadar pembiayaan menjadi lebih mahal kerana BNM mahu menggalakkan rakyat untuk menyimpan. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Kadar Dasar Semalaman (OPR) Naik, Apa Kesannya Kepada Kita?

Adakah kriteria bank untuk meluluskan permohonan kita yang minta pembiayaan semakin ketat? Barangkali juga, kerana mereka mahu calon yang betul-betul layak sahaja diberikan pembiayaan.

Oleh itu, jangan putus asa dan berusaha dengan lebih kuat lagi untuk memperbaiki tahap kewangan anda.

Ambil Inisiatif Untuk Semak Sendiri Laporan Kredit (Credit Report) Anda

Dengan kemudahan internet dan semuanya kini di hujung jari, anda boleh dapatkan skor kredit (credit score) secara online saja. Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM15.00 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

Bank Mana Paling Bagus Untuk Mohon Loan Perumahan? Staff Bank Ini Kata Ada 10 Faktor

Orang kata loan paling susah nak lulus adalah loan rumah, maklumlah jumlahnya besar. Mesti banyak syarat-syarat dari pihak bank. Para pembeli pula pastinya akan membuat survey bank-bank yang ada sebelum membuat permohonan. Tapi banyak pula terma yang tak biasa dengar, tanya kawan pun dia tak berapa pandai nak explain.

Jangan risau, nasib baik ada penerangan daripada salah seorang kakitangan bank sendiri, Bella Leana yang sudi berkongsi dengan kita. Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Bank Mana Yang Bagus Nak Apply Pembiayaan Rumah?

Selamat Pagi.

Ramai yang PM bella tanya,

“Bella, bank mana yang paling bagus untuk apply loan rumah?”

Dan jawapan Bella untuk soalan ini…

Krik krik krik..

Sebenarnya, Bella takde jawapan kalau korang tanya Bella macam ni. Banyak faktor yang korang kena tengok dan bandingkan mengikut korang punya “game” atau kehendak..

1. Profit / Interest Rate

Kalau korang submit kepada a few banks, tengoklah rate mana yang paling rendah. Pilih yang sesuai dengan poket korang untuk bayar installment

2. Tenure (Tempoh Pembiayaan)

Tengok juga berapa lama loan korang tu approved. Sesuai dengan installment dan rate yang di offer atau tidak. Ada beza jika tahun dia berbeza.

3. Margin of Finance (MOF)

90%? 80%? 70%?

4. MRTT/MRTA + Other Related Fees (5%)

Ada tak bank bagi “extra” 5% untuk insurance or other related fees macam legal fee dan valuation fee? Kalau ada, berapa banyak pulak, kalau takde, berapa pula budget/cash yang korang perlukan. Benda ni sedikit sebanyak akan effect poket korang nanti. Jadi matchkan offer ni dengan korang punya budget and plan..

5. Terms & Condition

Semak “T&C”. Ini penting. Loan dah approve, korang semak T&C yang ditetapkan. Jangan main pakai sign je sebelum baca apa yang patut. At least go through dulu. Kalau tak faham, tanya banker yang proses loan korang tu.

☝ ramai orang terlepas pandang, dah signed dah disbursed baru tahu ada T&C lain..

6. Default Rate & Default Payment

Maksud dia – bila korang gagal bayar installment korang bagi “beberapa” bulan yang di tetapkan, automatically korang akan dikenakan caj mengikut default rate. Biasa nya default rate ni agak tinggi. Sebab dia guna BLR+. So rate korang mgkn jadi 9% to 10%.

Ini pun penting. Korang kene tahu “default” rate ni bila masa dikenakan. Most of the bank bagi tempoh 3 bulan. Tapi awas ada bank yang hanya bagi 1 bulan..

☝ ramai orang terlepas pandang

7. Coverage of Insurance (MRTT/MRTA)

Cek dengan banker tu, tempoh untuk coverage MRTT korang. Takut korang tak perasan tempoh dia. Kene tahu berapa amount coverage dan untuk berapa tahun..

8. Kos-kos Berkaitan

Cuba tengok dalam letter offer tu, ada tak fees lain yang kena bayar. Contohnya macam processing fee, stamp duty dan lain-lain.

9. Locked-in Period (LIP)

Ambil tahu juga jika pakej korang tu ada LIP atau tidak. Jika ada, berapa tempoh dia. Jika beli under construction, bila effective date LIP. Dari 1st disbursement atau final disbursement. Ini pun penting untuk planning/game korang.

Berapa pula penalty yang korang kena bayar kalau korang exit (jual/refinance) dalam tempoh LIP.

10. Pakej Pembiayaan

Double check loan korang tu Islamik atau Konvensional.. Full flexi atau semi flexi? Atau mungkin term loan. Benda ni pun korang kena tahu sebab setiap pakej ada benefit yang berbeza. Ada pro n cons.

Untuk yang beragama Islam, wajib untuk memilih pembiayaan Islamik.

Ini antara isi-isi penting yang korang perlu ambil tahu sebelum korang sign Letter Offer korang tu. Dah consider point-point di atas tu barulah korang tahu bank mana yang lebih sesuai untuk korang.

Jangan bilang Bank A lebih bagus daripada Bank B pada rakan-rakan taulan sehingga mereka “banned” Bank B. Sebab setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Mungkin pakej yang Bank A offer lebih sesuai dengan korang tapi untuk rakan korang mungkin pakej Bank B yang lebih sesuai.

Walaupun korang nak “langgar” je dulu, ala-ala nak belajar dari pengalaman sendiri, tapi bila mana dah ada tips-tips FREE ni, take note je lah.. Sambil belajar dgn pengalaman sendiri, boleh lah tambah ilmu dari pengalaman orang lain..

Ambil sebagai guidelines/panduan.. Bende FREE kot… Ehh??

Kredit: FB Bella Leana

Jangan Tersalah Pilih dan Jangan Tergopoh-Gapah

Yang penting, cari dulu ilmu banyak-banyak sebelum nak commit dengan pembiayaan perumahan – sebab tempohnya yang lama. Ada yang dah berumur 70 tahun, masih terikat dengan installment rumah.

Tapi kata nak pencen umur 60, jadi nak kerja apa pula buat bayar hutang sampai umur 70?

Fahami CCRIS Dan CTOS Untuk Lulus Pinjaman

Impian memiliki harta sama ada kereta, rumah atau tanah boleh dilaksanakan dengan membuat pinjaman. Apa yang menjadi teka- teki di fikiran kita semua adalah bagaimana cara untuk lulus pinjaman dengan mudah dan lancar?

Jom kita fahami “double C” iaitu CCCRIS dan CTOS.

1. Central Credit Reference Information (CCRIS)

Central Credit Reference Information (CCRIS) ialah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Di dalam laporan CCRIS terdapat maklumat-maklumat berikut:

  • Pinjaman tertunggak (outstanding balance)

Semua orang mempunyai komitmen bulanan seperti pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman pelajaran dan lain-lain. Laporan CCRIS memaparkan jumlah keseluruhan dan baki pinjaman yang tertunggak, termasuklah kelakuan pembayaran dan status undang-undang. Berdasarkan laporan ini pihak bank akan mengira komitmen bulanan kita kemudian ditambah dengan komitmen yang baru. Sekiranya lebih dari kemampuan pemohon, pihak bank akan minta tambah guarantor atau deposit untuk kurangkan komitmen.

Apakah kelakuan pembayaran?

Kelakuan pembayaran ialah sikap kita terhadap komitmen bulanan untuk tempoh setahun. Pernahkah kita tertangguh membuat pembayaran? Kebanyakan orang gagal memperolehi pinjaman kerana CCRISS memaparkan dengan jelas rekod kelakuan pembayarannya. Berikut merupakan contoh rekod pembayaran dan penjelasan:

 

  • Akaun perhatian khusus (Special attention account)

Akaun perhatian khusus adalah seperti Non-Performing Loan (NPL) atau di bawah jadual pengurusan hutang khas yang dirundingkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit  (AKPK). Jika mempunyai rekod ini pihak bank tidak akan proses pinjaman baru sehinggalah pinjaman tersebut selesai.

  • Permohonan pinjaman terdahulu (Previous inquiry)

Laporan ini menunjukkan pinjaman yang pernah di pohon sebelum ini dan status sama ada pending, approve atau reject. Sekiranya terdapat banyak rekod previous inquiry, pihak bank beranggapan bahawa pemohon banyak membuat permohonan tetapi tidak diluluskan pasti ada alasan lain. Sekiranya kita tidak pernah buat pinjaman, maka CCCRIS kita tiada rekod. Kita boleh membuat semakan di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh negara.

2. CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS)

CTOS Data Systems Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat persendirian yang memberi kemudahan maklumat kewangan seseorang kepada pihak bank dan syarikat pinjaman berlesen. Rekod CTOS akan disimpan satu tempoh masa. Terdapat 4 bahagian di dalam CTOS iaitu:-

Kesimpulannya CCRIS dan CTOS hanyalah sistem rujukan yang digunakan untuk menilai status kewangan kita sama ada nama kita disenaraihitam atau tidak, maklumat perniagaan berkaitan dan bayaran ansuran lain yang sedang ditanggung.

Baiki kelemahan dalam membayar balik pinjaman sedia ada untuk mengelakkan masalah membuat pinjaman di masa hadapan.

Guna RAMCI Pun Boleh

Dengan RAM Credit Info, mereka ada produk bernama RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda secara online.

Laporan ini megandungi maklumat seperti i-Score (skor kredit), CCRIS, SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Contoh laporan RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP):

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi?

Sama macam CCRIS, kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Bukan mahal pun, hanya RM15.00 untuk mendapatkan laporan tersebut secara on-line.

6 perkara yang kita perlu tahu sebelum mohon loan kereta

Kita berehat sebentar dari bercerita tentang topik pelaburan.

Jom tukar kepada topik pinjaman bank atau loan. Di sini kami kongsikan 6 perkara yang kita semua perlu tahu sebelum nak mohon loan kereta dengan bank (berdasarkan pengalaman sendiri).

1. Deposit atau ‘duit muka’

Bank biasanya akan minta deposit (ada juga yang tawarkan loan 100% seperti Bank Rakyat). Kadar normal adalah 10% dari harga kereta. Sebagai contoh, jika kos kereta baru berharga RM70,000, kita biasanya perlu bayar RM7,000 sebagai wang pendahuluan. Walau bagaimanapun, sesetengah bank mungkin akan minta jumlah yang lebih tinggi.

2. Kereta Nasional atau bukan?

Bank meletakkan kadar faedah lebih rendah bagi kenderaan import seperti Ford dan Kia berbanding kenderaan nasional seperti Proton. Walaubagaimanapun, perbezaannya adalah amat kecil.

3. Margin Pembiayaan

Sekiranya kita mampu bayar wang deposit yang lebih besar, kadar faedah biasanya menjadi lebih rendah.

4. Caj pembayaran lewat

Sekiranya kita gagal untuk membuat bayaran seperti yang termaktub di dalam perjanjian Sewa-Beli (ponteng bayar), denda lewat bayar pada kadar 8% setahun akan dikenakan ke atas jumlah  ansuran tertunggak.

5. Penjamin

Bersedia untuk mencari “penjamin” bagi menyokong permohonan loan jika rasa komitmen sekarang tinggi (contoh : Jika pernah ada loan lain, kad kredit dsb). Penjamin adalah orang yang akan bertanggungjawab membayar bahagian yang belum dibayar pada pinjaman kita tadi, termasuk semua yuran dan caj faedah yang terkumpul, jika kita gagal menghormati perjanjian Sewa-Beli.

6. Takaful

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kereta ‘dilindungi’ dengan betul. Bank biasanya perlukan kita mengambil perlindungan takaful komprehensif ke atas kereta sebelum meluluskan pinjaman.

 

Dokumen biasa yang diperlukan semasa nak submit permohonan loan:

  1. Tiga (3) bulan slip gaji terkini
  2. 1 salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
  3. 1 salinan lesen memandu yang sah (jika ada)
  4. 1 salinan buku bank / penyata akaun bank
  5. 1 salinan penyata KWSP terkini

 

Nota : Kalau boleh pastikan harga kereta tidak lebih dari gaji tahunan kita. Kalau bergaji RM3,000 sebulan, harga kereta mestilah tidak lebih daripada RM36,000 (RM3,000 x 12 = RM36,000). Lagi satu nak pesan, masa nak beli kereta jangan ikut orang sangat sebab gaji dia tak sama dengan gaji kita!