3 Konvensyen Halal Yang Boleh Anda Sertai Pada Tahun 2020

Eksport bagi produk halal Malaysia dijangka mencecah RM45 bilion tahun ini, berbanding dengan RM40 bilion yang dicatatkan pada tahun 2018. Dalam masa yang sama, industri halal global dianggarkan bernilai kira-kira USD $2.3 trilion dan berkembang dengan purata tahunan sebanyak 20%, yang dianggarkan bernilai kira-kira USD $560 bilion setahun.

Konvensyen halal menawarkan peluang rangkaian dan perdagangan, serta berfungsi sebagai platform yang menghubungkan peserta pameran dengan bakal pembeli daripada pelbagai sektor.

Salah satu peluang rangkaian dan perdagangan juga adalah daripada segi perkongsian ilmu berkaitan trend terkini dan tips perniagaan oleh mereka yang pakar dalam industri halal.

Jom datang beramai-ramai ke 3 Konvensyen Halal yang bakal diadakan pada tahun 2020.

1. HalFest JAKIM 2020

HalFest JAKIM 2020 dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM).  Konvensyen halal ini adalah ekspo makanan dan minuman halal terbesar di Malaysia. Di antara program utama HalFest JAKIM 2020 termasuklah:

  • Klinik Halal Malaysia oleh JAKIM

Klinik Halal Malaysia ini akan menunjukkan cara untuk memohon pensijilan Halal JAKIM serta menangani isu-isu penting berkaitan dengan pengambilan semula, memperbaharui dan mengekalkan pensijilan.

  • WOKShop Halal JAKIM

Program ini membuka peluang bagi syarikat atau organisasi tertentu untuk bekerjasama dengan chef selebriti dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Halal mereka. Para chef juga akan memberi tips dan resipi peribadi berdasarkan produk atau perkhidmatan.

  • Sesi Perbincangan Industri Halal

Terdapat 50 sesi perbincangan daripada 25 penceramah industri terkemuka yang membincangkan pelbagai topik bermula daripada membuat cadangan perniagaan, menyiapkan proposal bisnes sehinggalah cara memohon pinjaman.

Tarikh HalFest JAKIM 2020: 1 Julai 2020
Lokasi: Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), Selangor.

2.  Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)

MIHAS adalah pameran perdagangan empat hari dalam setahun yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Kelompok pameran yang terlibat adalah Makanan & Minuman, Farmaseutikal, Kosmetik, Kewangan, Pelancongan, E-Perdagangan dan Logistik. Program terbahagi kepada:

  • Program Kepimpinan

Antara program terdahulu yang telah dijalankan adalah Forum Pelancongan Mesra Muslim, Trade Talk – Strategi Akses Pasaran Halal Global, Perbincangan Halal Career dan Sesi Bersama Produk Halal.

  • Zon Industri

Program terdahulu termasuklah Insight Halal Market oleh Thomson Reuters, Country Focus – Peluang Dan Maklumat Terbuka untuk Pasaran di Negara-negara Terpilih, dan Masterclass Halal – Bagaimana Meningkatkan Perniagaan Halal Anda.

  • MIHAS Spotlight

Program terdahulu mereka adalah Pembentangan Kewangan Islam oleh AIBIM dan Business Pitching oleh MDEC.

  • Teater MIHAS

Program ini adalah sesi eksklusif bagi syarikat untuk memaparkan kelebihan produk mereka sama ada melalui demonstrasi masakan atau kosmetik dan tutorial fesyen. Pertunjukan produk dalam program ini akan mendedahkan apa sebenarnya produk mereka dan cara penggunaannya. Dalam persediaan peringkat awal, program ini bertindak sebagai platform bagi syarikat membina rangkaian dalam kalangan pelawat sekaligus mempromosikan jenama dan kegunaan produk mereka.

  • Pemadanan Perniagaan

Program terdahulu termasuklah Program pembeli yang diadakan dan MIHAS Connect.

  • Program Perhubungan Antarabangsa

Program ini menghubungkan pembeli dari luar negara dengan syarikat-syarikat di Malaysia.

Tarikh MIHAS 2020: 1 April 2020
Lokasi: MITEC, Kuala Lumpur.

3. Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEC)

PIHEC adalah sebuah konvensyen halal, khas untuk mereka yang menetap di wilayah utara.  Dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Halal Facilitation Agency, Halal Penang, PIHEC menghubungkan peserta pameran dan klien perdagangan untuk mempromosi dan memasarkan pelbagai produk halal makanan dan bukan makanan.

Program yang pernah dijalankan adalah:

  • Persidangan Penjagaan Kesihatan Halal

Persidangan ini menyediakan maklumat terkini berkaitan Halal Farmaseutikal dan Penjagaan Kesihatan serta membincangkan isu berkaitan dalam sektor ini.

  • Forum Industri Halal Global Blockchain

Forum ini membincangkan kesan Revolusi Blockchain dan kemajuan teknologinya terhadap model perniagaan halal dan proses operasi.

Tarikh PIHEC 2020: Mac 2020 (TBC)

Industri halal Malaysia bukan sahaja melibatkan sektor makanan. Kini, ia telah berkembang dari segi fesyen, perhotelan, pelancongan, farmaseutikal, kosmetik, produk kesihatan dan juga peranti perubatan serta logistik.

Reputasi Malaysia sebagai hab halal global terkemuka telah meletakkan negara di peta dunia, malah konvensyen halal telah mengukuhkan lagi reputasi negara kita.

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend