3 Perbezaan Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional

Islamik banking vs konvensional

Kami pasti masih ramai yang masih keliru dengan apa yang membezakan perbankan Islam dan perbankan konvensional kan? Ada yang mengambil sikap tak endah, asalkan produk yang ditawarkan tersebut adalah yang paling murah.

“Islamik bank adalah back door riba?”

Amboi. Ada juga pihak yang sesedap rasa kata tiada beza di antara kedua-duanya, dan hanya terma yang digunakan sahaja berbeza. Boleh dengar apa kata Dr. Zaharuddin Abd Rahman tentang isu ini.

 

Dah tonton video di atas? Jom kita tengok pula apakah perbezaan di antara perbankan Islam dan perbankan konvensional.

Untuk makluman, kebanyakan maklumat di dalam artikel ini adalah merujuk kepada dokumen yang dikeluarkan oleh Bank Muamalat bertajuk Perbandingan Antara Perbankan Islam dan Konvensional.

1. Perbezaan Daripada Segi Aspek Asas (Fundamental)

Kalau diikutkan, daripada segi fundamental pun banyak perbezaannya.

Perbankan Islam Perbankan Konvensional
1 Wahyu Daripada Allah vs Pemikiran Manusia Ini kerana ‘manual’ yang Allah S.W.T. sediakan kepada manusia adalah Al-Quran, dan Nabi kita Muhammad S.A.W. telah memberikan contoh bagaimana mengendalikan ‘manual’ tersebut sepanjang hidup kita. Bila akal dan pengalaman manusia dijadikan asas rujukan, maka ia terdedah kepada seribu satu macam kelemahan kerana manusia itu lemah.
2 Iman & Taqwa vs Pemikiran & Kepuasan Duniawi Pelaksanaan sistem Islam memerlukan iman & taqwa di dalam diri, maka setiap peraturan Allah adalah amanah. Setiap amanah tidak akan dipandang rendah oleh setiap mukallaf yang bertaqwa. Tidak dipandu dengan nilai iman & taqwa. Oleh yang demikian, dalam pengendalian perbankan konvensional, banyak perkara yang tidak sehaluan dengan kehendak Islam berlaku.
3 Tanggungjawab Agama vs Tuntutan Manusia Tanggungjawab melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya adalah terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, contohnya pengharaman riba Berasaskan semata-mata kepada pemikiran manusia maka terlalu banyak aktiviti yang bercanggah dengan Islam termasuklah sistem riba yang menjadi paksi kepada sistem perbankan konvensional.
4 Patuh Perintah Allah vs Langgar Perintah Allah Setiap aktiviti yang dilakukan, sebagai contoh; membangunkan produk-produk yang baru, sistem perbankan Islam wajib meneliti persoalan halal dan haram sesuatu urusniaga yang ingin dilaksanakan. Tidak menilai urusniaga mereka dengan nilaian kacamata Allah S.W.T. Seolah-olah tidak menyedari bahawa segala urusniaga yang dilakukan akan dicatat oleh para malaikat Allah S.W.T. sama ada beroleh pahala atau dosa.
5 Redha Allah & Manusia vs Redha Manusia Setiap urusniaga yang dijalankan akan berpayungkan kehendak Islam dan mencari keredhaan Allah S.W.T. semata-mata serta mengambil kira maslahah manusia. Tidak dipandu oleh panduan Ilahi yang akhirnya boleh membawa kepada kecelakaan di dalam kehidupan mereka. Ini terbukti dengan keingkaran mentaati perintah Allah S.W.T. dalam urusniaganya iaitu semata-mata untuk mengejar keuntungan duniawi.
6 Keadilan Matlamat Utama vs Keuntungan Matlamat Utama Adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul. Keadilan dalam Islam ialah bersifat menyeluruh iaitu memenuhi keadilan ke atas semua pihak yang berkontrak. Manfaat yang Allah S.W.T. kurniakan dikongsi bersama dengan pihak-pihak yang terlibat. Amalan urusniaga yang terkeluar dari orbit Islam menyebabkan keadilan itu tidak dapat diserlahkan dengan sempurna.

2. Perbezaan Daripada Segi Urus Tadbir Dan Operasi

Sekarang kita lihat pula perbezaan daripada segi management dan operation di antara perbankan Islam dan konvensional seperti berikut:

Perbankan Islam Perbankan Konvensional
1 Pemantauan Segala urusan perbankan Islam akan dipantau oleh Ahli/Majlis Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Audit Syariah. Mereka adalah individu yang bertanggungjawab dalam memastikan kepatuhan hukum Syariah di sesebuah bank. Tidak mempunyai pemantauan dari segi Syariah
2 Pematuhan Syariah Melaksanakan transaksi yang mematuhi kehendak Syariah. Segala perolehan atau hasil yang terbit daripada urusan perbankan yang tidak mematuhi Syariah dan garis panduan Syariah akan disalurkan kepada badan-badan amal. Tidak ada peruntukan untuk mematuhi prinsip-prinsip Syariah
3 Lebihan Memperoleh keuntungan dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam. Keuntungan (profit) adalah terhasil daripada kontrak jual beli dan perkongsian untung rugi (pelaburan). Mengaut keuntungan melalui pelbagai cara tanpa mempedulikan adakah ia mematuhi syarak atau sebaliknya. ’Interest’ terhasil daripada lebihan (pertambahan) daripada jumlah pinjaman/hutang yang diberikan.
4 Hubungan Bank Dengan Pelanggan Hubungan di antara pihak bank (pembiaya) dan pelanggan terbentuk daripada transaksi jual beli, pelaburan atau perkongsian untung rugi. Hubungan di antara pihak bank (lender) dengan pelanggan (borrower) terbentuk daripada transaksi pinjaman/hutang.
5 Tindakan Lambat Bayar Caj yang dikenakan berdasarkan kos sebenar atau 1% sepertimana yang digariskan oleh BNM (gantirugi/ta’widh). Denda yang dikenakan adalah tidak berdasarkan kos sebenar bahkan denda tersebut digandakan dan menyebabkan jumlah hutang pelanggan bertambah-tambah (compounding).
6 Zakat Terlibat dalam pembayaran zakat. Ia merupakan tanggungjawab sosial pihak perbankan Islam. Tidak ada peruntukan untuk mengeluarkan zakat.
7 Dakwah Terlibat di dalam gerakan dakwah Islamiah kepada masyarakat. Sebagai contoh, memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengharaman riba, memberi khutbah jumaat, forum dan penyelidikan tentang muamalat Islam. Tidak mengambil berat terhadap aktiviti dakwah Islamiah.
8 Aqad Sistem Kewangan Islam adalah berteraskan akad yang telah dipersetujui oleh Syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil (BBA), Wadi’ah, Mudarabah, Musyarakah dan sebagainya. Operasinya adalah tidak berteraskan akad-akad yang sah dari sudut Syarak dan kebanyakkannya terlibat dalam sistem pinjaman yang berteraskan riba.

3. Perbezaan Daripada Segi Produk

A. Perbezaan Daripada Segi Deposit

Perbankan Islam Perbankan Konvensional
1 Produk Deposit Akaun Simpanan/Semasa Akaun Simpanan/Semasa
2 Kontrak Yang Digunakan Al-Wadi’ah Yad Dhamanah Tidak relevan
3 Pulangan Berdasarkan budi bicara bank Pulangan (Faedah) telah dijamin

B. Perbezaan Daripada Segi Pembiayaan

Perbankan Islam Perbankan Konvensional
1 Kemudahan Pembiayaan Peribadi Pinjaman Peribadi
2 Kontrak Tawarruq atau Bai’ Al-Inah Pinjaman
3 Keuntungan Terhasil daripada jualan Terhasil daripada faedah atas transaksi pinjaman
4 Aset Komoditi atau aset yang dibenarkan syarak Tiada
5 Amaun Yang Perlu Dibayar Amaun adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan atau dikurangkan/diberikan rebat sekiranya pelanggan membayar keseluruhan pembiayaan lebih awal Amaun akan berubah mengikut perubahan Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate ’BLR’)
6 Pemilikan Aset Mesti dimiliki oleh penjual Tidak relevan
7 Lewat Bayar Gantirugi (ta’widh) akan dikenakan Penalti dalam bentuk ‘compounding’ akan dikenakan
8 Insurans Takaful Konvensional

C. Perbezaan Daripada Segi Pelaburan

Perbankan Islam Perbankan Konvensional
1 Produk Deposit Akaun pelaburan am / akaun pelaburan khas Deposit tetap
2 Kontrak Yang Digunakan Al-Mudharabah Tidak relevan
3 Pulangan Perkongsian keuntungan mengikut peratusan yang dipersetujui Faedah / Dividen

Hanya Perbankan Islam Di Hati Orang Islam

Semoga segala yang dikongsikan kali ini dapat membuka mata orang ramai, khususnya masyarakat Islam untuk memilih perbankan Islam. Hentikanlah segala stereotaip dan tohmahan terhadap perbankan Islam, kononnya:

  • Produk perbankan Islam lebih mahal daripada produk konvensional
  • Produk perbankan Islam pun amalkan riba seperti produk konvensional
  • Pakai je terma Arab, sudah menghalalkan produk perbankan Islam
  • Takde pun beza produk perbankan Islam dengan produk konvensional?

Belajar tukar sebutan anda. Jangan fikir ia hanya sekadar berbeza sebutan, ia sangat berbeza dari segi aplikasi dan maksudnya:

– Islamic Loan ❌
– Islamic Financing ✔️

– Pinjaman Islamik ❌
– Pembiayaan Islamik ✔️

– Interest ❌
– Profit ✔️

– bunga ❌
– Keuntungan ✔️

 

Baca juga artikel seterusnya : Perbezaan Utama Pinjaman Islamik dengan Pinjaman Konvensional

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend