Apakah Status Syariah Untuk Options dan CFD?

Baru-baru ini telah berlangsungnya acara tahunan InvestSmart® Fest yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan telah berlangsung di Mid Valley. Bertemakan “Invest Smart” atau “Bijak Labur”, banyak ilmu pelaburan yang kita akan perolehi di bawah satu bumbung.

Di dalam satu forum bertajuk “Mencari Keberkatan Dalam Pelaburan”, kami amat tertarik dengan satu soalan daripada pihak peserta berkenaan status patuh syariah bagi instrumen Options dan Contract For Difference (CFD).

Dengarkan jawapan Datuk Dr Daud Bakar bermula dari minit 48:50. Video lintas langsung ini diambil dari Facebook Asri Ahmad Academy.

Forum: MENCARI KEBERKATAN DALAM PELABURAN

Lintas Langsung Dari Investsmart Fest 2019.MENCARI KEBERKATAN DALAM PELABURAN oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar & Ustaz Nushi Mahfodz…#investsmartsc#bijaklabur#seccommy#isf2019#asriahmadacademy#labursaham#labursyariah

Asri Ahmad Academy 发布于 2019年10月17日周四

Secara ringkasnya:

✅ Di Malaysia Options dibenarkan atas dasar hak kewangan, yang boleh diperniagakan dengan syarat mother share patuh Syariah. Ini fatwa yang diluluskan oleh SSC sejak 2001.

✅ Di Timur Tengah atau peringkat antarabangsa, Options tidak dibenarkan, kerana Options tidak dilihat sebagai harta yang boleh dibeli dan diniagakan.

✅ CFD yang terkenal di Amerika Syarikat dan England, belum lagi ada yang patuh Syariah, samada di Malaysia atau di antarabangsa.

✅ Cara yang ada sekarang iaitu wang dengan wang melibatkan interest, maka tak patuh Syariah samada di Malaysia atau di antarabangsa. Perlu buat kajian lebih mendalam mengenai CFD.

Untuk makluman tambahan pembaca semua, Options dan CFD ini bukanlah sejenis sekuriti (saham). Kedua produk ini adalah financial contract yang jatuh dalam kategori derivatif. Kedua produk ini juga tiada di Malaysia dan karakter paling dekat dengan Options adalah Call Warrant.

Apa pula kata seorang lagi pakar kewangan Islam kita, Dr Zaharuddin Abd Rahman?

Wallahualam.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend