Saham itu bukan judi. Kau tu yang kaki judi!

Saham bukan judi

“Eh bro, saham apa yang rasa untung minggu ni? Kasi la tips sikit”

“Eh bro, belanjalah satu kaunter dekat aku?”

Yang menjadikan saham itu judi adalah manusia itu sendiri.

Mereka ini melabur saham di Bursa Malaysia tanpa ambil tahu apa yang dilaburkan (jual beli berdasarkan tips group whatsapp) dan beli pun sebab orang lain pun beli.

Jangan kita jadi ‘Ahli Judi’ dalam pasaran saham.

Jangan kita jual beli sesuatu saham itu sebab ikut apa orang lain buat.

Kita kena bertanggungjawab atas pelaburan yang kita lakukan.

Berniaga atau melabur tanpa ilmu adalah umpama memperjudikan nasib, sebab itu ramai yang gagal. Sebelum kita melabur kita harus mengkaji sesuatu produk pelaburan yang ingin kita laburkan. Bak kata orang Jawa ‘investigate first, invest later’. Kaji pengurusan syarikat, potensi perolehan syarikat dan paling utama kita faham apa yang kita laburkan.

Belajarlah. Laburlah dalam ilmu dahulu.

Ustaz Azhar Idrus menerangkan perbezaan antara saham dengan judi.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend