Forex Trading dah lama diisytihar Haram. Tak tahu ye?

“Kau tak nak join aku ke main forex ni? Duduk je depan komputer, boleh buat duit tau. Sehari 2-3 ribu jugak lah.” kata Aziz kepada Azman.

Jap, orang kita ni memang suka buat duit dengan cara haram eh?
Dah tahu hukumnya tapi buat-buat tak tahu eh?

Tak tau ke Forex trading tu dah diisytihar haram oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan…takde khilaf-khilaf (forex trading online yang diurus sendiri di internet ada elemen dosa 3 in 1 iaitu riba, gharar dan judi).

Point utama mengapa Forex trading diharamkan adalah ianya bukan komoditi (barang untuk diniagakan).

Boleh rujuk di pautan bawah ni:

http://e-muamalat.gov.my/en/operasi-spot-forex-halal-atau-haram

Boleh rujuk video Dr. Zaharuddin Abd Rahman, pakar muamalat yang tidak asing lagi di Malaysia jika nak tahu sebab apa Forex trading hukumnya haram:

Video yang selalu digunakan oleh forex trader yang “mengharuskan” forex trading adalah video dari Ustaz Dusuki. Ustaz Dr. Zaharuddin dah memaklumkan bahawa Ustaz Dusuki telah pun memohon maaf atas kesilapannya dalam video wawancara penerangan tersebut.

“Eleh, bank boleh pulak main forex?”

Forex Trading adalah HARAM sama ada ia dilaksanakan oleh individu mahupun oleh bank yang bayar cukai kepada kerajaan. Islamic bank tidak melakukan FOREX TRADING, jika ada, maka Penasihat Shariah mungkin terlepas pandang. Juga sebahagian Islamic bank menggunakan Forex transaction sebagai hedging (lindung nilai dan risiko bisnes untuk pelbagai pihak) dan perlu difahami bahawa Forex Transaction itu TIDAK SAMA dengan FOREX TRADING. – Ustaz Dr. Zaharuddin

Lebih baik jauhkan diri daripada aktiviti syubhah atau yang mendatangkan was-was, sebab banyak lagi alternatif selain daripada forex trading ini.

Dan siapa kata pelaburan saham tak menguntungkan ‘macam forex trading’?

Bukan setakat duduk depan komputer je boleh buat duit, pakai smartphone tekan-tekan sikit pun boleh buat duit tau.

Jom kita bertukar ke pelaburan saham patuh shariah di Bursa Malaysia yang halal dan sama-sama buat duit.

Kenalah belajar, bila dah berilmu, baru boleh peroleh kejayaan dengan ilmu tersebut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend