Maqasid Shariah Dan 5 Contoh Pemeliharaan Harta Dalam Konteks Ekonomi Dan Kewangan Islam

Kita selalu dengar perkataan maqasid shariah tetapi adakah kita faham apa itu maqasid shariah. Maqasid shariah adalah objektif shariah bertujuan untuk memelihara 5 perkara asas manusia iaitu memelihara agama, nyawa akal, keturunan dan harta.

Dalam konteks pembangunan ekonomi dan kewangan, ianya berkaitrapat dengan cara pemerolehan, pemeliharaan, pengurusan, perbelanjaan, dan pengagihan harta.

Berikut merupakan 5 contoh untuk mencapai pemeliharaan harta dalam konteks Ekonomi dan Kewangan Islam:

1. Pelaburan dan Pengurusan Kekayaan Secara Berterusan

Pembangunan hidup manusia tidak hanya meliputi keperluan asasi sahaja, tetapi juga melibatkan peningkatan taraf hidup. Harta sedia ada perlu dilaburkan supaya keuntungan dapat dijana dan pelbagai projek yang meningkatkan kehidupan manusia dapat dilancarkan.

Oleh itu, kita digalakkan untuk melabur dalam instrumen patuh shariah seperti saham, amanah saham, dan koperasi.

2. Keadilan Dalam Kontrak

Sistem kewangan Islam menyemai prinsip keadilan dalam pemilikan harta kepada semua pihak. Jika diperhatikan kepada akad‐akad yang ada dalam sistem kewangan Islam, semuanya mempunyai rukun‐rukun serta syarat‐syarat yang perlu dipatuhi.

Sebagai contoh, dalam kontrak qard yang diaplikasikan dalam akaun simpanan, pihak bank meminjam duit pelanggan dan akan memulangkannya apabila diminta.

3. Kesahihan Perpindahan Pemilikan

Dalam Kewangan Islam, rukun jual beli adalah adanya tawaran/penerimaan, barang/perkhidmatan, dan penjual/pembeli. Tanpa rukun di atas, pemilikan boleh dikatakan tidak sah.

Pemilikan yang sah amat penting bagi memastikan kesahihan pemilikan ke atas harta dan penentuan hak ke atas keuntungan.

4. Perkongsian Harta

Konsep perkongsian harta adalah diwajibkan dalam Agama Islam. Ini bagi mengelakkan jurang yang terlampau jauh di antara golongan yang kaya dan miskin.

Disebabkan itulah, shariah menetapkan pemberian zakat, infaq, dan sedekah.

5. Ketelusan Dalam Aktiviti Muamalat

Aktiviti perlu terhindar daripada elemen riba’, judi, dan ketidaktentuan. Kontrak pula perlu jelas di antara penjual dan pembeli. Sebagai contoh dalam kontrak mudharabah, pelabur (pelanggan) mengetahui bahawa pelaburan adalah berisiko untuk rugi (bukan sahaja mendapat untung).

Manakala pengusaha (bank) berusaha untuk membuat pelaburan sebaik mungkin supaya pelaburan tidak mengalami kerugian. Disebabkan itu, kontrak berasaskan mudharabah tidak dilindungi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Kesimpulannya, maqasid shariah itu sangat berkait rapat dengan kehidupan kita dari perkara yang kecil hingga besar. Artikel ini hanya menfokuskan daripada sudut pemeliharaan harta.

Jika ingin mengetahui maqasid shariah dalam ruang lingkup yang lebih luas, boleh layari laman web http://www.islam.gov.my/

Sekian, semoga bermanfaat.

Sumber Rujukan: http://www.islam.gov.my/bahagian-maqasid-syariah/1181-prinsip-maqasid-Syariah

Ditulis Oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel azharuladha@gmail.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend