Perbezaan Utama Pinjaman Islamik dengan Pinjaman Konvensional

Perbezaan pinjaman islam dengan konvensional

Sesungguhnya kita tidak dapat lari daripada membuat pinjaman, dan apabila datang jurujual daripada pihak bank – ada kala kita diberi pilihan nak pembiayaan Islam ke nak pinjaman konvensional.

Ada yang kata ambil pembiayaaan Islamik, itu “back door” riba.
Semua negatif. Bila “Islamik” saja … semua negatif.

Ambil pinjaman yang ada interest itu bagus kah? Sebab ia “front door riba”. Ooo … back door riba tak boleh … tapi front door riba tak apa?

Apa-apa pun, jom kita tengok perbezaan pinjaman Islam dan pinjaman konvensional terlebih dahulu. Sebagai perbandingan, kita ambil produk pinjaman peribadi dan tengoklah sendiri perbezaannya.

Untuk makluman, kebanyakan maklumat di dalam artikel ini adalah merujuk kepada dokumen yang dikeluarkan oleh Bank Muamalat bertajuk Perbandingan Antara Perbankan Islam dan Konvensional.

7 Perbezaan Pinjaman Islam dan Pinjaman Konvensional

Perbankan Islam Perbankan Konvensional
1. Kemudahan Pembiayaan Peribadi Pinjaman Peribadi
2. Kontrak Tawarruq atau Bai’ Al-Inah Pinjaman
3. Keuntungan Terhasil daripada jualan Terhasil daripada faedah atas transaksi pinjaman
4. Amaun Yang Perlu Dibayar Amaun adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan atau dikurangkan/diberikan rebat sekiranya pelanggan membayar keseluruhan pembiayaan lebih awal Amaun akan berubah mengikut perubahan Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate ’BLR’)
5. Lewat Bayar Gantirugi (ta’widh) akan dikenakan Penalti dalam bentuk ‘compounding’ akan dikenakan
6. Penyelesaian Awal (Early Settlement) Boleh nikmati ‘ibra’ (rebat) ke atas harga jualan sekiranya pembiayaan itu diselesaikan lebih awal daripada jadual pembayaran balik tanpa dikenakan sebarang penalti Ada penalti kalau buat penyelesaian awal dalam ‘lock-in’ period
7. Insurans Takaful Konvensional

Pertama sekali, “pinjaman” adalah istilah yang tak betul. Di dalam perbankan Islam, ia adalah pembiayaan. Bermaksud, tiada ‘pinjaman secara Islam’. Bukan setakat istilah sahaja yang berbeza, mekanisme yang terlibat juga berbeza.

Sekarang kita tengok pula perbezaan di antara pinjaman perumahan Islam dan pinjaman perumahan konvensional.

9 Perbezaan Pinjaman Perumahan Islam dan Pinjaman Perumahan Konvensional

Perbankan Islam Perbankan Konvensional
1. Kemudahan Pembiayaan Perumahan Pinjaman Rumah
2. Kontrak Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau Musyarakah Mutanaqisah (MM) Pinjaman
3. Keuntungan Terhasil daripada jualan atau pajakan Terhasil daripada faedah atas transaksi pinjaman
4. Aset Komoditi atau aset yang dibenarkan Syarak Tiada
5. Amaun Yang Perlu Dibayar Amaun adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan atau dikurangkan/diberikan rebat sekiranya pelanggan membayar keseluruhan pembiayaan lebih awal Amaun akan berubah mengikut perubahan Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate ’BLR’)
6. Pemilikan Aset Mesti dimiliki oleh penjual atau dipajakkan kepada pelanggan yang membeli secara beransur-ansur daripada bank Tidak relevan
7. Lewat Bayar Gantirugi (ta’widh) akan dikenakan Penalti dalam bentuk ‘compounding’ akan dikenakan
8. Penyelesaian Awal (Early Settlement) Boleh nikmati ‘ibra’ (rebat) ke atas harga jualan sekiranya pembiayaan itu diselesaikan lebih awal daripada jadual pembayaran balik tanpa dikenakan sebarang penalti Ada penalti kalau buat penyelesaian awal dalam ‘lock-in’ period
9. Insurans Takaful Konvensional

Lagi sekali, terma yang sebenarnya adalah pembiayaan perumahan kerana apabila ada istilah pinjaman; ianya wujud pembayaran faedah atau riba yang diharamkan di dalam Islam.

Mekanisme Pembiayaan Kewangan Islam Kawal Harga Rumah

Apa Kelebihan Pembiayaan Islam?

Yang paling jelas sekali, tiada unsur riba yang wujud di dalam pembiayaan Islam. Apabila tiada riba, tiadalah berlakunya penindasan.

Dan buat masa sekarang, akan ada diskaun duti setem 20% bagi dokumen-dokumen Perjanjian Pembiayaan Perumahan Islam. Bagi kes pembiayaan semula daripada pinjaman rumah konvensional kepada pembiayaan perumahan Islam, akan ada pengecualian duti setem 100% ke atas baki pinjaman yang sedia ada. Ini tidak dapat dikenakan kepada mana-mana jumlah yang melebihi baki pinjaman pembiayaan semula yang sedia ada.

Contoh Pengiraan Pembiayaan/Pinjaman RM10,000

Jom kita tengok perbezaan pembiayaan peribadi dan pinjaman peribadi sebanyak RM10,000 dengan kadar 4% untuk selama 5 tahun seperti berikut:

Kalkulator Pembiayaan Peribadi Bank Islam:

Kalkulator Langsai Pinjaman Peribadi Loanstreet:

Nampak ke tak nampak perbezaan di antara kedua-duanya?

Terdapat perbezaan daripada segi istilah yang digunapakai, tetapi jumlah ansuran bulanan tetap sama kan?

Anda boleh klik pautan di atas kalau nak godek-godek dan masukkan amaun lain ikut kehendak hati anda.

Hentikan Tohmahan

Semoga segala yang dikongsikan kali ini dapat membuka mata orang ramai, khususnya masyarakat Islam untuk memilih pembiayaan Islam. Hentikanlah segala stereotaip dan tohmahan terhadap perbankan Islam, kononnya:

  • Pembiayaan Islam lebih mahal daripada pinjaman konvensional
  • Pembiayaan Islam pun amalkan riba seperti pinjaman konvensional
  • Pakai terma Arab tu kira menghalalkan pembiayaan Islam?
  • Takde beza pembiayaan Islam dengan pinjaman konvensional?
  • Leceh lah pembiayaan Islam ni

Bagi mereka yang tengah shopping dan nak buat perbandingan, silalah banding pembiayaan Islam daripada beberapa syarikat yang menawarkan produk patuh syariah. Hentikan membanding dengan produk konvensional.

Memetik dari tulisan Dr Zaharuddin; tindakan membandingkan apa yang ditawarkan pembiayaan Islam dan konvensional adalah ternyata silap dari sudut :-

1) Spiritual – kerana membandingkan perkara yang halal dan yang haram.

2) Fizikal – kerana membandingkan dua benda yang mempunyai bentuk yang berbeza. Sebagai cuba membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank Islam dan kadar interest yang dikenakan oleh konvensional.

Tapi mengapa pembiayaan Islam turut mengenakan penalti, iaitu interest terhadap mereka yang lewat bayar. Kan itu dikira sebagai riba? Takdelah beza dengan pinjaman konvensional kalau dikenakan interest?

Bagi menjawab persoalan di atas, izinkan saya berkongsi FB Post Tuan Haji Razli Ramli, Ketua Penasihat, Jabatan Penasihat Perniagaan – Syariah di IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia) yang bertajuk Late Payment Charges (LPC):

LPC itu merupakan riba jahilliyah. Ianya haram dijadikan sumber pendapatan. Ini adalah fakta dan diterima pakai oleh semua pihak.

Tetapi ia dibolehkan untuk dicaj kepada pelanggan yang ingkar membayar hutang atau sengaja melambat-lambatkan bayaran hutang.

Kenapa?

Ianya dibenarkan sebagai sebab untuk memastikan pelanggan bayar hutang ikut masa dan tempoh yang ditetapkan. Dengan erti kata lain, ianya dapat mendisiplinkan pelanggan. Bank Negara Malaysia turut mengeluarkan garis panduan berkenaan LPC ini pada tahun 2011.

Duit LPC yang dikutip oleh bank-bank Islam seterusnya disalurkan kepada Baitulmal, dan bukannya dikira sebagai keuntungan seperti yang dilakukan oleh bank-bank konvensional.

Kredit: islamicbankers.me

Islamic banking in Malaysia: Overview


 

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam rasa bagus sangat. Sebab kadar faedah bayar balik bukan tinggi sangat dan tempoh yang diberikan juga amat panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend