21 Ekonomi Terkuat Dunia Menjelang 2030

Suatu ketika dahulu, Malaysia mempunyai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju. Namun dengan berbaki tak sampai 2 tahun ini, kita telah sedikit tersasar.

Tapi nak tahu tak 21 ekonomi terkuat dunia menjelang 2030?

Sepertimana Dilaporkan PricewaterhouseCoopers

Memetik laporan yang dikeluarkan juruaudit terkenal dunia, ia mendapati bahawa negara membangun seperti India dan Brazili akan mencabar dominasi kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China.

Bagaimana negara-negara ini diberikan ranking?

Ianya berdasarkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) yang diunjurkan berbanding Pariti Kuasa Beli atau Purchasing Power Parity (PPP).

Untuk tujuan kajian ini, nilai tersebut adalah dalam US Dolar dan pada nilai yang tetap.

Jom kita tengok 21 ekonomi terkuat dunia menjelang 2030 seperti berikut:

21. Nigeria — $1.794 trillion

20. Pakistan — $1.868 trillion

19. Mesir — $2.049 trillion

18. Kanada — $2.141 trillion

17. Sepanyol — $2.159 trillion

16. Iran — $2.354 trillion

15. Itali — $2.541 trillion

14. Korea Selatan — $2.651 trillion

13. Arab Saudi — $2.755 trillion

12. Turki — $2.996 trillion

11. Perancis — $3.377 trillion

10. United Kingdom — $3.638 trillion

9. Mexico — $3.661 trillion

8. Brazil — $4.439 trillion

7. Jerman — $4.707 trillion

6. Rusia — $4.736 trillion

5. Indonesia — $5.424 trillion

4. Jepun — $5.606 trillion

3. India — $19.511 trillion

2. Amerika Syarikat — $23.475 trillion

1. China — $38.008 trillion

Sumber: Independent UK

Banyak Wakil Asia, Tapi Tiada Malaysia Dalam Senarai

Singapura pun tiada, tetapi kalau kita lihat – Indonesia dan India bakal menyertai Jepun dan China dalam menjadi ekonomi terkuat dunia menjelang 2030.

Itu bermakna 4 daripada 5 ekonomi terkuat dunia terletak di Asia. Nak tumpang gembira jugalah, walaupun Malaysia tidak kelihatan.

Apa Mesejnya Di Sini?

Dalam tempoh 12 tahun, negara-negara yang sekarangnya pesat membangun seperti Mexico dan Brazil akan menyertai golongan elit dan berpengaruh seperti United Kingdom, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat.

Selain daripada ekonomi, landskap politik serta ketenteraan juga bakal menyaksikan perubahan. Jika sebelum ini kita lihat Mexico dan Brazil kelihatan seperti sering diperkecilkan atau dibuli oleh kuasa besar, kini mereka dapat berdiri sama tinggi dan menegakkan pendirian dan kepentingan mereka di arena antarabangsa.

Negara Maju, Tetapi Rakyat Belum Tentu Dapat Menikmatinya

Dan jangan juga mudah terpedaya dengan konsep negara maju, jadi rakyatnya mesti bersenang-lenang. Cukup dengan membaca GDP Negara Meningkat Tapi Kenapa Rakyat Masih Rasa Terbeban? Ketidakseimbangan ekonomi dalam negara pasti akan berlaku, dan jurang di antara terkaya dan termiskin akan menjadi lebih besar.

Di Malaysia sendiri pun kelihatan jurang ini. Tak percaya? Cuba baca Golongan Kaya “Mengawal” Simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Harapkan Duit Simpanan KWSP Tidak Cukup Untuk Bersara – Data KWSP.

Komen

komen