adidas dan Beyoncé Umum Perkongsian Ikonik

– Beyoncé dan adidas bersatu dan percaya bahawa melalui sukan, kita berkuasa mengubah kehidupan –

– Hubungan unik ini menyelaraskan kedua-dua pihak berkisarkan prinsip-prinsip utama termasuk kepentingan wanita dalam kepimpinan, pemilikan bersama, pemerkasaan dan kolaborasi –

– Beyoncé akan menjadi rakan kongsi kreatif untuk jenama tersebut, membangunkan kasut dan pakaian istimewa baharu selain pelancaran semula Ivy Park dengan adidas –

HERZOGENAURACH, Jerman, 5 April 2019 /PRNewswire/ — adidas dan Beyoncé mengumumkan perkongsian berbilang peringkat yang akan melibatkan usaha menginspirasikan dan memperkasa generasi baharu pencipta, mendorong perubahan positif di dunia melalui sukan dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baharu.

“Ini merupakan perkongsian sepanjang hayat buat saya,” kata Beyoncé. “adidas mengalami kejayaan yang luar biasa dalam menerobos sempadan kreatif. Kami berkongsi falsafah yang meletakkan kreativiti, pertumbuhan dan tanggungjawab sosial sebagai elemen utama dalam perniagaan. Saya tidak sabar-sabar menantikan pelancaran semula dan peluasan Ivy Parkpada skala yang benar-benar global bersama pemimpin yang terbukti dan dinamik.”

Beyoncé dan adidas merupakan rakan kongsi yang wajar, kedua-duanya memberi penghormatan mendalam dan komitmen terhadap kreativiti, ekuiti dan pencipta. Tidak mengaitkan dengan stereotaip atlet biasa dan apa yang harus ada pada pakaian dan kasut kelengkapan atletik santai dan sebaliknya, akan menghidupkan visi rangkuman bersama yang selama-lamanya akan mengubah peluang dan landskap buat semua.

Perkongsian ini akan menjurus kepada penciptaan bersama produk-produk baharu yang menarik – bermula dengan prestasi kepada gaya hidup – serta program dipacu tujuan unik yang menumpu pada pemerkasaan dan pendayaan generasi baharu atlet, pencipta dan pemimpin. Penyampaian kisah yang bermakna dan beraneka akan menjadi asas untuk koleksi Beyoncé bersama adidas selain pelancaran semula jenama Ivy Park beliau. Perkongsian ini menghormati pemilikan Beyoncé terhadap syarikat beliau yang meneruskan perjalanan beliau sebagai salah seorang wanita berkulit gelap pertama yang menjadi satu-satunya pemilik jenama kelengkapan atletik santai.

“Sebagai jenama sukan pencipta, adidas mencabar status quo dan menerobos sempadan kreativiti melalui pendekatan sumber terbukanya. Beyoncé ialah pencipta ikonik bahkan merupakan pemimpin perniagaan terbukti dan kami bersama-sama mempunyai kebolehan untuk mengilhamkan perubahan dan memperkasa generasi baharu pencipta,” kata Eric Liedtke, Ahli Lembaga Eksekutif – Jenama Global, adidas

adidas teruja untuk mengalu-alukan Beyoncé ke dalam keluarganya!

Latar Belakang adidas
adidas ialah peneraju global dalam industri barangan sukan dengan jenama-jenama utama adidas dan Reebok. Beribu pejabat di Herzogenaurach/Jerman, syarikat menggaji 57,000 kakitangan di seluruh dunia dan menjana jualan sekitar € 22 bilion pada tahun 2018.

Latar Belakang Parkwood Entertainment
Parkwood Entertainment ialah sebuah syarikat hiburan dan pengurusan yang ditubuhkan oleh penghibur dan usahawan, Beyoncé pada tahun 2010.  Dengan ibu pejabat terletak di Bandar Raya New York, syarikat mempunyai jabatan-jabatan dalam penerbitan muzik dan video, pengurusan, pemasaran, digital, kreatif, kedermawanan, publisiti dan syarikat rakaman yang baru ditubuhkan. Di bawah nama asalnya, Parkwood Pictures, pada tahun 2008, syarikat melancarkan filem Cadillac Records (2008), yang dibintangi dan diterbitkan bersama Beyoncé. Syarikat turut melancarkan filem Obsessed (2009), yang mana Beyoncé menjadi teraju utama dan penerbit eksekutif. Parkwood Entertainment menerbitkan The Mrs. Carter Show World Tour (2013-2014) dan The Formation World Tour (2016), serta bersama-sama menerbitkan ON THE RUN TOUR (2014) dan ON THE RUN II (2018).

Sumber: adidas

Pautan berkaitan: http://www.adidas.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend