Aeroflot Dinamakan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran China buat Tahun Ketiga Berturut-turut

MOSCOW24 April 2019 /PRNewswire/ — Aeroflot sekali lagi diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran di China. Anugerah berprestij tersebut disampaikan kepada Aeroflot buat tahun ketiga berturut-turut di Upacara Penyampaian Flyer Awards 2019. Upacara penyampaian anugerah tersebut diadakan hari ini di Shanghai, ibu kota ekonomi China.

Anugerah berkenaan disokong oleh majalah dalam pesawat Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dan bahan penerbitan sektor yang terkemuka, Flyer Tea. Pemenang-pemenang dipilih oleh juri dan undian daripada penumpang penerbangan dan pengembara yang kerap melakukan penerbangan.

Anugerah berprestij tersebut mengiktiraf peserta-peserta cemerlang dalam pasaran pelancongan yang membangun secara dinamik di China. Pemenang-pemenang terdahulu melibatkan syarikat-syarikat penerbangan global yang terkemuka termasuk syarikat-syarikat penerbangan yang memegang status Syarikat Penerbangan 5-Bintang Skytrax.

Aeroflot mengekalkan gelaran Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran di Flyer Awards yang berdaya saing lantaran kelebihan kompetitifnya yang utama: kualiti perkhidmatan yang tinggi dan dasar tambang yang fleksibel.

“Pengiktirafan Aeroflot sebagai Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran di China merupakan pengesahan kepada keberkesanan usaha-usaha strategik kami di China,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot Vitaly Saveliev. “Kami menawarkan pelanggan kami dengan pilihan jaringan laluan yang luas dan salah satu armada penerbangan yang paling baharu di dunia. Berjuta-juta penumpang Cina memilih syarikat penerbangan kami disebabkan harga tiket yang berpatutan, transit mudah melalui hab lapangan terbang kami Sheremetyevo serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Pembangunan perkhidmatan yang selanjutnya untuk laluan-laluan transit Eropah-Asia, salah satu pasaran penerbangan yang paling berdaya saing di dunia, merupakan salah satu matlamat utama Aeroflot, berserta peluasan aktif jaringan laluan domestik.”

Laluan-laluan mudah Aeroflot merangkumi empat lokasi utama di ChinaBeijingShanghaiHong Kong dan Guangzhou. Aeroflot terus menambah perkhidmatan baharu yang berorientasikan pasaran China. Terdahulu, Aeroflot menandatangani perjanjian perkongsian dengan Alipay, sistem pembayaran yang paling popular di China.

Laman sesawang rasmi Aeroflot mempunyai antara muka berbahasa Cina. Penumpang menerima menu dalam bahasa Cina manakala sistem hiburan dalam pesawat disediakan dalam bahasa Cina. Pengumuman dalam pesawat dibuat dalam bahasa Cina manakala pula menu menawarkan set hidangan Asia yang istimewa.

Aeroflot sentiasa menikmati pengiktirafan dan populariti yang luas daripada pengguna dalam pasaran Cina. Pada bulan Januari, Aeroflot dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Transit China – Eropah Terbaik menerusi Stars Awards 2019 di China.

Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 159 destinasi dalam 55 negara.

Kumpulan 255 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu dalam mana-mana syarikat penerbangan seluruh dunia yang mengendalikan lebih 100 pesawat. Pada tahun 2018, Aeroflot membawa 35.8 juta penumpang (55.7 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari-subsidiari).

Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali ketujuh di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2018. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan AS, APEX.

Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia menurut perunding strategi jenama terkemuka, Brand Finance.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/ .

Sumber: Aeroflot

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend