Akan Datang: Semak Wang Tak Dituntut Melalui eGUMIS

Masih ingat lagi tak situasi orang ramai beratur panjang pada pertengahan tahun lepas apabila viral kisah ada sesetengah individu yang mendapat ribuan ringgit hasil semakan Wang Tak Dituntut di Menara Maybank?

Lepas ni, dah tak perlu lagi beratur seperti di atas, dengan adanya sistem semakan online eGUMIS.

Apa Itu eGUMIS?

Bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang tidak dituntut, Kerajaan akan melancarkan Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) pada suku kedua tahun 2018 untuk memudahkan semakan status wang tidak dituntut dilakukan terutamanya oleh penduduk di luar bandar.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz, wang tidak dituntut setakat 31 Oktober 2017, berjumlah RM 5.96 billion yang disimpan dalam akaun amanah kerajaan. Sejumlah 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

3 Kategori Wang Tak Dituntut (WTD)

Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.

  • Akaun simpanan
  • Akaun semasa
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

  • Akaun pemiutang dagangan
  • Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut (WTD)

Sumber: Harian Metro

Memandangkan sistem WTD online eGUMIS belum aktif sepenuhnya buat masa ini, sementara menunggu sistem WTD Online boleh digunakan anda boleh membuat semakan WTD di seluruh negara di Jabatan Akauntan Negara (JANM). Senarai penuh cawangan JANM boleh didapati disini

Caranya seperti berikut:

  1. Sila ke kaunter JANM pada waktu bekerja
  2. Bawa bersama beberapa dokumen penting seperti MyKAD termasuk salinan sijil kematian sekiranya ingin menyemak bagi si mati
  3. Serahkan dokumen di kaunter JANM untuk pendaftaran
  4. Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan WTD
  5. Status WTD akan diketahui dalam beberapa minit sahaja tanpa eGUMIS
  6. Pegawai berkenanan akan menyenaraikan segala wang yang boleh dituntut beserta cara membuat tuntutan
  7. Sama seperti eGUMIS semakan ini 100% percuma
  8. Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon Wang Tak Dituntut dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.

Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.

Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).

Jabatan Akauntan Negara juga menyediakan perkhidmatan ePenyata Gaji bagi memudahkan urusan semakan slip gaji online.

Sumber: egumis.com 

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend