ANGKASA dan Sedania As Salam Capital Kukuhkan Teknologi Kewangan (FinTech) Syariah Gerakan Koperasi Negara

KUALA LUMPUR, 23 hb Oktober 2019 – Persidangan FinTech Islam eksklusif, yang dianjurkan bersama oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Sedania As Salam Capital Sdn Bhd, anak syarikat Sedania Innovator Berhad, telah dirasmikan hari ini di Hotel Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur. Persidangan fintech (teknologi kewangan) 2 hari, yang dinamakan Persidangan FinTech Syariah Koperasi 2019 dianjurkan untuk membina kesedaran tentang FinTech di kalangan warga-warga koperasi kredit dan juga keupayaannya dalam meningkatkan kualiti operasi serta menyediakan pengurusan produk pembiayaan patuh Syariah kepada ahli-ahli koperasi.

Persidangan ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Nordin Bin Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang diwakili oleh oleh Haji Zazali bin Haron, Naib Pengerusi Eksekutif Dasar dan Pembangunan SKM.

Antara jemputan-jemputan yang hadir menyampaikan pengetahuan dan kepakaran mereka kepada peserta-peserta persidangan itu adalah Y.Bhg. Prof. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Bin Hasan (Naib Presiden, ANGKASA), Dr Aznan Hasan (Profesor Madya, UIAM), Syahrunizam Samsudin (Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go), dan Datuk Azrin Mohd Noor (Pengasas dan Pengarah Urusan Sedania Innovator Berhad). Topik-topik perbincangan merangkumi aplikasi perbankan digital dalam Kewangan Islam ke platform pemulihan kewangan.

Di dalam ucapan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Dato’ Abdul Fattah Hj Abdullah, beliau berkata tujuan persidangan ini dijalankan adalah antaranya membincangkan potensi fintech bagi koperasi dalam pasaran Islamik, ekosistem fintech Islam, dan implikasi fintech dalam industri perkhidmatan kewangan koperasi. Persidangan ini juga akan menjadi medium perkongsian ilmu antara koperasi dan pemain industri. Beliau juga berkata di Malaysia dianggarkan terdapat kira-kira 70 hingga 80 syarikat permulaan Fintech
yang berpangkalan di Malaysia.

Beliau juga menyarankan bahawa gerakan koperasi harus menyahut cabaran yang diketengahkan oleh era pendigitalan ekonomi baharu ini dan memperbaiki kualiti perkhidmatan yang sesuai dengan tingkah-laku pelanggan atau anggota koperasi yang turut terkesan dengan perubahan ekonomi ke arah pendigitalan ini. Beliau turut pemain-pemain dan rakan kongsi Fintech perlu memainkan pendekatan kolaboratif bersama SKM dan ANGKASA bagi memastikan gerakan koperasi sentiasa berada di barisan hadapan dalam memacu teknologi kewangan patuh syariah. Sudah tiba masanya gerakan koperasi yang berjumlah 14 ribu buah organisasi, termasuk 600 buah kredit koperasi, menjadi tulang belakang dan pemain utama selaras dengan perkembangan FinTech industri perbankan di Malaysia.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, Sedania As Salam Capital Sdn Bhd telah menyediakan platform perdagangan komoditi digital automatik untuk ahli-ahli koperasi. Sejak penubuhannya, platform As-Sidq oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd telah memproses lebih daripada RM37 bilion pembiayaan melalui transaksi tawarruq yang memperdagangkan komoditi kredit ‘airtime’.

Setakat ini, hasil kerjasama Sedania As Salam Capital Sdn Bhd bersama ANGKASA telah menjalankan transaksi bernilai RM386 juta untuk tujuan pembayaran pembiayaan secara patuh syariah melalui platform Tawarruq ANGKASA. Tambahan pula, kerjasama antara Sedania As Salam Capital Sdn Bhd dan ANGKASA telah menghasilkan 54 rakan koperasi kredit mendapatkan sijil patuh Syariah melalui penggunaan platform As-Sidq.

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Sedania Innovator Sdn Bhd, Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Halim bin Ali, berkata, “Kami sangat berbangga dengan kerjasama antara ANGKASA dan Sedania As Salam Capital untuk mengukuhkan elemen Financial Technology (FinTech) patuh Syariah dalam Model Kewangan Koperasi Kredit Negara. Landskap kewangan telah berubah kepada sistem yang mengutamakan urusniaga yang pantas, borang aplikasi yang boleh diisi dalam talian dan jaminan keselamatan. Ini adalah peluang untuk menggalakkan pertumbuhan industri FinTech Islam di Malaysia.”

Beliau meneruskan, “Kerjasama ini adalah penting kerana warga koperasi dapat menerima manfaat yang besar melalui akses ke kredit dengan cara yang lebih mudah. Kredit adalah nadi ekonomi dan saya percaya dengan penyelesaian fintech Islam, pengeluaran wang pinjaman akan menjadi lebih cepat dan mudah serta memenuhi permintaan pembiayaan Islam yang mematuhi syariah untuk ahli koperasi. Kerjasama dengan ANGKASA dan penggunaannya yang cepat oleh ahli koperasi adalah bukti bagaimana FinTech Islam dapat mempertingkatkan sistem kewangan sosial Islam untuk memenuhi keperluan semua.


Tentang Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

As-Sidq (TM) adalah sebuah platform perisian dipaten milik oleh Sedania As Salam Capital Sdn Bhd yang kukuh dan berskala dengan rekod prestasi terbukti lebih daripada 350,000 transaksi bernilai RM38 bilion. Perkhidmatan patuh syariah sepenuhnya, yang mudah diintegrasikan ke dalam mana-mana sistem dan proses sedia ada melalui API, kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan dan 7 bank di Malaysia. Misi teras As-Sidq (TM) adalah untuk membantu pelanggan mencari produk kewangan Islam yang sempurna dan menyampaikannya kepada mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.

Sebagai peneraju industri dalam platform perdagangan komoditi Tawarruq untuk kewangan peribadi Islam, As-Sidq (TM) membantu institusi-institusi kewangan untuk memasar, mengenal pasti dan meluluskan pembiayaan peribadi Islam dengan menawarkan pemeriksaan profil pelanggan yang komprehensif dari DSR kepada CTOS / CCRIS. Ini membolehkan penyerahan petunjuk hangat yang membolehkan kelulusan hampir dijamin.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend