Axa Affin General Insurance Meraih Kemenangan Di Anugerah HR Global Selama 2 Tahun Berturut-Turut

AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju yang diiktiraf dalam kecemerlangan HR dengan kemenangan besar di anugerah HR global selama 2 tahun berturut-turut.

Anugerah yang dimenangi di Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia Global 2019 adalah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik dan anugerah Wira 101 HR Global. AAGI juga merangkul anugerah Inovasi Berterusan dalam Strategi HR di Tempat Kerja di Anugerah Jenama Majikan Terbaik Global 2019.

Dianjurkan oleh Kongres HRD Dunia Edisi ke-27 dari 15-16 Februari 2019 di Mumbai, India, kedua-dua upacara ini diiktiraf oleh pemimpin HR dari seluruh dunia. Anugerah ini diakui sebagai penanda aras yang dihormati bagi syarikat yang memiliki rekod terbukti dalam mempraktikkan amalan cemerlang yang mendorong perkembangan organisasi dan transformasi tenaga kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif AAGI, Emmanuel Nivet, yang telah memenangi anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik selama 2 tahun berturut-turut, mengaitkan pengiktirafan global itu dengan budaya Syarikat yang cerdas dan terbuka, yang dipacu oleh matlamat pemerkasaan, bukan hanya kepada pelanggan, tetapi juga kepada kakitangannya.

“Di AXA, kami komited untuk memperkasakan pelanggan kami agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan ini hanya dapat disampaikan sekiranya kami memiliki komitmen yang teguh daripada kakitangan kami. Untuk membimbing kami dalam matlamat ini, AXA telah menghasilkan satu set 4 nilai teras yang berfungsi sebagai kompas – Pelanggan Didahului, Keberanian, ONE AXA dan Integriti,” kata Emmanuel.

AAGI adalah perintis dalam melaksanakan strategi inovatif untuk penambahbaikan dan pemudahan proses. Syarikat ini sentiasa beroperasi melampaui pendekatan tradisional dengan mengintegrasikan automasi dan digitalisasi dalam pengambilan, penglibatan, ganjaran dan pengiktirafan serta pengurusan prestasi. AAGI adalah syarikat pertama dalam industri untuk memperkenalkan Alex, Robot Pasukan HR yang direka untuk memperkemaskan proses perekrutan, pampasan dan manfaat HR melalui sistem automasi proses robot.

Mengulas tentang kemenangan berulang ini, En. Mohd Syukri bin Ahmad Sudari, Ketua Pegawai Sumber Manusia AAGI berkata, “Kami percaya dalam kepentingan kualiti budaya kerja dan hidup untuk kakitangan kami dan akan terus mendorong inovasi dalam bidang HR. Kita perlu inovatif dalam amalan HR kita, empatetik dalam menangani keperluan kakitangan kita dan terus menggalakkan perkembangan profesional di tempat kerja yang terbuka dan saksama – itulah caranya untuk menempatkan diri kita sebagai peneraju bidang ini.”

Untuk mengikuti arus inovasi, AAGI juga telah memperkenalkan beberapa dasar luar kelaziman seperti Penyusunan Jadual Kerja Mampat serta Cuti Tanggungjawab Sosial Pekerja untuk menggalakkan pekerja mengambil bahagian dalam kerja amal dan menyumbang kepada masyarakat.

AAGI adalah salah sebuah syarikat insurans am yang paling pesat berkembang di Malaysia dengan lebih 800 pekerja di 23 pejabat serta lebih daripada 5,000 ejen, broker dan rakan bank di seluruh negara. Syarikat ini telah menerima pelbagai anugerah yang mengiktiraf pencapaiannya sebagai majikan yang digemari bukan sahaja di seluruh dunia, malah juga di Asia dan Malaysia.

ABOUT THE AXA GROUP

The AXA Group is a worldwide leader in insurance and asset management, with 165,000 employees serving 107 million clients in 64 countries. In 2016, IFRS revenues amounted to Euro 100.2 billion and IFRS underlying earnings to Euro 5.7 billion. AXA had Euro 1,429 billion in assets under management as of December 31, 2016.

The AXA ordinary share is listed on compartment A of Euronext Paris under the ticker symbol CS (ISN FR 0000120628 – Bloomberg: CS FP – Reuters: AXAF.PA). AXA’s American Depository Share is also quoted on the OTC QX platform under the ticker symbol AXAHY.

The AXA Group is included in the main international SRI indexes, such as Dow Jones Sustainability Index (DJSI) and FTSE4GOOD.

It is a founding member of the UN Environment Programme’s Finance Initiative (UNEP FI) Principles for Sustainable Insurance and a signatory of the UN Principles for Responsible Investment.

This press release and the regulated information made public by AXA pursuant to article L. 451-1-2 of the French Monetary and Financial Code and articles 222-1 et seq. of the Autorité des marchés financiers’ General Regulation are available on the AXA Group website (axa.com).

ABOUT AXA International New Markets

AXA International & New Markets provides protection to customer, people and businesses alike – so that they can pursue their lives and ventures with peace of mind – in fifth geographies, Asia, Middle-east, Africa, Europe & Latin America, and gathers the smaller and high-growth markets of the AXA Group. AXA International & New Markets is part of the AXA Group, a worldwide leader in insurance and asset management, with 160,000 employees serving 105 million clients in 64 countries. In 2017, IFRS revenues amounted to Euro 98.5 billion and underlying earnings to Euro 6.0 billion. AXA had Euro 1,439 billion in assets under management as of December 31, 2017.

About AXA Affin General Insurance Berhad

AXA Affin General Insurance Berhad was incorporated in Malaysia on July 12th, 1975 as a licensed general insurance company. It is a joint venture between AXA Asia and Affin Bank Berhad, one of the leaders in Malaysia’s financial services industry. Prior to that, companies that now form part of the AXA Group, operated in Malaysia for a period stretching back to 1874.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend