AXA AFFIN Life Insurance Ingin Jadi Rangkaian Agensi Mesra Wanita

Baik ibu yang berkerjaya mahupun suri rumah akan bersetuju bahawa kaum wanita mendapati sukar untuk mengimbangi antara kerjaya dan kehidupan peribadi kerana faktor seperti cuti bersalin yang singkat, perbelanjaan penjagaan kanak-kanak yang semakin meningkat, dan jadual kerja yang tidak fleksibel.  AXA AFFIN Life Insurance (AALI) menyedari hakikat bahawa keperluan wanita bekerjaya telah berubah dengan ketara dalam era baru ini dan kini menawarkan pelbagai manfaat unik dalam rangkaian agensinya kepada ejen wanita.

Berbekalkan cita-cita menjadi rangkaian agensi paling mesra wanita di Malaysia, AALI mengalu-alukan wanita dari segenap lapisan masyarakat untuk memulakan kerjaya insurans bersama mereka. Manfaat berikut telah diperkenalkan:

  • Syarikat insurans pertama di Malaysia untuk menawarkan manfaat ibu bersalin kepada ejennya
  • Insentif kewangan diberikan kepada ejen wanita baru
  • Peluang membina jaringan di kalangan wanita melalui bengkel

Tidak kira sama ada anda seorang graduan baru, ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa atau pesara, AALI bersedia melengkapkan ejennya dengan kemahiran dan ilmu yang sesuai menerusi Program Pembangunan Ejen. Ejen wanita yang cemerlang juga berpeluang menyertai lawatan Belajar & Mengembara ke luar negara berserta insentif kewangan dan berpeluang mengunjungi beberapa pejabat AXA di serata dunia.

Emmanuel Wehry, Ketua Pegawai Pengedaran & Pemasaran AALI berkata, “Kami mahu memainkan peranan memperkasakan wanita untuk terus membina kerjaya mereka walaupun sudah berkeluarga. Justeru, kami memperkenalkan manfaat mesra wanita dan berharap dapat melancarkan lebih lagi manfaat pada masa depan. Kami amat menghormati dan mengagumi wanita dalam masyarakat moden kerana memainkan begitu banyak peranan. Kami harap manfaat ini akan membantu mereka mencari keseimbangan antara kerjaya profesional dan kehidupan peribadi.”

“AXA AFFIN Life akan menjadi syarikat insurans pertama di Malaysia dan Asia untuk menawarkan subsidi selama 8 minggu selepas bersalin kepada ejennya. Kepuasan pekerjaan diberi keutamaan kerana kami percaya, ia merupakan faktor penting untuk mencapai mercu jaya lebih tinggi dan hidup lebih sihat. Memandangkan platform agensi ialah saluran pengedaran utama, kami mahu mendapatkan kelebihan daya saing ini untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik,” tambahnya.

Ejen wanita berprestasi tinggi juga berpeluang membintangi siri Video Pencarian Ejen di saluran Youtube dan Facebook AXA AFFIN. Bengkel berkaitan wanita seperti transformasi imej, pertahanan diri dan perancangan kewangan akan diadakan dari masa ke masa untuk berinteraksi dengan ejennya.

Untuk butiran lanjut, sila layari www.facebook.com/MYAXAAffin dan berikan maklum balas anda.

Pautan berguna:

Laman web : www.axa.com.my
Facebook    : www.facebook.com/MYAXAAffin
YouTube     : www.youtube.com/channel/UCcZz3ifY0dIQq0S1QWu2RSg

 

AXA AFFIN Life Insurance Berhad

Ditubuhkan pada Februari 2006, AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AXA AFFIN Life) merupakan syarikat usahasama di antara AFFIN Holdings Berhad dan AXA Group, sebuah syarikat terkemuka perlindungan kewangan global, yang berpangkalan di Paris.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend