AXA AFFIN Menawarkan Gaya Hidup Sihat dengan Step It Up+

  • AXA AFFIN Life Insurance memperkenalkan dua kempen di bawah Step It Up+ bagi menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia.
  • Kempen Fitter Me menggalakkan para pelanggan untuk mencapai sasaran kesihatan yang diingini dengan meningkatkan jumlah kiraan langkah mereka dan mendapat ganjaran pulangan tunai sehingga 24% ke atas premium tahunan bagi tahun pertama mereka.
  • Kempen Better Me memperkasakan para pelanggan untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menyediakan jurulatih dalam talian yang khusus untuk mereka dan mendapat ganjaran insentif pulangan tunai sehingga RM600 apabila mereka mencapai sasaran kesihatan tertentu.

Kajian kesihatan kebangsaan baru-baru ini mendedahkan bahawa tahap kesihatan dan kecergasan rakyat Malaysia masih rendah dengan statistik membimbangkan dari segi obesiti, hipertensi, diabetes serta kolesterol.[1] Tambahan lagi, kajian turut menunjukkan bahawa jumlah golongan belia yang dimasukkan ke hospital telah meningkat sebanyak dua kali ganda dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini di mana 34% daripada mereka telah didiagnosis dengan tahap kolesterol darah yang tinggi.[2]

Untuk mendorong rakyat Malaysia menjaga kesihatan serta mengekalkan azam mereka, AXA AFFIN Life Insurance tampil membantu dengan memperkenalkan Step It Up+ , program transformasi kesihatan pertama di pasaran yang terbahagi kepada dua kempen yang pastinya mampu menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia. Program ini khusus buat mereka yang sedang mengambil langkah proaktif untuk menjalani gaya hidup sihat dan mereka yang berdepan dengan risiko kesihatan seperti mempunyai berat badan berlebihan, tahap kolesterol tinggi, tekanan darah pada tahap yang membimbangkan atau tahap gula dalam darah yang tinggi.

“Dalam usaha untuk menjadi rakan kesihatan dan perlindungan pilihan rakyat Malaysia, AXA AFFIN berbangga menjadi syarikat insurans pertama yang menawarkan program transformasi kesihatan komprehensif untuk mereka yang mempunyai empat risiko kesihatan paling umum di Malaysia. Sejajar dengan wawasan kami untuk menjadi rakan kongsi kepada para pelanggan, kami berharap agar ekosistem kesihatan yang unik ini berupaya memperkasakan rakyat Malaysia untuk fokus dalam menangani masalah kesihatan sepanjang perjalanan mereka bersama kami. Kami menawarkan insentif gaya hidup sihat dengan memberikan ganjaran pulangan tunai apabila mereka berjaya mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Bagi memastikan mereka kekal bersemangat dan bermotivasi, tahap kesihatan mereka akan dipantau pada setiap bulan atau tiga bulan sekali,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance Berhad, Rohit Nambiar.

Kempen “Fitter Me” mendorong pelanggan untuk mencapai sasaran kesihatan yang diingini dengan meningkatkan jumlah kiraan langkah mereka. Para pelanggan boleh menetapkan satu daripada dua set sasaran kesihatan peribadi yang ingin dicapai, sama ada 6,000 atau 10,000 purata kiraan langkah sehari. Setelah sasaran kesihatan berkenaan tercapai, mereka akan menerima pulangan tunai sehingga 24% ke atas premium tahunan bagi tahun pertama mereka. Mereka juga boleh menerima ganjaran khas tambahan sehingga RM100, untuk dibayar sekaligus, jika mereka mencapai matlamat kecergasan yang dikehendaki berturut-turut untuk dua bulan pertama dari tarikh polisi berkuatkuasa.

Setiap langkah akan direkod melalui aplikasi BookDoc dan para pelanggan juga dapat menikmati pelbagai ganjaran serta tawaran yang disediakan oleh BookDoc seperti diskaun keahlian gim, peranti kesihatan boleh pakai, pakaian sukan, makanan kesihatan, pemeriksaan kesihatan, tiket wayang dan sebagainya.

Kempen “Better Me” ialah sebuah program yang dirangka bagi meningkatkan tahap kesihatan orang yang mengalami masalah berat badan, atau mereka yang didapati mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, tekanan darah yang membimbangkan dan tahap gula dalam darah yang tinggi. Melalui kerjasama dengan Naluri, AXA AFFIN akan menyediakan jurulatih dalam talian yang khusus selama sembilan bulan secara percuma dan sebuah penimbang berat badan bluetooth bagi memantau perkembangan kesihatan mereka. Para pelanggan perlu membuat pemeriksaan kesihatan dengan jurulatih setiap tiga bulan sekali bagi memastikan mereka mencapai tahap berat badan, kolesterol, tekanan darah dan tahap gula dalam darah yang ditetapkan kepada mereka. Setelah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan, para pelanggan boleh menikmati maksimum pulangan tunai sehingga RM600.

Kempen “Fitter Me” dan “Better Me” dibuka kepada semua permohonan baru Pelan AXA AFFIN Wealth Series mulai hari ini sehingga 30 Jun 2019.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Step It Up+, sila layari www.axa.com.my atau hubungi ejen AXA AFFIN Life anda yang berdekatan.

[1] New Straits Times, ‘One in three adult Malaysians have hypertension’, https://www.nst.com.my/news/2016/06/150074/one-three-adult-malaysians-have-hypertension

[2] The Star Online, ‘More and more youths ending up in hospitals’, https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/11/17/more-and-more-youths-ending-up up-in-hospitals/

MENGENAI AXA GROUP

AXA Group merupakan peneraju utama dunia dalam bidang insurans dan pengurusan aset, dengan 160,000 kakitangan yang memberikan khidmat kepada 105 juta pelanggan di 64 negara. Pada 2017, pendapatan IFRS berjumlah 98.5 bilion dan pendapatan asas IFRS mencecah Euro 6.0 bilion. AXA memiliki aset bernilai Euro 1,439 bilion di bawah pengurusannya sehingga 31 Disember 2017.

Saham biasa AXA disenarai dalam kompartmen A Euronext Paris di bawah simbol CS (ISN FR 0000120628 – Bloomberg: CS FP – Reuters: AXAF.PA). Saham Depositori Amerika milik AXA turut dinyatakan pada platform OTC QX di bawah simbol AXAHY. AXA Group termasuk dalam indeks SRI utama antarabangsa seperti Dow Jones Sustainability Index (DJSI) dan FTSE4Good. Ia merupakan ahli pengasas UN Environment Programme’s Finance Initiative (UNEP FI) Principles for Sustainable Insurance dan merupakan penandatangan UN Principles for Responsible Investment.

Siaran akhbar dan maklumat terperingkat ini dimaklumkan kepada umum oleh AXA mengikut artikel L. 451-1-2 French Monetary and Financial Code dan artikel 222-1 et seq. Autorité des marchés financiers’ General Regulation boleh didapati di laman sesawang AXA Group (axa.com).

MENGENAI AXA AFFIN LIFE INSURANCE BERHAD

Diperbadankan pada Februari 2006, AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AXA AFFIN Life) ialah syarikat usaha sama antara AFFIN Holdings Berhad dan AXA Group, peneraju perlindungan kewangan di seluruh dunia, yang beribu pejabat di Paris. Dengan memanfaatkan kekuatan AXA Group sebagai pakar perlindungan kewangan dan pengetahuan tempatan serta kepelbagaian rangkaian AFFIN Holdings, AXA AFFIN Life memberi tumpuan kepada usaha membantu individu menguruskan risiko dan mencapai matlamat kewangan mereka. AXA AFFIN Life akan berusaha untuk membina hubungan rapat dan berpanjangan dengan pelanggan, menawarkan penjagaan, sokongan dan nasihat kepada mereka dengan standard etika profesional yang tertinggi.Mulai Oktober 2017, AFFIN Bank kini adalah Syarikat Induk Bank untuk AXA AFFIN Life.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend