AXA Bangga Lindungi Lebih 13,000 Pekerja Asing Di Malaysia Dengan Merchantrade Insure

  • AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) dan Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) meraikan kejayaan dalam melindungi lebih daripada 13,000 pekerja asing dalam tempoh 5 bulan sejak pelancaran Merchantrade Insure.
  • Merchantrade Insure dilancarkan pada Mei 2018 untuk melindungi segmen pekerja migran.

Perlindungan untuk pekerja asing di Malaysia kini berada di tahap pertumbuhan yang baharu. Walaupun mewakili 15% daripada tenaga kerja negara dan menjadi penyumbang penting kepada ekonomi, ramai pekerja asing di Malaysia tidak dilindungi kerana kurang kesedaran dan akses terhadap penyelesaian insurans yang berpatutan.

Untuk menangani isu yang semakin membimbangkan, AXA dengan kerjasama Merchantrade, penyedia perkhidmatan wang terbesar di Malaysia, telah berjaya melindungi lebih daripada 13,000 pekerja asing dengan Merchantrade Insure, pelan perlindungan yang mudah dan berpatutan untuk pekerja asing. Dalam tempoh 5 bulan sejak pelancaran Merchantrade Insure, jumlah yang diinsuranskan telah mencapai lebihi RM 100 juta.

Merchantrade Insure adalah perlindungan insurans pertama negara yang membayar balik tuntutan terus kepada penerima melalui Merchantrade. Dengan hanya RM 5 sebulan, pelan ini direka khas bagi menawarkan penyelesaian perlindungan yang berpatutan kepada pekerja asing dan keluarga mereka sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, hilang upaya sementara atau hilang upaya kekal.

Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, “Kejayaan ini membuktikan matlamat kami untuk memperkasakan orang ramai agar menjalani kehidupan yang lebih baik menerusi penyertaan kewangan, lebih penting lagi, ia menunjukkan komitmen berterusan kami untuk merapatkan jurang perlindungan di kalangan yang kurang mendapat perhatian. Kami di AXA berharap dapat memainkan peranan kami dengan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan, dan memastikan perlindungan yang mencukupi disediakan kepada pekerja asing dan keluarga tersayang. Bersama dengan rakan kerjasama kami iaitu Merchantrade, kami akan terus komited untuk memperluaskan perlindungan untuk segmen ini,” katanya.

AXA Affin General Insurance Berhad and Merchantrade Asia Sdn Bhd meraikan kejayaan dalam melindungi lebih daripada 13,000 pekerja asing dalam tempoh 5 bulan sejak pelancaran Merchantrade Insure. Merchantrade Insure dilancarkan pada Mei 2018 untuk melindungi segmen pekerja migran dan keluarga tersayang mereka.

Baru-baru ini, usaha untuk meningkatkan perlindungan ini diteruskan dengan manfaat tambahan yang diserap kepada produk yang sedia. Pekerja asing boleh menuntut elaun hilang upaya sebanyak RM 100 bagi setiap 5 hari cuti perubatan mereka.

“Pengedaran Merchantrade Insure bertumpu kepada penawaran perlindungan kepada pekerja asing dengan harga yang berpatutan. Kami komited untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang menjanjikan ketenangan fikiran sepenuhnya, melangkaui keperluan pengiriman wang mereka sahaja. Dengan reputasi AXA dari segi inovasi produk dan perkhidmatan, saya yakin kami akan terus meraih hasil yang lebih hebat,” kata Ramasamy K. Veeran, Pengasas & Pengarah Urusan Merchantrade.

Merchantrade Insure ditaja jamin oleh AXA dan diedar secara eksklusif oleh Merchantrade dengan manfaat termasuk:

  • Pembayaran balik sebanyak RM 9,000 bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh kekal akibat kemalangan
  • RM50 sehari sehingga maksima RM 1,000 untuk kemasukan ke hospital akibat kemalangan
  • Manfaat tambahan (elaun pengebumian, yuran ambulans & pembayaran balik untuk kerusi roda atau prostetik) untuk pelan yang dilanjutkan
  • 4 pilihan tempoh perlindungan – 1, 3, 6 dan 12 bulan

Merchantrade Insure kini boleh didapati di 83 cawangan Merchantrade di seluruh Malaysia. Untuk pertanyaan produk, sila rujuk senarai cawangan Merchantrade di www.mtradeasia.com atau hubungi cawangan terdekat anda.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend