AXA Berganding Tenaga Bersama Merchantrade Untuk Menawarkan Perlindungan Bagi Pekerja Migran

  • AXA Affin General Insurance Berhad berganding tenaga bersama Merchantrade untuk melancarkan Merchantrade Insure, penyelesaian perlindungan yang ringkas dan berpatutan bagi pekerja migran.
  • Merchantrade Insure adalah perlindungan insurans pertama di Malaysia yang menyediakan Pembayaran Tuntutan terus kepada benefisiari melalui pengiriman wang.

AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) telah melancarkan Merchantrade Insure dengan kerjasama Merchantrade Asia Sdn Bhd, penyedia perniagaan perkhidmatan wang terbesar di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis produk seperti pindahan wang seluruh dunia, pertukaran wang dalam talian dan kad prabayar visa berbilang mata wang.

Merchantrade Insure adalah perlindungan insurans pertama di Malaysia yang menyediakan Pembayaran Tuntutan terus kepada benefisiari melalui pengiriman wang. Produk ini menyasarkan pekerja migran dan keluarga mereka dengan menyediakan penyelesaian perlindungan yang berpatutan kepada golongan yang selalu dilupakan ini sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Produk ini juga menawarkan manfaat pendapatan harian hospital sekiranya berlaku kemasukan ke hospital akibat kemalangan pada premium yang berpatutan sebanyak RM 5 sebulan. 

(dari kiri) Jean Drouffe – Ketua Pegawai Eksekutif AXA Insurance Singapore, Emmanuel Nivet – Ketua Pegawai Eksekutif AXA Affin General Insurance Bhd, Rebecca Tan – Ketua Pegawai Pemasaran & Bancassurance AXA Affin General Insurance Bhd dan Ramasamy K. Veeran – Pengasas & Pengarah Urusan Merchantrade Asia, memperkenalkan Merchantrade Insure untuk pekerja migran di Forum Global bagi Kiriman Wang, Pelaburan dan Pembangunan 2018 Asia-Pasifik di Bank Negara.

“Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan produk inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan, termasuk pekerja migran yang bekerja di Malaysia bagi menyara keluarga di negara asal mereka. Pelancaran Merchantrade Insure dengan kerjasama AAGI berkait kembali kepada misi kami untuk berkhidmat terhadap golongan terpinggir, dengan menumpukan tumpuan kami kepada pekerja migran dan keinginan mereka untuk melindungi rumah dan keluarga mereka,” kata Ramasamy K. Veeran, Pengasas & Pengarah Urusan Merchantrade Asia Sdn Bhd.

Seperti yang dilaporkan oleh Kumpulan Bank Dunia, pekerja migran mewakili 15% daripada tenaga kerja Malaysia, lalu menjadikan negara ini negara keempat yang memiliki pekerja migran paling ramai di rantau Timur Asia Pasifik.

“Pekerja migran memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, tetapi mereka sering dibiarkan tanpa perlindungan kerana kurangnya kesedaran dan aksesibiliti terhadap penyelesaian insurans yang berpatutan. Selaras dengan usaha berterusan kami untuk memperkasakan orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih baik menerusi rangkuman kewangan, kami percaya bahawa penyelesaian insurans yang ringkas, murah dan mudah didapati akan mengubah hidup mereka menjadi lebih baik,” kata Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AAGI.

“Matlamat kami adalah untuk menyediakan penyelesaian yang melindungi pekerja migran terhadap perkara yang tidak diduga dan memberi mereka kawalan yang lebih baik terhadap masa depan mereka. Itulah sebabnya kami bekerjasama dengan Merchantrade untuk memastikan pembayaran tuntutan dihantar terus kepada benefisiari melalui saluran yang selamat dan boleh dipercayai,” kata beliau.

Merchantrade Insure ditaja jamin oleh AAGI dan diedarkan secara eksklusif oleh Merchantrade dengan manfaat termasuk:

  • Pembayaran balik sebanyak RM9,000 untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh kekal akibat kemalangan
  • RM50 sehari sehingga RM1,000 untuk kemasukan hospital akibat kemalangan
  • Manfaat tambahan (elaun pengebumian, yuran ambulans & pembayaran balik untuk kerusi roda atau prostetik) untuk pelan yang dilanjutkan
  • 4 pilihan tempoh perlindungan – 1, 3, 6 dan 12 bulan

Merchantrade Insure kini boleh didapati di cawangan-cawangan terpilih dan akan diedarkan kepada lebih daripada 84 cawangan Merchantrade menjelang akhir 2018 di Malaysia. Untuk pertanyaan produk, sila rujuk senarai cawangan Merchantrade di www.mtradeasia.com dan hubungi cawangan terdekat anda.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend