AXA Himpun Lebih 5,000 Pelari Untuk Menyumbang RM 100,000 Bagi Menyokong Tujuan Amal

• AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) menyumbang sebanyak RM 100,000 kepada 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan melalui AXA Hearts in Action Run 2018 edisi ke-4.
• AXA Hearts in Action Run 2018 telah menarik penyertaan lebih daripada 5,000 pelari untuk memilih warna kemeja-T dan menyokong tujuan amal pilihan mereka.

Sejak 4 tahun lepas, AXA Hearts in Action Run telah menerima banyak sokongan dan penyertaan aktif daripada rakyat Malaysia yang komited untuk meningkatkan kesedaran dan memperjuangkan tujuan amal di negara ini. Usaha AXA Hearts in Action ini telah meraih sumbangan hampir RM 500,000 untuk menyokong tujuan amal yang diterajui oleh 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu WWF-Malaysia, World Vision Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Yayasan Jantung Malaysia.

Tahun ini, lebih daripada 5,000 pelari telah menyertai AXA Hearts in Action Run 2018 yang diadakan di Anjung Floria, Putrajaya. Mereka memakai kemeja-T berwarna-warni bagi menunjukkan sokongan terhadap tujuan amal yang dipilih. Setiap warna baju mewakili satu tujuan amal:

  • Hijau : membina masyarakat yang harmoni dengan alam sekitar
  • Biru :  memperkasakan kanak-kanak sebagai generasi akan datang
  • Oren : meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan buah pinggang
  • Ungu : menekankan kepentingan pengesanan awal kanser
  • Merah jambu : menekankan pentingnya jantung yang sihat

AXA Hearts in Action Run 2018 juga telah memperkenalkan kategori Larian Maya yang baharu bagi peserta yang tidak dapat menyertai larian yang diadakan di Anjung Floria. Kategori baharu ini membenarkan peserta untuk berlari mengikut kesesuaian masa mereka sendiri dari mana-mana lokasi, antara 24 September 2018 hingga 7 Oktober 2018.

Selaras dengan fokus utama syarikat untuk menjadi rakan yang dipercayai oleh masyarakat dan membantu membina komuniti yang lebih mampan, AXA Hearts in Action Run diadakan setiap tahun untuk memperkasakan orang ramai agar mengamalkan gaya hidup aktif serta berlari untuk tujuan amal.

“Kami di AXA komited untuk memperjuangkan AXA Hearts in Action Run sebagai inisiatif tahunan kami untuk menarik penglibatan rakyat dan masyarakat secara keseluruhan dan membawa perubahan positif terhadap tujuan amal yang utama. Ia adalah larian yang dikuasakan oleh kesungguhan rakyat Malaysia yang ingin melakukan perubahan dan kejayaannya bergantung kepada sokongan daripada komuniti. Kami amat tersentuh melihat rakyat Malaysia yang datang beramai-ramai memakai kemeja-T larian berwarna-warni untuk menyertai kami dalam usaha ini dan memperjuangkan tujuan amal,” kata Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AAGI.

Lebih daripada 5,000 pelari hadir di AXA Hearts In Action Run 2018 dengan pilihan warna kemeja-T demi menyokong tujuan amal masing-masing.

Rebecca Tan, Ketua Pegawai Pemasaran dan Bancassurance AXA Affin General Insurance Berhad menyampaikan trofi dan hadiah kepada para pemenang AXA Hearts in Action Run 2018.Pelari dan ahli keluarga mereka turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk ujian dan saringan kesihatan percuma, urutan sukan serta permainan pesta-ria. Penaja utama larian ini termasuk Brooks, MyTOWN Shopping Centre, Revive Isotonic Drink, ecoBrown’s, HealonWheel, Belvita Breakfast, Nestlé Fitnesse, Nestlé Milo, Felco, Go Shop, Shokubutsu Active Guard dan Yakult.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend