AXA Kini Rakan Kongsi Insurans Global Kelab Bola Sepak Liverpool

AXA berbangga untuk merangka semula strategi penajaannya dan bergabung tenaga dengan salah satu nama paling terkenal dalam sukan – Kelab Bola Sepak Liverpool (“Liverpool FC”) untuk menjadi Rakan Kongsi Insurans Global kelab itu.

Di samping menawarkan ketampakan jenama global yang hebat dan meningkatkan profil AXA di kalangan peminat sukan seluruh dunia, kerjasama yang dipersetujui untuk beberapa tahun dengan legenda Liga Perdana Inggeris ini akan menguatkan kehadiran nama AXA dalam kehidupan seharian pengguna.

Dibina atas nilai yang dikongsi bersama, AXA dan Liverpool FC akan mewujudkan pengalaman inovatif untuk para pelanggan, rakan kerjasama dan peminat, serta memberi sumbangan bermakna kepada komuniti setempat. AXA juga akan bekerja rapat dengan pemain-pemain, pengurus, jurulatih dan profesional kesihatan Liverpool untuk mengadakan acara-acara eksklusif serta kandungan unik yang akan membantu menyokong matlamat bersama untuk menggalakkan gaya hidup sihat, serta menyampaikan matlamat jenama AXA untuk memperkasakan orang ramai agar menjalani kehidupan yang lebih baik.

Berikutan pengumuman baru-baru ini di Interbrand’s Best Global Brands, AXA diiktiraf sebagai jenama Insurans Global #1 untuk tahun ke-10 berturut-turut. Pengiktirafan ini adalah bukti reputasi dan nilai syarikat yang kukuh dan berterusan sebagai peneraju insurans sedunia, didorong oleh komitmen mendalam untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam memperkasakan kehidupan.

Diiktiraf sebagai Jenama Insurans Global #1 untuk tahun ke-10 berturut-turut, AXA bergabung tenaga dengan legenda Liga Perdana Inggeris, Kelab Bola Sepak Liverpool untuk menjadi Rakan Kongsi Insurans Global kelab tersebut. Kerjasama ini akan menyokong matlamat bersama untuk menggalakkan gaya hidup sihat, serta menyampaikan matlamat jenama AXA untuk memperkasakan orang ramai agar menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Saya gembira untuk mengumumkan kerjasama jangka panjang dengan Liverpool FC ini, yang muncul pada saat yang amat mengujakan bagi AXA kerana diumumkan sebagai Jenama Terbaik Global oleh Interbrand, sekaligus mengiktiraf AXA sebagai Jenama Insurans Global #1 untuk tahun ke-10 berturut-turut. Seperti kami, Liverpool adalah peneraju dalam bidang mereka, terkenal dengan sejarah yang kaya dan membanggakan, semangat kemasyarakatan yang kuat dan keinginan untuk memburu kecemerlangan. Oleh itu, kami berharap untuk mencapai kejayaan bersama, tidak kira di atas atau luar padang, serta memastikan para pelanggan kami ‘will never walk alone’”, kata Thomas Buberl, Ketua Pegawai Eksekutif AXA.

“Kami amat berbangga dengan kejayaan dan pencapaian ini. Ia merupakan bukti kepercayaan pelanggan terhadap komitmen kami yang berterusan untuk memperkasakan kehidupan mereka, serta kebanggaan pekerja dan rakan kerjasama kami. Kami percaya kekuatan AXA sebagai jenama global, serta kerjasama dengan Liverpool FC akan memajukan lagi AXA Affin General dan Life Insurance di Malaysia. Terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka, ” kata Emmanuel Nivet, Ketua Negara AXA Affin Insurance Malaysia.

“Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan jenama berprestij dan bercita-cita tinggi ini ke dalam keluarga bola sepak kami sebagai rakan kongsi global kami yang terbaru dan Rakan Insurans Rasmi kami. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada AXA kerana menjadi jenama insurans nombor satu di dunia untuk tahun ke-10 berturut-turut. Dengan anugerah ini, AXA telah membuktikan komitmennya yang berterusan untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan dan berusaha untuk menjadi rakan kerjasama untuk pelanggannya. Sebagai peneraju dunia dalam industrinya, AXA berkongsi cita-cita dan nilai-nilai yang sama seperti kami, untuk menyediakan asas bagi hubungan jangka panjang yang istimewa. Kami akan berganding bahu untuk menawarkan pengalaman hidup yang amat bermakna kepada para peminat kami di seluruh dunia”, kata Billy Hogan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Perdagangan,  Liverpool FC.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend