AXA Melancarkan SME Challenge Untuk Memperkasakan PKS Agar Mengambil Kawalan

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) telah melancarkan AXA #TakeControl SME Challenge 2019 di SME Corporation Malaysia, Kuala Lumpur pada 9 Julai 2019. Acara itu dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Encik Noor Azmi Mat Said.

AXA #TakeControl SME Challenge 2019 dilancarkan di seluruh negara untuk memilih 3 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang paling bercita-cita tinggi dengan kemahiran, pembiayaan dan pengetahuan untuk melonjakkan perniagaan mereka dan mengembangkan rangkaian mereka.

“Kami percaya bahawa PKS adalah sebahagian penting daripada ekonomi negara dan kami mahu memainkan peranan aktif dalam menyokong mereka sepanjang perjalanan mereka. Bagi pemilik PKS, perniagaan adalah peribadi—ia adalah kehidupan dan impian mereka di mana mereka telah melabur masa, wang dan tenaga yang banyak. Dengan AXA #TakeControl SME Challenge 2019, kami berharap dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri pemilik PKS dan memperkasakan mereka untuk mengawal masa depan perniagaan mereka tidak kira apa yang berlaku,” kata Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA.

Majlis pelancaran AXA #TakeControl SME Challenge 2019 (dari kini – kanan): Wayne Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia SME Media Group, YBrs.Dr. Anis Mahmud – Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Kementerian Pembangunan Usahawan; Encik Noor Azmi Mat Said – Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia; Emmanuel Nivet – Ketua Pegawai Eksekutif AXA dan YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof – Menteri Pembangunan Usahawan.

AXA #TakeControl SME Challenge 2019 mengalu-alukan semua PKS Malaysia untuk mengemukakan idea perniagaan mereka melalui www.axasme.com, di mana 10 peserta akan disenarai pendek untuk menjalani latihan perniagaan berstruktur. 3 peserta dengan idea terbaik akan dipilih sebagai pemenang oleh panel hakim. Setiap pemenang akan menerima:

  • wang tunai RM20,000,
  • perlindungan AXA Business Advantage Plus (Enhanced) 1 tahun bernilai RM3,000,
  • liputan media di akhbar Malaysia SME bernilai RM 59,000,
  • RM 10,000 mata ganjaran QU Exchange,
  • 3 bulan latihan perniagaan peribadi oleh iCommunity bernilai RM 13,500 dan
  • RM2,000 Fundaztic Bonus di Fundaztic – platform pembiayaan rakan-ke-rakan.

Bersempena dengan pengenalan AXA #TakeControl SME Challenge 2019 ini, AXA juga telah menganjurkan AXA SME Forum 2019: Take Control yang pertama dengan kerjasama Malaysia SME® Media Group. Acara itu telah menghimpun lebih 350 pemilik PKS dengan panel penceramah dan pemimpin perniagaan yang terkemuka seperti Dato’ Chevy Beh, Pengasas BookDoc, Kristine Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Fundaztic dan Wayne Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia SME® Media Group dan Pengasas Qu Exchange.

Emmanuel Nivet – Ketua Pegawai Eksekutif AXA memberi ucapan pada pelancaran AXA #TakeControl SME Challenge 2019.

Semasa acara itu, Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, menekankan kepada PKS kepentingan memiliki perlindungan insurans untuk memastikan kemantapan operasi perniagaan, terutamanya dalam menghadapi risiko perniagaan yang semakin meningkat.

“Disebabkan sumber yang terhad, ramai usahawan menganggap insurans sebagai sesuatu yang tidak perlu dan cenderung untuk tidak memberi keutamaan kepada perlindungan sehingga mendedahkan perniagaan mereka terhadap kerugian kewangan yang timbul akibat insiden yang tidak diingini seperti kebakaran, banjir atau kecurian. Sebagai sebuah syarikat insurans dengan visi untuk menjadi rakan pelanggan, kami komited untuk membantu mereka dalam mengurangkan risiko melalui penyediaan penyelesaian perlindungan perniagaan yang menyeluruh dan berpatutan,” tambah beliau.

AXA menawarkan AXA Business Advantage Plus (Enhanced), pelan perlindungan perniagaan yang fleksibel kepada PKS dalam pelbagai saiz dan sektor. Ia boleh diubah mengikuti kesesuaian keperluan and bajet PKS. Produk ini juga direka bentuk untuk menyediakan bayaran pendahuluan tunai sebanyak 20% dalam tempoh 5 hari bekerja untuk membantu PKS bangkit kembali dalam perniagaan dengan lebih cepat berikutan peristiwa malang. Penambahan ini meneguhkan usaha AXA yang berterusan untuk memberi kawalan kepada PKS terhadap premium insurans, risiko operasi perniagaan dan pertumbuhan mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai AXA Business Advantage Plus (Enhanced), sila layari www.axa.com.my.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend