AXA Melindungi Pemandu & Penumpang E-Hailing Di Malaysia

Statistik menunjukkan terdapat 1.7 juta pengguna perkongsian kenderaan pada tahun 2018 dan angka ini dijangka mencapai 2.1 juta pada tahun 2020 (Sumber: The Statistics Portal). Untuk memacu industri yang berkembang pesat ini, kerajaan telah memperkenalkan peraturan baharu untuk mengimbangkan tahap persaingan antara industri e-hailing dan teksi.

Penguatkuasaan undang-undang baru ini telah menarik perhatian umum kerana ramai yang tidak menyedari bahawa insurans motor persendirian hanya meliputi kegunaan peribadi dan bukannya penggunaan komersial. Kini, pemandu e-hailing wajib mendapatkan insurans bagi melindungi kenderaan mereka, penumpang dan liabiliti pihak ketiga. Tanpa perlindungan insurans, pemandu e-hailing akan terdedah kepada risiko dan tuntutan yang boleh dikemukakan oleh penumpang mereka sekiranya berlaku kemalangan.

AAGI menyatakan kebimbangannya terhadap keselamatan pemandu dan penumpang e-hailing berdasarkan statistik kemalangan yang mengejutkan oleh Kementerian Pengangkutan. Menurut statistik, Malaysia ialah salah satu negara yang memiliki kadar kemalangan dan kematian tertinggi di rantau ini dengan 533,875 kemalangan yang dicatatkan pada tahun 2017, peningkatan sebanyak 2.4% daripada 521,466 kemalangan pada tahun 2016.

“Permintaan untuk perlindungan pemandu dan penumpang e-hailing di Malaysia semakin meningkat. Kami berharap dapat memainkan peranan kami dengan meningkatkan kesedaran dan memastikan perlindungan yang mencukupi disediakan kepada pemandu dan penumpang mereka. Misi kami ialah untuk memperkasakan orang ramai agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan menjadikan Malaysia negara yang lebih selamat untuk semua,” kata Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AAGI.

AAGI kini menawarkan AXA SmartDrive – Sharing, manfaat tambahan bagi insurans motor yang menyediakan perlindungan komprehensif 24/7 kepada pemandu e-hailing, sama ada mereka memandu untuk perkhidmatan e-hailing atau penggunaan peribadi. Pelan ini merangkumi:

  • Kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan pemandu
  • Liabiliti terhadap pihak ketiga
  • Liabiliti penumpang/Liabiliti terhadap penumpang
  • Perlindungan kemalangan pemandu sehingga RM10,000

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA Affin General Insurance Berhad, bersama AXA Road Rescue Truck yang direka khas. AAGI kini menawarkan AXA SmartDrive – Sharing, manfaat tambahan bagi insurans motor yang menyediakan perlindungan komprehensif 24/7 kepada pemandu e-hailing serta talian bantuan 24/7 dan bantuan sisi jalan.

Pemandu juga boleh menikmati pelbagai perkhidmatan tambah nilai daripada AXA seperti kelulusan tuntutan pantas dalam tempoh 5 hari bekerja selepas penyerahan dokumen lengkap dan talian bantuan 24/7 serta bantuan sisi jalan dengan AXA SmartDrive Assistance Plan. Ia juga menawarkan talian bantuan 24/7, perkhidmatan tunda, jaminan pembaikpulihan selama 6 bulan dan banyak lagi. Maklumat lanjut boleh didapati di www.axa.com.my

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend