AXA Memenangi Anugerah Syarikat Insurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia Untuk 4 Tahun Berturut-Turut

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) merangkul tiga kemenangan di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2019 yang diadakan di Hotel Shangri-La, Singapura pada 16 Julai 2019.

Ini adalah tahun ke-4 berturut-turut AXA memenangi anugerah Syarikat Insurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia dan Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia serta tahun ke-2 berturut-turut menerima anugerah Inisiatif Tuntutan Terbaik  – Malaysia.

Dianjurkan oleh Asian Banking and Finance Magazine — penerbitan terkemuka yang memaparkan industri perkhidmatan kewangan dinamik Asia, Anugerah Insurans Asia yang berprestij ini bertujuan untuk mengiktiraf institusi kewangan paling cemerlang di Asia. Penerima anugerah perlu menjalani proses pemilihan yang ketat oleh panel hakim yang terdiri daripada pakar industri.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA berkata, “Ini adalah kemenangan besar untuk kami di AXA dan ia mengukuhkan komitmen, keyakinan dan kepercayaan pelanggan, kakitangan dan rakan kerja kami. Visi dan keutamaan kami adalah jelas — saya yakin bahawa pelan strategik kami akan terus memberi nilai kepada semua pihak berkepentingan sejajar dengan usaha kami untuk memperkembangkan dan memajukan AXA dalam pasaran yang diliberalisasikan dan mencabar ini.”

Walaupun dengan perkembangan digital yang pesat serta peningkatan insurtech yang baharu dalam pasaran ini, AXA kekal fokus dalam mewujudkan inisiatif berskala untuk mencapai strategi Payer-to-Partner. AXA telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan pada tahun 2018 terutamanya keutamaan strategiknya yang tertumpu ke arah pertumbuhan, kecekapan, pengalaman pelanggan dan pembangunan keupayaan. AXA terus menghasilkan penyelesaian produk inovatif yang mendorong pencegahan risiko, penyertaan kewangan dan perlindungan segmen yang tidak berinsurans.

Merchantrade Insure Basic, yang telah memenangi Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia, ialah Insurans Kemalangan Diri pertama di Malaysia yang mengirim wang terus kepada benefisiari. Produk ini, hasil kerjasama dengan Merchantrade Asia – pembekal perkhidmatan mata wang tempatan terbesar di Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan kepada segmen yang kurang diberi perhatian dan menyediakan penyelesaian insurans yang mudah dan mampu milik. Sehingga kini, 32,858 pekerja asing dilindungi melalui Merchantrade Insure Basic dengan jumlah yang diinsuranskan melebihi RM 415 juta, dan menerima banyak testimonial positif daripada pelanggan yang telah mendapat manfaat daripada produk tersebut.

Berkenaan dengan kecekapan, AXA mengekalkan halal tujunya dari segi transformasi tuntutan untuk mempermudahkan proses tuntutan. AXA telah mengambil langkah besar dengan memperkenalkan projek Perjalanan Tuntutan Insurans Kembara. Portal Tuntutan Dalam Talian yang mudah digunakan telah diwujudkan sebagai pusat sehenti untuk penyerahan tuntutan perjalanan yang mudah dan pantas bagi mempercepatkan masa pusing balik untuk para pelanggan. Hampir 40% pelanggan tuntutan perjalanan telah mendapat kesan positif daripada inisiatif ini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend