AXA Memperkasakan 3 PKS Malaysia Untuk Mengambil Kawalan Dengan Tunai & Hadiah Bernilai Rm300,000

ArtVenture with Sarah, Bondahaven dan Me Books Asia muncul sebagai 3 pemenang dalam AXA #TakeControl SME Challenge 2019. Majlis penyampaian hadiah diadakan di ibu pejabat AXA Affin General Insurance Berhad (AXA), Kuala Lumpur semalam dengan kehadiran En. Syed Nahar Syed Harun, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat, SME Corporation Malaysia; Gan Teck Hooi, Pengasas ICFO Solutions; Kristine Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Fundaztic; Wayne Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia SME® Media Group dan En. Rizal Bin Mohd Yusof, Ketua Strategi & Perancangan, Perbankan PKS, AFFIN Bank Berhad.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA dengan 3 pemenang AXA #TakeControl SME Challenge 2019. Dilancarkan pada bulan Julai 2019, AXA #TakeControl SME Challenge bertujuan untuk memperkasakan 3 usahawan yang bercita-cita tinggi dengan kemahiran, dana dan ilmu untuk mengawal dan memacu perkembangan dan masa depan perniagaan mereka. Setiap pemenang diberi ganjaran wang tunai dan hadiah bernilai lebih daripada RM100,000 untuk melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

3 pemenang tersebut — ArtVenture with Sarah, sebuah jenama tempatan berdedikasi untuk membantu kanak-kanak membesar dan menerokai keseronokan melalui seni dan kraf; Bondahaven, pakar penyusuan susu ibu yang menawarkan perkhidmatan konsultasi laktasi dan spa kepada para ibu dan Me Books Asia, sebuah kedai buku kanak-kanak yang bertujuan untuk menawarkan bahan pendidikan bertaraf dunia yang boleh diakses oleh kanak-kanak di seluruh Asia – masing-masing diberi ganjaran wang tunai dan hadiah bernilai lebih daripada RM100,000 untuk melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi:

  • wang tunai RM20,000;
  • perlindungan AXA Business Advantage Plus (Enhanced) selama 1 tahun bernilai RM 3,000;
  • liputan media di akhbar MALAYSIA SME® bernilai RM 59,000;
  • RM 10,000 mata ganjaran Qu-Exchange;
  • 3 bulan latihan perniagaan peribadi oleh iCommunity bernilai RM13,500;
  • Fundaztic Bonus bernilai RM 2,000 di Fundaztic – platform pembiayaan rakan-ke-rakan dan
  • kadar istimewa bagi pembiayaan PKS oleh AFFIN Bank Group.

Dilancarkan pada bulan Julai 2019, AXA #TakeControl SME Challenge bertujuan untuk memperkasakan 3 usahawan yang bercita-cita tinggi dengan kemahiran, dana dan ilmu untuk memacu dan mengawal perkembangan dan masa depan perniagaan mereka. AXA menyedari tentang kepentingan PKS yang semakin berkembang dalam ekonomi Negara dan komited untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong PKS dalam perjalanan mereka, sejajar dengan strategi Payer to Partner AXA.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA dan juga salah seorang daripada panel hakim, menyifatkan kadar perlindungan yang rendah di kalangan PKS adalah disebabkan kekurangan kesedaran tentang kepentingan insurans perniagaan dan mentaliti yang tidak mengutamakan risiko. “Dengan pengalaman, kepakaran dan sumber kami, kami dapat mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi mengenai topik-topik pengurangan risiko di kalangan PKS dan menawarkan penyelesaian yang tepat. Kami berbangga dapat melihat kemajuan dan perkembangan para peserta kami sepanjang cabaran ini. Ini menunjukkan semakin ramai usahawan menyedari bagaimana mereka boleh mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam perlindungan perniagaan dan pengurusan risiko, dalam masa yang sama memberi tumpuan untuk membina dan mengembangkan perniagaan mereka,” kata beliau.

AXA #TakeControl SME Challenge terbuka kepada semua PKS Malaysia di seluruh negara. Peserta yang berminat digalakkan untuk mengemukakan idea perniagaan mereka secara atas talian melalui www.axasme.com. 10 finalis telah disenarai pendek untuk menjalani latihan perniagaan berstruktur untuk memperhalusi idea perniagaan mereka sebelum menbentangkannya secara bersemuka kepada panel hakim yang terdiri daripada Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA; Syed Nahar Syed Harun, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat SME Corp; Ferdaus Toh bin Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad; Wayne Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia SME® Media Group dan Gan Teck Hooi, Pengasas ICFO Solutions.

Semasa majlis tersebut, Emmanuel juga memuji ketabahan, semangat dan kehebatan taktik perniagaan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang cabaran ini.

“Memilih 3 pemenang ini bukan satu tugas yang mudah apabila mengambil kira semua idea perniagaan hebat yang kami terima. Setiap perjalanan pemenang kami dalam kejayaan perniagaan menceritakan kisah yang didorong oleh semangat keusahawanan dan visi yang kuat, yang kami percaya akan menjadi inspirasi untuk orang lain. Kami tidak sabar untuk menantikan pencapaian dan sumbangan mereka yang seterusnya, yang akan memantapkan lagi masyarakat tempatan, landskap perniagaan dan ekonomi kita,” tambah Emmanuel.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Ninja Van Malaysia hari ini melancarkan Ninja Restock, pengembangan perkhidmatan yang melangkaui e-dagang, dengan sasaran untuk merevolusikan landskap pembekalan semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Perkhidmatan ini menangani ketiadaan ciri penting seperti penjejakan bungkusan waktu nyata dalam sektor pembekalan semula yang boleh meningkatkan kesedaran kepada penerima tentang masa ketibaan penghantaran.

Ketua B2B Ninja Van Malaysia Clarence Fernandez berkata Ninja Restock sangat diperlukan untuk penghantaran B2B, menyediakan ciri-ciri dan cadangan nilai yang pada masa ini tidak terdapat dalam pasaran ini.

“Peruncit, pengedar dan kebanyakan jenama memerlukan ciri ini kerana ia didominasi sebahagian besarnya oleh penyedia sedia ada dan syarikat pengangkut tradisional yang tidak dapat menyediakan beberapa ciri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan tersebut, di sini, hari ini.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan Ninja Van Malaysia ialah fungsi penjejakan bungkusan, liputan seluruh negara, kepantasan, pengoptimuman kos, fleksibiliti dan ketelusan yang didayakan pendigitalan.

Clarence berkata penghantaran fleksibel, sebagai contoh, pada asasnya untuk memenuhi permintaan tinggi semasa penghantaran pada musim sibuk, terutamanya ketika waktu empat perayaan terbesar di Malaysia.

“Logistik biasanya menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada kos operasi perniagaan. Sebagai contoh, fungsi penjejakan bungkusan. Ini adalah teknologi penting dalam logistik ekspres e-dagang, mengambil kira pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesebuah perjalanan dari permulaan sehingga akhir

“Bagaimanapun, keupayaan penjejakan ini tidak wujud buat masa ini dalam ruang pembekalan semula B2B. Akibatnya, penerima kurang kesedaran mengenai masa ketibaan penghantaran dan sering kali tidak menyedari ketibaannya sama sekali,” katanya.

Selain itu, dari segi liputan di seluruh negara, beliau berkata Ninja Restock memastikan liputan 100 peratus dengan lebih 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

Clarence berkata dengan mendigitalkan aliran kerja yang biasanya dilakukan secara manual, Ninja Restock meningkatkan ketelusan dalam proses penyimpanan semula B2B, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.

Antara enam pasaran dan perusahaan yang akan ditumpukan oleh Ninja Restock ialah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, barangan pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat serta makanan dan minuman.

Dengan rangkaian penghantaran yang kukuh sebagai terasnya, Ninja Restock mengubah cara penghantaran B2B dilakukan ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori sambil mengurangkan inventori berlebihan.

Fleksibiliti baru ini memperkasakan jenama dan peruncit, memudahkan mereka menjadualkan penghantaran, dan membolehkan pengoptimuman penuh ruang paparan bagi produk mereka.

— BERNAMA