AXA Memperkasakan 6,500 Pelari Untuk Menyumbang RM100,000 Kepada 5 Badan Amal

Dengan sokongan yang memberangsangkan dan penyertaan seramai 6,500 pelari tahun ini, Larian AXA Hearts in Action 2019 (untuk 5 tahun berturut-turut) berjaya menyumbang sebanyak RM 100,000 kepada 5 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu WWF-Malaysia, World Vision Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Yayasan Jantung Malaysia.

Tema tahun ini “Anda Boleh Membuat Perubahan” menyokong objektif AXA untuk menjadi rakan kongsi yang sentiasa menyokong rakyat Malaysia untuk berlari demi kesihatan yang lebih baik, dan pada masa yang sama memperjuangkan tujuan amal yang penting bagi mereka.

Larian AXA Hearts in Action 2019 (untuk 5 tahun berturut-turut) yang dianjurkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah memperkasakan 6,500 pelari agar mengamalkan gaya hidup aktif serta berlari untuk tujuan amal.

Dalam usaha untuk memberikan pengalaman larian yang terbaik kepada semua pelari, AXA buat pertama kalinya memperkenalkan kategori separuh marathon (21km), di samping kategori 12km, 6km dan larian maya.

Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, “Selain menyediakan kategori yang lebih mencabar kepada pelari, apa yang kekal teguh adalah komitmen kami untuk membantu membina masyarakat yang lebih mampan.”

Pelari yang mengambil bahagian diperkasakan untuk menyokong tujuan amal dan NGO pilihan mereka dengan memilih daripada 5 warna kemeja-T:

  • Hijau (WWF-Malaysia): Anda Boleh Melindungi Alam Sekitar
  • Biru (World Vision Malaysia): Anda Boleh Memperkasa Pemimpin Masa Hadapan
  • Oren (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia): Anda Boleh Menjaga Buah Pinggang Anda
  • Ungu (Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia): Anda Boleh Menghalang Kanser Sebelum Berlaku
  • Merah Jambu (Yayasan Jantung Malaysia): Anda Boleh Kekal Aktif, Kekal Berdegup

“Dengan kerjasama 5 rakan NGO untuk Larian AXA Hearts in Action 2019, kami berusaha untuk memupuk penyertaan sosial, melindungi alam sekitar dan kanak-kanak, serta menggalakkan pencegahan risiko kesihatan untuk membina komuniti yang mampan. Kami amat berbesar hati kerana menerima sokongan padu daripada pelari baru dan juga pelari yang kembali untuk memberi kami peluang bagi melakukan perubahan positif terhadap masyarakat. Tanpa mereka, Larian AXA Hearts in Action tidak akan sampai ke tahap kini,” kata Emmanuel.

Sepanjang 5 tahun ini, Larian AXA Hearts in Action telah menarik penglibatan kira-kira 20,000 pelari dan menyumbang lebih daripada setengah juta ringgit kepada WWF-Malaysia, World Vision Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Yayasan Jantung Malaysia. Sumbangan ini telah membantu menyokong inisiatif-inisiatif berikut:

  • Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia: memberi bantuan untuk 500 sesi dialisis kepada pesakit di 28 pusat dialisis seluruh negara
  • World Vision Malaysia: menyumbang kepada Program Pembangunan Masyarakat di Mukim Tulid dan Mukim Tatalaan dan membantu lebih 2,500 orang di 10 buah kampung
  • Yayasan Jantung Negara: menyokong program pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan untuk mendidik rakyat Malaysia di kawasan luar bandar seperti Tumpat dan Labis.

Maklumat lanjut tentang AXA Hearts in Action:

Larian AXA Hearts in Action dianjurkan setiap tahun sempena Program Tanggungjawab Korporat AXA Hearts in Action – sebuah program global yang diperkenalkan pada tahun 1991 untuk para pekerja menjalankan aktiviti sukarela dengan menyumbang masa, berkongsi kemahiran dan mengumpul dana.

AXA komited untuk melaksanakan Tanggungjawab Korporat sebagai agenda yang berterusan sepanjang tahun. Awal bulan ini, AXA telah menganjurkan Minggu Tanggungjawab Korporat dengan pelbagai aktiviti seperti derma darah, pemeriksaan kesihatan, kutipan derma untuk barangan runcit dan tuala wanita guna semula bagi meningkatkan kesedaran dan memperjuangkan kepentingan kesihatan, kesejahteraan, pendidikan dan kesejahteraan sosial di kalangan pekerja dan masyarakat. Barangan runcit dan tuala wanita guna semula bernilai hampir RM 10,000 telah disumbangkan kepada 4 rumah amal dan masyarakat orang asli di Banting. Pada bulan Ogos, AXA akan melawat komuniti Orang Asli di SK (Asli) Bukit Kemandol K9, Banting untuk menjalankan Program Pengurusan Kebersihan Menstruasi dengan kerjasama Athena Empowers, sebuah syarikat yang mengeluarkan produk sanitari yang boleh digunakan semula dan mesra alam.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend