AXA Mengajak Rakyat Malaysia Untuk Hidup Lebih Sihat Melalui Kempen #LaughForHealth

  • Sebagai syarikat insurans am no.1 dalam kategori Perubatan dan Kesihatan dengan lebih 25% bahagian pasaran, AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) mengajak rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat melalui pencegahan dan perlindungan.
  • AAGI melancarkan kempen #LaughForHealth untuk menyebarkan gelak ketawa dan mempromosikan manfaat kesihatan dan kesejahteraan.

Selaras dengan tujuannya untuk memperkasakan orang ramai untuk menjalani hidup yang lebih baik, AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) mengukuhkan kedudukannya sebagai pembayar-menjadi-rakan dalam segmen kesihatan dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk bergelak ketawa dan hidup lebih sihat dalam kempen #LaughForHealth.

“Sebagai syarikat insurans am no.1 dalam Perubatan dan Kesihatan, kami memahami kepentingan untuk menegakkan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami sebagai rakan kesihatan mereka. Mereka mahu rakan kesihatan yang mengambil berat, bukan hanya sekadar membayar tuntutan mereka. Itulah sebabnya kami di AXA komited untuk berkhidmat kepada pelanggan kami dengan memainkan peranan aktif dalam kesejahteraan mereka,” kata Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AAGI.

Untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya menjalani kehidupan yang lebih sihat dan baik, AAGI melancarkan kempen yang menarik bertemakan #LaughForHealth. Ia dipilih berdasarkan pandangan dan pendapat yang terbukti bahawa gelak ketawa adalah penting dan bermanfaat kepada kesejahteraan fizikal dan emosi keseluruhan kita. Kempen ini akan berlangsung selama 17 minggu dengan kerjasama pelawak tempatan terkenal, Dr. Jason Leong.

“Kita semua tahu bagaimana untuk ketawa, malah kita ketawa sebelum kita belajar bercakap. Tetapi orang selalunya terlalu sibuk untuk ketawa. Di AXA, kami ingin memperjuangkan manfaat gelak ketawa dan bagaimana ia dapat memberi kesan positif terhadap kesihatan keseluruhan kita. Kami lebih daripada sekadar syarikat insurans, kami ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami dan #LaughForHealth!” kata Rebecca Tan, Ketua Pegawai Pemasaran dan Bancassurance AAGI.

Kempen ini diaktifkan oleh Dr. Jason Leong yang mengetuai “AXA Laughter Squad” dalam misi untuk memberi pencerahan kepada rakyat Malaysia melalui gelak ketawa di Kuala Lumpur. Skuad ketawa yang menyeronokkan ini bertujuan untuk membina hubungan yang erat dengan rakyat Malaysia dan meningkatkan kesedaran mengenai manfaat gelak ketawa terhadap kesihatan dan kesejahteraan.

AXA Laughter Squad bersama dengan Dr Jason Leong dan Rebecca Tan, Ketua Pegawai Pemasaran dan Bancassurance AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI), dalam misi untuk menyebarkan gelak ketawa dan mempromosikan manfaat kesihatan dan kesejahteraan di Kuala Lumpur. Sebagai syarikat insurans am no.1 dalam kategori Perubatan dan Kesihatan, AAGI mengajak rakyat Malaysia untuk ketawa dan hidup lebih sihat dalam kempen #LaughForHealth.

Reaksi rakyat Malaysia semasa kempen dijalankan telah dirakam dalam video dan disiarkan di platform media sosial (YouTube dan Facebook) bersama tiga video lain mengenai manfaat gelak ketawa. Kempen ini akan berlangsung sehingga Oktober 2018 dalam pelbagai platform seperti radio, bas RAPID KL dan digital.

Bagi membina momentum daripada kempen ini, AAGI mengundang rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menyertai satu tujuan amal, dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia (YJM). AAGI akan menyumbang RM1 untuk setiap klik “Haha Emoji” yang diterima di video pengaktifan #LaughForHealth bagi YJM. Sumbangan sehingga RM 40,000 disasarkan untuk disalurkan kepada YJM.

Layari axa.com.my/laughforhealth untuk mengetahui lebih lanjut dan menyertai kempen #LaughForHealth

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend