AXA Merangkul 3 Anugerah Berprestij!

AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) merangkul 3 anugerah untuk pencapaian cemerlangnya pada tahun 2018:

  • Anugerah Malaysia Best Brands 2019
  • Anugerah Malaysia Best Employer Brands 2019 (untuk 4 tahun berturut-turut)
  • Anugerah Emas Best Use of Recruitment Technology Tools

AAGI dipilih sebagai salah satu pemenang Malaysia’s Best Brands di Anugerah Golden Globe Tiger 2019 berdasarkan kecemerlangan jenamanya sebagai salah satu peneraju pasaran di negara ini. Diiktiraf oleh CMO Asia, Anugerah Malaysia Best Brands 2019 mengiktiraf jenama dan pemasar terkemuka di Malaysia.

Rebecca Tan, Ketua Pegawai Pelanggan AXA Affin General Insurance Berhad menerima anugerah Malaysia Best Brands 2019.

Ketua Pegawai Pelanggan AAGI, Rebecca Tan, berkata penganugerahan ini adalah tanda sokongan dan kepercayaan para pelanggan. Menurut beliau, “Pelanggan kami memainkan peranan penting dalam memberi dorangan kepada kami untuk terus berusaha setiap hari. Sebagai salah sebuah syarikat insurans yang paling pesat berkembang di Malaysia, kami ingin menjadi rakan kongsi yang sentiasa menyokong dan memperkasakan orang ramai. Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan atas semua inisiatif kami.”

Di samping itu, AAGI juga dianugerahkan sebagai Malaysia’s Best Employer Brands 2019 untuk 4 tahun berturut-turut. Anugerah ini membuktikan kejayaan AAGI dalam menawarkan budaya tempat kerja yang teguh dan amalan HR yang inovatif.  Ia juga mengukuhkan kedudukan AAGI sebagai salah satu majikan yang paling berinspirasi.

En.  Mohd Syukri bin Ahmad Sudari, Ketua Pegawai Sumber Manusia AAGI berkata: “Kami percaya bahawa kakitangan kami adalah kunci utama untuk mencapai sasaran perniagaan dan menunjukkan komitmen kepada para pelanggan. Kemenangan ini diraih menerusi komitmen berterusan dan kami komited dalam memajukan kakitangan kami dan menawarkan budaya tempat kerja yang memupuk nilai Kepelbagaian, Penglibatan, Inovasi dan Kepercayaan.”

Antara amalan menyerlah AAGI ialah rangka pengrekrutannya yang memenangi Anugerah Emas Best Use of Recruitment Technology Tools di Anugerah Asia Recruitment 2019. Rangka kerja pengrekrutan AAGI memberi tumpuan kepada inovasi dan pemudahan melalui penggunaan Proses Automasi Robotik. Penggunaan robot ini telah membantu mengurangkan masa pengrekrutan sebanyak 67.6% menggantikan kerja intensif dengan aktiviti-aktiviti yang memberi tumpuan kepada kemajuan pekerja untuk mencapai strategi “Payer-to-Partner”.

“Mudah untuk Disertai! adalah sasaran pengrekrutan AAGI dan kami berbangga untuk menerima pengiktirafan atas usaha kami. Kami berhasrat untuk meningkatkan usaha kami dalam bidang ini supaya AAGI akan terus menarik bakat baharu untuk menyampaikan inisiatif “Customer First”, kata beliau.

Penganugerahan ini mengesahkan komitmen AAGI untuk memperkasakan orang ramai supaya menjalani kehidupan yang lebih baik dan amalan sumber manusianya yang inovatif untuk menarik, merekrut, mengekalkan dan memupuk bakat.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend