AXA Merangkul Anugerah ‘HR Asia Best Companies To Work For In Asia 2018’ Untuk 2 Tahun Berturut-Turut

AXA Affin General Insurance Berhad (AAGI) dianugerahkan dengan ‘HR Asia Best Companies to Work for in Asia 2018’ oleh HR Asia, sebuah penerbitan terkemuka untuk profesional sumber manusia kanan.

Ini adalah tahun ke-2 AAGI diiktiraf atas inisiatifnya untuk mewujudkan kecemerlangan tempat kerja dan menggalakkan penglibatan pekerja. Anugerah ini juga mengukuhkan kedudukan AAGI sebagai salah satu majikan pilihan di negara ini.

Majlis anugerah yang diadakan pada tahun ke-6 kali ini dianjurkan oleh HR Asia di New World Hotel pada 12 Oktober 2018. Sebelum majlis penganugerahan, syarikat-syarikat korporat berkelas dunia yang mengambil bahagian menjalani proses penilaian yang ketat oleh panel juri yang terdiri daripada pakar-pakar industri, akademik dan wakil kerajaan. Syarikat-syarikat dipilih sebagai pemenang berdasarkan tinjauan proprietari mengenai keterlibatan pekerja dan amalan tempat kerja, diketahui sebagai salah satu kaji selidik yang paling berstruktur dan menyeluruh dalam industri.

“Kami gembira diiktiraf sebagai majikan pilihan dengan amalan tempat kerja yang setanding dengan syarikat terbaik di Asia. Pengiktirafan ini ang diberikan selama 2 tahun berturut-turut merupakan bukti kejayaan kami dalam memperjuangkan inisiatif inovatif dan memperkasakan pekerja kami dengan persekitaran kerja dinamik, amalan HR, keterlibatan dan kepuasan kerja secara keseluruhan,” kata En. Mohd Syukri bin Ahmad Sudari, Ketua Pegawai Sumber Manusia AAGI.

Encik Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif dan En. Mohd Syukri bin Ahmad Sudari, Ketua Sumber Manusia AXA Affin General Insurance Berhad menerima anugerah ‘HR Asia Best Companies to Work for in Asia 2018’. Ini adalah tahun ke-2 AAGI diiktiraf atas inisiatifnya untuk mewujudkan kecemerlangan tempat kerja dan menggalakkan penglibatan pekerja.

Beliau mengaitkan kemenangan itu dengan budaya tempat kerja syarikat, yang didorong oleh matlamat syarikat untuk memperkasakan orang ramai. Selain menggalakkan kepelbagaian dan keterangkuman di tempat kerja, AAGI menawarkan pelbagai peluang kepada pekerjanya untuk berkembang sepanjang hayat, dengan memanfaatkan rangkaian dan platform AXA Group serta menawarkan latihan untuk pembangunan kerjaya dan kemahiran peribadi. Syarikat ini juga amat menggalakkan keseimbangan budaya kerja dan hidup, serta telah memperkenalkan “Employee Social Responsibility Leave” untuk menggalakkan pekerja mengambil bahagian dalam tujuan amal dan berbakti kepada masyarakat.

“Di AAGI, kami percaya bahawa untuk memenangi pasaran, anda mesti terlebih dahulu menang di tempat kerja. Pekerja kami memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kelebihan daya saing kami dalam menyampaikan nilai dan menyokong pelanggan kami. Inilah sebabnya kami menekankan kepentingan dalam perancangan perjalanan kerjaya untuk menyokong mereka dalam pembangunan kerjaya dan aspirasi mereka. Satu lagi perkara yang penting bagi AXA ialah keterlibatan dan keterbukaan yang berterusan untuk mendengar maklum balas pekerja kami,” tambah beliau.

AAGI adalah salah sebuah syarikat insurans am yang paling pesat berkembang di Malaysia dengan lebih 850 pekerja di 22 pejabat, serta lebih daripada 4,700 ejen, broker dan rakan bank utama di seluruh negara.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend