Top 5 Baju Raya Paling Mahal Di Malaysia. Tak Sangka RM4,028 Pun Ada

“Cantik nyeee baju raya awak..Mana beli? Mesti mahal kan?”

Tekaan saya majoriti kaum wanita mesti suka kalau dipuji sebegitu rupa.

Mesti berbunga-bunga hati dibuatnya.

Oh ya, jika anda sedang Google baju raya murah, memang tak jumpa dalam artikel ini. Kali ini saya berhasrat menyenaraikan koleksi baju raya wanita eksklusif yang berharga di antara RM500 – RM4,000.

Apa yang saya perasan setiap tahun harga baju raya mesti semakin mahal dan mahal dari tahun ke tahun. Kalau tengok fesyen baju, baju kurung biasa pun boleh mencecah harga RM500 ke atas. Mahal mungkin disebabkan jenama itu sendiri, material kain dan paling bernilai – idea.

Saya tergerak hati untuk menjengah ke 2 laman butik online yang popular di Malaysia; Zalora & Fashion Vallet. Saya amat pasti ada baju raya yang harganya ‘gila babi’ dan hanya mampu tengok bagi sesetengah orang. Walaupun begitu, jika tiada permintaan masakan mereka ini berani meletakkan harga se’gila’ itu.

#1. Rico Rinaldi (RM1,908 – RM4,028)

Pernah dengar nama Rico Rinaldi? Saya sendiri baru kenal semasa menulis artikel ini. Ibu dan ayah beliau adalah warga Indonesia yang menetap dan menjadi penduduk tetap Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Beliau sebenarnya agak terkenal di kalangan pereka fesyen kerana sering memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Harga baju kurung moden rekaan beliau yang dijual di Zalora bermula dari RM1,908 – RM4,028. Tak berani nak komen dari segi rekaan kerana saya bukan pakarnya, anda nilaikan sendiri ok.

#2. Sapto Djojokartiko (RM550 – RM2,205)

Sapto Djojokartiko, seorang pereka fesyen terkemuka dari Indonesia yang sering menjadi tumpuan penggemar fesyen tempatan dan antarabangsa. Pada pendapat saya rekaan baju kurung modennya agak sofistikated.

Harga baju kurung moden rekaan beliau yang dijual di Fashion Vallet bermula dari RM550 – RM2,205.

#3. Rizalman (RM1,589 – RM409)

Nama Rizalman mungkin biasa didengar berbanding dua pereka fesyen tadi. Walaupun pereka fesyen selebriti terkenal ini masih muda, namun baru-baru ini beliau telah dikurniakan gelaran Datuk bersempena dengan hari keputeraan Sultan Pahang.

Harga baju kurung moden serta kebaya rekaan beliau yang dijual di Zalora bermula dari RM409 – RM1,589.

#4. Rizman Ruzaini (RM599 – RM1,199)

Masih ingat busana KLCC yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal? Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil merupakan perekanya. Berapa pula harga koleksi rekaan mereka? Harga baju kurung moden rekaan mereka yang dijual di Fashion Vallet bermula dari RM599 – RM1,199.

#5. Jovian (RM400- RM600)

Jovian Mandagie bukanlah nama asing di kalangan penggemar fesyen di Malaysia. Beliau adalah salah satu daripada nama-nama besar dalam industri fesyen tempatan. Dalam senarai top 5 ini, baju rekaan beliau berada di nombor 5 kerana harga yang ditawarkan di Zalora bermula dari RM400 – RM600. (Sebelum ini ingat baju rekaan Jovian yang paling mahal!)

Betul, kita dituntut untuk memakai pakaian terbaik sewaktu musim perayaan. Kalau ada bajet, belilah. No problem. Jangan sampai pecah tabung. Raya ni bukan datang tiba tiba. Setiap tahun kita memang sudah tahu tarikhnya bila. Jadi boleh merancang bajet awal-awal.

Ikut kemampuan sendiri, mereka tak paksa pun kita beli.

Memetik kata-kata Menteri Belia dan Sukan;

“Golongan muda berbelanja seolah-olah mereka memperoleh pendapatan RM6,500 sebulan ketika purata gaji sebenar mereka hanya antara RM2,500 hingga RM2,800 sebulan,”

Pesanan saya, kalau boleh janganlah duit habis buat beli baju raya lebih banyak berbanding jumlah sedekah dekat mak ayah di kampung tu nanti.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend