BASF Selesai Pengambilalihan Perniagaan Dan Aset Dari Bayer

  • Pelengkap perlindungan tanaman sendiri, biotek dan aktiviti digital; menandakan kemasukan ke dalam pasaran benih, herbisid bukan selektif dan rawatan benih nematicide
  • Mewujudkan peluang-peluang baru untuk inovasi dan pertumbuhan
  • Kira-kira 4,500 pekerja yang berpengalaman menyertai pasukan Penyelesaian Pertanian 

BASF telah berjaya menyelesaikan pengambilalihan pelbagai perniagaan dan aset daripada Bayer. Urus niaga ini merupakan pelengkap strategik kepada  perlindungan tanaman, biotek dan aktiviti pertanian digital BASF serta menandakan kemasukannya ke dalam pasaran benih, herbisid bukan selektif dan rawatan benih nematicide.

“Langkah strategik ini merupakan penambahan aset yang sangat baik kepada pengukuhan portfolio penyelesaian perniagaan asas tani kami serta meningkatkan potensi inovasi kami. Secara keseluruhannya, ia memastikan penawaran yang lebih komprehensif dan menarik kepada pelanggan kami,” kata Dr. Martin Brudermüller, Pengerusi Lembaga Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi BASF SE.

“Pengambilalihan ini telah mengubah BASF dalam bidang pertanian. Ia dapat mengukuhkan kedudukan pasaran kami berhubung penyelesaian masalah pertanian dan mewujudkan peluang-peluang baru untuk pertumbuhan pasaran,” tambah Saori Dubourg, ahli Lembaga Pengarah Eksekutif BASF SE yang bertanggungjawab untuk segmen Penyelesaian Pertanian. “Kami amat mengalu-alukan kedatangan rakan sekerja baru ke BASF untuk bersama kami meneruskan misi ini.”

BASF menandatangani perjanjian pada Oktober 2017 dan April 2018 untuk memperolehi perniagaan dan aset yang ditawarkan daripada Bayer bagi menutup peluang dalam konteks pengambilalihan Monsanto, dengan harga pembelian tunai sebanyak €7.6 bilion, yang tertakluk kepada beberapa penyelarasan dan penyesuaian pada penutupan. Seramai 4,500 pekerja menyertai BASF melalui pengambilalihan tersebut. Perjanjian itu termasuklah perniagaan global glufosinate-amonium; perniagaan benih termasuklah traits, keupayaan penyelidikan dan percambahan, serta tanda dagangan untuk tanaman jaluran dalam pasaran terpilih; perniagaan benih sayur-sayuran; platform R&D untuk gandum hibrid; kepelbagaian produk rawatan benih; herbisida berasaskan glyphosate tertentu di Eropah, yang digunakan terutamanya untuk aplikasi perindustrian; platform pertanian digital yang lengkapi oleh  xarvioTM; serta beberapa projek penyelidikan herbisida dan nematicide yang bukan selektif dari Bayer. Urusniaga ini kini selesai, kecuali perniagaan benih sayur-sayuran dimana penutupannya dijangkakan pada pertengahan Ogos 2018.

Di Malaysia, pengambilalihan ini termasuklah herbisida glufosinate-ammonium yang bukan selektif. Herbisida glufosinate-ammonium yang bukan selektif ini telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 1985. “Herbisida glufosinate-ammonium yang bukan selektif ini diiktiraf kerana pengurusan rumpai yang sangat berkesan dan efisien di ladang kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Urusniaga ini akan memperkukuhkan kedudukan BASF sebagai pengurusan penyelesaian pertanian yang terbaik di Malaysia. Bersama-sama dengan rakan baru kami dan rakan perkongsian rangkaian yang lebih luas, kami amat komited untuk menjadikan pelanggan kami lebih berjaya,” kata EngLeong Goh, Pengarah Urusan BASF (Malaysia) Sdn Bhd.

Para pelanggan mendapat manfaat daripada pengambilalihan ini kerana mereka akan mempunyai lebih banyak akses kepada kepelbagaian peralatan bagi meningkatkan hasil, kualiti dan keuntungan tanaman mereka. “Dengan penyelesaian yang diperakui dari benih sehingga masa penuaian, dimanfaatkan oleh kemampuan skala dan R&D yang lebih baik, kami akan meningkatkan persaingan di pasaran. Ini bermakna para pelanggan akan mempunyai pilihan yang tepat, pada hari ini dan juga masa akan datang,” jelas Markus Heldt, Presiden bahagian Penyelesaian Pertanian BASF. “Selepas berbulan-bulan menyiapkan proses pemindahan perniagaan dengan lancar beserta dengan kehadiran kakitangan, akhirnya semua bersedia memulakan langkah sterusnya – sebagai sebuah pasukan baru dan dengan perniagaan dan keupayaan kami yang semakin berkembang.”

Bagi mencerminkan skop perniagaan pertaniannya yang semakin berkembang, BASF telah menamakan semula bahagian Perlindungan Tanaman kepada Penyelesaian Pertanian. Di samping itu juga, bahagian ini telah membentuk satu unit perniagaan global yang baru bagi benih dan traits.

Mengenai bahagian Penyelesaian Pertanian BASF 

Dengan populasi yang kian pesat berkembang, dunia semakin banyak bergantung kepada kemampuan kami untuk membangunkan dan mengekalkan pertanian mampan dan persekitaran yang sihat. Bekerjasama dengan petani, profesional dalam bidang pertanian, pakar pengurusan  perosak dan lain-lain, adalah merupakan peranan kami untuk membantu merealisasikannya. Inilah sebabnya mengapa kami melabur dalam saluran R&D yang aktif dan portfolio yang luas, termasuklah benih dan Traits, perlindungan tanaman kimia dan biologi, pengurusan tanah, kesihatan tumbuhan, kawalan serangga dan pertanian digital. Bersama-sama dengan pasukan pakar di makmal, di lapangan, pejabat dan dalam pengeluaran, kami gabungkan pemikiran inovatif dan sikap merendah diri untuk mewujudkan idea dunia sebenar yang berfungsi – untuk petani, masyarakat dan bumi ini. Pada 2017, bahagian kami menjana jualan sebanyak €5.7 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.agriculture.basf.com atau mana-mana rangkaian saluran media sosial kami.

Mengenai BASF di Malaysia

BASF yang mempunyai sejarah selama lebih 25 tahun di Malaysia, menjalankan operasi kilang pengeluaran di Bukit Raja, Selangor dan Pasir Gudang, Johor. BASF juga menyediakan  infrastruktur dan perkhidmatan sokongan kepada tapak usaha sama bahan kimia bersepadu, BASF PETRONAS Chemicals Sdn. Bhd., di Gebeng, Pahang. Pusat perkongsian perkhidmatan BASF di Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan sokongan fungsian kepada syarikat-syarikat BASF di 17 pasaran di rantau Asia Pasifik. Pada tahun 2017, BASF mencatat jualan kira-kira €361 juta di Malaysia dan mempunyai 1,943 kaki tangan pada hujung tahun. Maklumat lanjut boleh didapati di Internet di www.basf.com/my.

Mengenai BASF

Di BASF, kami mewujudkan kimia untuk masa depan yang mampan. Kami menggabungkan kejayaan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar dan tanggungjawab sosial. Lebih daripada 115,000 orang kakitangan Kumpulan BASF berusaha untuk menyumbang kepada kejayaan pelanggan kami dalam hampir semua sektor dan hampir setiap negara di seluruh dunia. Portfolio kami disusun mengikut lima segmen: Bahan Kimia, Produk Prestasi, Bahan Fungsian & Penyelesaian, Penyelesaian Pertanian dan Minyak & Gas. BASF menjana jualan sebanyak €64.5 bilion dalam tahun 2017. Saham BASF didagangkan di bursa saham di Frankfurt (BAS), London (BFA) dan Zurich (BAS). Maklumat lanjut di www.basf.com.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend