Bata Mempersembahkan Edisi Ke-2 “Bata Fashion Weekend”

Untuk tahun kedua berturut-turut, Bata telah membawa “Bata Fashion Weekend” ke Milan. Pada tahun ini, keseluruhan tempat berpusat pada konsep “The Sound of Style” dan menampilkan gabungan muzik, reka bentuk dan ketukangan.

Berikutan inisiatif debutnya yang berjaya tahun lepas di Prague, Bata meneruskan tradisi fesyen barunya dengan mengadakan “Bata Fashion Weekend 2018” di lokasi berprestij Milan, Palazzo Mezzanotte dari 28 hingga 29 April. Namun, keriangan suasana itu bermula awal lagi – pada petang Jumaat 27 April di Via Dante berdekatan kedai Bata. “The Sound of Style” telah bermula seawal 3.00 p.m.

“Tahun ini, kami membuat keputusan untuk menjadikan Itali sebagai tuan rumah “Bata Fashion Weekend”. Kami memilih Milan kerana ia merupakan salah satu ibu kota fesyen yang paling terkemuka di Eropah, sebuah bandar di mana trend-trend direalisasikan,” kata Thomas Archer Bata, Ketua Pegawai Pemasaran. Selama dua hari, Palazzo Mezzanotte telah berubah menjadi pusat fesyen dan reka bentuk serta menawarkan beberapa activiti untuk orang ramai seperti pameran fesyen, pameran kasut, persembahan muzik dan bengkel ketukangan. Lokasi tersebut juga digunakan untuk melancarkan koleksi eksklusif Bata seperti pra-pelancaran B-Flex global – gabungan teknologi, reka bentuk dan keselesaan yang luar biasa, tumit yang selesa dengan garisan Insolia, kasut Atletico yang diselitkan dengan gaya retro yang elegan, kasut edisi terhad Bata Heritage dan banyak lagi.

“Me & Comfortable With It”

Seluruh lokasi tersebut dibina sekitar kempen global “Me & Comfortable With It”, sebuah konsep yang menggalakkan keyakinan diri yang sihat. Idea utamanya menekankan bahawa tiada siapa yang perlu kelihatan seperti model dari majalah fesyen untuk menjadi cantik, istimewa dan selesa dengan diri mereka. Jana Barbati Chadová, Ketua Pemasaran Global, juga menambah: “Matlamat kami adalah untuk mengubah kempen ini untuk menjadi realiti kehidupan sebenar dalam setiap sudut pandangan. Itulah sebabnya Nidhim Kochhar, pembina badan professional yang kehilangan kaki kirinya selepas kemalangan motorsikal, dipilih sebagai salah satu model utama catwalk.”

Cabaran Pereka Muda 2018

“Bata Fashion Weekend” juga telah memperkenalkan karya pereka muda dari Akademi Seni, Seni Bina & Rekabentuk yang berprestij di Prague (UMPRUM) dan Politecnico Calzaturiero dari Padua dalam edisi kedua Cabaran Pereka Muda Bata. Peraduan bakat tahun ini telah dianjurkan dengan kerjasama pengilang kasut terkemuka Itali, Kalliste, dan pembuat kristal ikonik Czech,Preciosa. Jana Barbati Chadová, Ketua Pemasaran Global, menjelaskan: “Kerjasama dengan universiti
adalah penting untuk mengenal pasti dan menyokong pereka muda yang berbakat dan membimbing mereka untuk terus berkembang dengan Bata,” tambahnya: “Jadi, dengan bangganya Bata mengumumkan kerjasama dengan dua buah institute – Kalliste’ dan Preciosa. Lebih-lebih lagi,
pemenang pertandingan akan mendapat peluang untuk menghasilkan koleksi edisi terhad yang akan dipasarkan di kedai terpilih di seluruh dunia.”

Seluruh Dunia di Milan

“Bata Fashion Weekend” telah menerima tetamu dari seluruh dunia, termasuk ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Bata seperti Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alexis Nasard dan Ketua Pegawai Pemasaran Thomas A. Bata, selebriti dari lebih 20 buah negara termasuk YouTuber Malaysia yang terkenal, Johanis Sani (Instagram: @j0.ms), wartawan, bintang TV, model, editor dan blogger dari penerbitan media terkemuka. Thomas Archer Bata, Ketua Pegawai Pemasaran, berkata: “Matlamat kami adalah untuk menjadikan “Bata Fashion Weekend” sebuah acara global awam yang membuka ruang untuk kami melibatkan diri dengan orang yang berbeza dan menarik mereka untuk memeluk konsep “Me & Comfortable With It” serta membolehkan bunyi bergaya
bergema.”

Untuk menonton video “Bata Fashion Weekend”:

Mengenai Bata

Diasaskan pada tahun 1894, Bata adalah pembuat kasut terkemuka di dunia dengan jumlah produksinya, mereka bentuk kasut yang bergaya dan selesa dengan harga yang berpatutan. Bata adalah perniagaan milik keluarga yang mempunyai lebih satu juta pelanggan sehari di 5,300 buah kedai dan menghasilkan kasut di 23 kemudahan perkilangan di lima benua.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend