Bicara BH Kupas Isu Bisnes Atas Talian

Forum Bicara BH meneruskan siri ketiganya pada hari ini di mana pada kali ini panelis-panelis akan mengupas isu berkaitan penggunaan media sosial sebagai platform untuk menjana pendapatan yang bertajuk “Buat Duit: Beralih Ke E-Dagang”, bertempat di Public Space, Balai Berita Bangsar.

Anjuran BH dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), objektif perbincangan ini adalah untuk menyedarkan pengguna bahawa pelbagai risiko perlu dihadapi mereka ketika berurus niaga dalam talian.

Ini adalah siri ketiga daripada enam siri yang akan diadakan dengan kerjasama MCMC.

Moderator untuk forum pada kali ini ialah Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak, wartawan pendidikan BH.

Tiga ahli panelnya terdiri daripada Adrian Abdul Ghani, Ketua Bahagian Perkhidmatan Digital Dan Platform Data, Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital, MCMC, Ahmad Awaluddin Ashaari, Pengacara, Pelakon, Pemilik SchAwal.com dan LawA events dan Nor Nabilah Zulyadaini @ Bella, Pemilik Laman Sosial Solekan Make Up By Bellaz dan Pengasas Bellaz Beauty Sdn Bhd.

Program Bicara BH ini diadakan bagi menyediakan platform untuk perbincangan intelektual mengenai pelbagai isu berkaitan perniagaan, ekonomi serta isu sosial negara. BH juga melaksanakan inisiatif ini sebagai salah satu usaha untuk memupuk budaya perkongsian ilmu dan memainkan peranannya dalam menyediakan kandungan berbentuk intelektual, informatif dan terkini.

Forum ini menggabungkan pelbagai pihak berkaitan serta ahli panel dalam kalangan pemimpin masyarakat, korporat, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGOs) bagi membicara dan mengurai topik dipilih demi manfaat bersama secara menyeluruh.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend