BIGO Berpangkalan Di Singapura Umum Rancangan Peluasan Agresif Dalam 3 Pasaran Besar Bermula Dengan Pelaburan US$100 Juta Dalam India Menjelang 2019

SINGAPURA, 18 Februari 2019 /PRNewswire/ — BIGO Technology Pte. Ltd. mengumumkan ia akan membuka pusat-pusat serantau dalam tiga (3) kawasan utama yang lain di dunia sebelum akhir tahun 2019, bermula dengan India. Pengumuman ini dibuat dalam tempoh sesingkat 3 tahun sejak ditubuhkan, justeru membuktikan bahawa syarikat teknologi internet yang berpangkalan di Singapura itu bersedia mengalami pertumbuhan yang pesat. Pelaburan sebanyak US$100 juta ke dalam India adalah penting memandangkan BIGO merupakan syarikat internet Singapura pertama yang melangkah ke arena global dan bakal melakukan lonjakan penting untuk menjadi peneraju dalam industri.

Peluasan ini akan mencipta peluang pekerjaan untuk lebih 1000 orang di India dan mewujudkan peluang-peluang untuk pembelajaran rentas-negara kepada warga Singapura dan India khususnya memandangkan syarikat mempunyai lebih 40 paten dalam teknologi berkaitan VoIP/Video dengan 60 paten yang masih menunggu. Langkah ini menunjukkan langkah penting oleh Singapura tatkala ia turut menyertai nama-nama besar dalam industri, kesemuanya kini dimiliki oleh entiti-entiti asing. Peluasan BIGO akan menjadikan bilangan keseluruhan pejabat kepada 20 pejabat serantau dan 4 pusat serantau untuk BIGO menjelang akhir tahun 2019.

Bagi produk penstriman langsung paling terkenal daripada syarikat, BIGO LIVE, bilangan terkini pengguna berdaftarnya adalah seramai lebih 200 juta orang di lebih 100 kawasan, bilangan yang meningkat dengan pesat saban hari. Ia juga telahpun menjadi salah satu aplikasi yang berjaya meraih kutipan tertinggi secara global sebagaimana yang dilaporkan oleh App Annie pada tahun 2018. Satu lagi aplikasi video pendek daripada syarikat berkenaan, LIKE, telah mencecah 20 juta pengguna aktif harian di seluruh dunia.

Susulan pertumbuhan pesatnya, syarikat tersebut kini menetapkan sasarannya untuk berkembang secara agresif ke dalam ekonomi-ekonomi baru muncul dan maju. Jason Hu, Ketua Pegawai Teknologi BIGO Technology menyatakan, “Kami menetapkan sasaran kami untuk berkembang ke India sebagai kawasan pertama daripada tiga kawasan. India akan bertindak sebagai pusat pelengkap kepada pusat Penyelidikan dan Pembangunan Singapura. Langkah berani ini merupakan yang pertama seumpamanya untuk BIGO dan menjadi bukti kepada peningkatan keperluan terhadap pusat-pusat luar negara sebaik kumpulan pelanggan kami berkembang.”

BIGO yakin bahawa pelaburan dan statusnya dalam kalangan pengguna tidak akan dicemari atau diganggu oleh aplikasi-aplikasi lain dalam pasaran. Sebahagian besar keyakinan mereka adalah disebabkan oleh teknologi yang digunakan dan Kecerdasan Buatan yang dimanfaatkan oleh aplikasi tersebut, memandangkan ia jauh lebih canggih berbanding aplikasi-aplikasi lain yang serupa cirinya. Dari segi aspek manusiawi, BIGO berbangga dan yakin dengan hubungan yang dibina bersama penyiar-penyiar mereka, yang memberi mereka sokongan dan bimbingan, justeru memperkasa mereka untuk membangunkan perniagaan mereka sendiri melalui aplikasi tersebut.

Sumber: BIGO Technology Pte. Ltd.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend