‘Bintang Meningkat Naik’ Realme Sah Tembusi Pasaran Malaysia pada November

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Oktober 2018 /PRNewswire/ — Setelah begitu lama ditunggu-tunggu, Realme, jenama telefon pintar baru muncul yang mengkhusus dalam menyediakan telefon pintar berkualiti tinggi, telah mengacah tarikh pelancarannya di Malaysia. Seperti mana yang disiarkan dalam halaman Facebook dan Instagram pada 23 Oktober, Siri Realme 2  akan tersedia dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Realme ucap ‘Hello Malaysia, Ini Realme’ di platform media sosialnya”
Mengesahkan spekulasi tersebut, Josef Wang, Pengarah Pemasaran Realme Asia Tenggara berkata, “Realme menyasarkan untuk menjadi keutamaan tertinggi generasi muda rakyat Malaysia yang tercari-cari telefon pintar yang pantas, bergaya dan mampu milik. Dengan melakar kejayaan luar biasa di India dan Indonesia, wajar untuk kami beralih seterusnya ke Malaysia, sebuah negara dengan kadar penembusan telefon pintar mencecah 70%. Dengan angka yang begitu mengagumkan, kami yakin bahawa Malaysia akan meneruskan kejayaan Realme di rantau ini.”

Kejayaan Realme di India adalah cukup besar, dengan Siri Realme 1 terjual hanya 2 minit selepas dilancarkan secara rasmi. Ini diikuti dengan Siri Realme 2, yang mana sejumlah 200,000 unit terjual kurang daripada 5 minit. Pelancaran jenama ini di Indonesia mencipta kejayaan yang sama apabila ia terjual sebanyak lebih 15,000 unit hanya dalam tempoh 10 minit – mencipta rekod baharu untuk jenama di rantau berkenaan dan menunjukkan perkaitannya dengan belia masa kini.

Prestasi jualan sedemikian hebat membuktikan bahawa Realme sememangnya ‘bintang yang meningkat naik’ dalam industri telefon pintar. Barisan produk daripada jenama ini turut menerima ulasan yang hebat daripada rakan media antarabangsa seperti Forbes, GSMArena, Android Authority dan media lain. Secara keseluruhan, ia dikenali kerana berkemahiran tinggi dari segi reka bentuk, perisian, kamera dan julat harga.

Berpegang pada slogan ‘Bangga menjadi Muda’, Realme menumpu untuk menjadi jenama telefon pintar rintis untuk generasi muda, membawakan prestasi yang terbaik dalam kelas digandingkan dengan gaya kontemporari. Realme menggabungkan reka bentuk muda dengan spesifikasi kompetitif dan bakal mempunyai berita-berita yang lebih menarik tentang pelancaran ini tidak lama lagi.

Sumber: Realme

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend