BMDAM Dan RAMCI Lancar Sistem ‘Pangkalan Data Pembayar Ingkar BMDAM’

Kuala Lumpur, 21 November 2018 – Persatuan Pengedar Bahan-bahan Binaan Malaysia (BMDAM) dan RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) baru-baru ini telah melancarkan ‘PANGKALAN DATA PEMBAYAR INGKAR  BMDAM’. Inisiatif ini telah dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada awal April tahun ini, yang membolehkan ahli persatuan industri bahan-bahan binaan untuk mengenalpasti pembayar ingkar.

Apabila mendekati isu ini pada awal tahun ketika majlis tandatangan MoU, Encik Yang Kian Lock Mantan Pengerusi Serta-merta BMDAM berkongsi betapa perlunya sistem efektif untuk mempromosikan persekitaran perdagangan yang lebih sihat dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini. “Sebagai pengendali perniagaan, kami memberi kredit kepada peniaga dan terpaksa menghadapi risiko kutipan balik yang kian sukar melalui landskap ekonomi yang tidak menentu. Oleh itu, terdapat keperluan untuk ahli-ahli dalam industri ini bagi mempunyai platform dan berkongsi maklumat pembayaran perdangan.”

Mengulas mengenai peranan RAMCI, Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif RAMCI, berkata “‘PANGKALAN DATA PEMBAYAR INGKAR BMDAM’ berfungsi sebagai rujukan perniagaan dan penghubung dalam kalangan ahli persatuan untuk masuk ke portal RAMCI Creditrack, satu sistem pengurusan credit atas talian 24/7. Pangkalan data ini berfungsi sebagai pencegah untuk mengelakkan pembayar ingkar untuk mendapat kemudahan kredit dari ahli persatuan yang lain sebaik sahaja mereka tidak membayar pemiutang. Tambahan lagi, ahli-ahli persatuan mempunyai pilihan untuk berkongsi maklumat pembayar ingkar menerusi Biro Perdagangan (“Trade Bureau”)

RAMCI yang akan berkongsi tingkah laku pembayaran perdagangan kepada bank, institusi kewangan dan pemberi kredit lain.

“Kami amat gembira apabila hampir 40% ahli BMDAM telah mendaftar dengan RAMCI dan telah memulakan perkongsian rekod pembayaran mereka. Matlamat terdekat kami adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 80% ahli berdaftar bersama perkongsian bagi akhir tahun 2018,” kata Lai.

Manakala, Encik Bill Lee, Pengerusi Semasa BMDAM berkata, “Ahli-ahli BMDAM akan menerima ‘sistem pantauan awal’ dari RAMCI apabila tergolong dalam pembayar ingkar di kalangan industri. Ini merupakan aspek yang penting bagi sistem ini. Kami yakin bahawa kerjasama antara RAMCI akan memberikan manfaat kepada ahli – ahli BMDAM yang kini berada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kerjasama ini akan membantu kami bagi membina asas kukuh dalam pengurusan kredit, yang pada jangka masa panjang akan membantu meningkatkan kecekapan perniagaan serta pengembangan perniagaan,” tambah beliau.

BMDAM merupakan sebuah persatuan kebangsaan bagi syarikat yang terlibat dalam perniagaan membekal serta mengedar bahan-bahan binaan tempatan serta yang diimport.

Mengenai RAM Credit Information Sdn Bhd

RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) merupakan agensi pelaporan kredit yang terkemuka dan paling dipercayai di Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Ia mempunyai pangkalan data menyeluruh yang dibina sepanjang 25 tahun yang lalu. Hari ini, rakan-rakan institusi RAMCI seperti RAM Holdings Berhad dan Experian Asia Pacific telah memanfaatkan syarikat tersebut dengan pengetahuan domain yang luas bagi memenuhi keperluan perniagaan dan pengguna di Malaysia serta di peringkat global menerusi pelbagai perkhidmatan yang komprehensif. Ia turut berkolaborasi dengan persatuan dan koperasi bagi memenuhi keperluan ahli-ahli mereka. Keupayaan teras RAMCI termasuk maklumat kredit atas talian, perkhidmatan penarafan kredit dan pemarkahan kredit, perkhidmatan pemantauan dan maklumat antarabangsa dan perkhidmatan biro perdagangan (“Trade Bureau”). Untuk maklumat lanjut, layari www.ramcreditinfo.com.my.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ninja Van Malaysia Lancar Ninja Restock

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Ninja Van Malaysia hari ini melancarkan Ninja Restock, pengembangan perkhidmatan yang melangkaui e-dagang, dengan sasaran untuk merevolusikan landskap pembekalan semula perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Perkhidmatan ini menangani ketiadaan ciri penting seperti penjejakan bungkusan waktu nyata dalam sektor pembekalan semula yang boleh meningkatkan kesedaran kepada penerima tentang masa ketibaan penghantaran.

Ketua B2B Ninja Van Malaysia Clarence Fernandez berkata Ninja Restock sangat diperlukan untuk penghantaran B2B, menyediakan ciri-ciri dan cadangan nilai yang pada masa ini tidak terdapat dalam pasaran ini.

“Peruncit, pengedar dan kebanyakan jenama memerlukan ciri ini kerana ia didominasi sebahagian besarnya oleh penyedia sedia ada dan syarikat pengangkut tradisional yang tidak dapat menyediakan beberapa ciri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan tersebut, di sini, hari ini.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan Ninja Van Malaysia ialah fungsi penjejakan bungkusan, liputan seluruh negara, kepantasan, pengoptimuman kos, fleksibiliti dan ketelusan yang didayakan pendigitalan.

Clarence berkata penghantaran fleksibel, sebagai contoh, pada asasnya untuk memenuhi permintaan tinggi semasa penghantaran pada musim sibuk, terutamanya ketika waktu empat perayaan terbesar di Malaysia.

“Logistik biasanya menyumbang 10 hingga 15 peratus daripada kos operasi perniagaan. Sebagai contoh, fungsi penjejakan bungkusan. Ini adalah teknologi penting dalam logistik ekspres e-dagang, mengambil kira pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesebuah perjalanan dari permulaan sehingga akhir

“Bagaimanapun, keupayaan penjejakan ini tidak wujud buat masa ini dalam ruang pembekalan semula B2B. Akibatnya, penerima kurang kesedaran mengenai masa ketibaan penghantaran dan sering kali tidak menyedari ketibaannya sama sekali,” katanya.

Selain itu, dari segi liputan di seluruh negara, beliau berkata Ninja Restock memastikan liputan 100 peratus dengan lebih 2,000 hab dan stesen di seluruh Asia Tenggara.

Clarence berkata dengan mendigitalkan aliran kerja yang biasanya dilakukan secara manual, Ninja Restock meningkatkan ketelusan dalam proses penyimpanan semula B2B, membolehkan perniagaan mengenal pasti dan menangani isu dengan lebih cepat.

Antara enam pasaran dan perusahaan yang akan ditumpukan oleh Ninja Restock ialah peruncitan gaya hidup, farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan elektronik, barangan pelanggan cepat laris (FMCG), pemasaran pelbagai peringkat serta makanan dan minuman.

Dengan rangkaian penghantaran yang kukuh sebagai terasnya, Ninja Restock mengubah cara penghantaran B2B dilakukan ke rangkaian kedai runcit, meningkatkan kekerapan pembekalan semula inventori sambil mengurangkan inventori berlebihan.

Fleksibiliti baru ini memperkasakan jenama dan peruncit, memudahkan mereka menjadualkan penghantaran, dan membolehkan pengoptimuman penuh ruang paparan bagi produk mereka.

— BERNAMA