Boeing Serahkan Kapal Terbang ke-2,000 untuk Sektor Penerbangan Komersial China

SEATTLE dan XIAMEN, China, 3 Disember 2018 /PRNewswire/ — Di landasan terbang bertempat di Seattlepada 30 November waktu tempatan, Boeing Company telah menyelesaikan penyerahan kapal terbang baharu namun penting dari segi sejarah kepada Xiamen Airlines. Penambahan khusus ke dalam armada penerbangan awam China ini mempunyai pesanan unik yang dicat pada badan kapalnya, 2000th BOEING AIRCRAFT for CHINA (PESAWAT BOEING ke-2000 buat CHINA), bagi meraikan suatu pencapaian penting yang bermakna, iaitu pesawat kedua ribu yang bakal diserahkan oleh Boeing kepada sektor penerbangan awam China.

Menerusi penyerahan Boeing737 MAX8 baharu ini, armada penerbangan Xiamen Airlines kini mempunyai 210 pesawat dan menjadi armada dengan pesawat Boeing sepenuhnya yang terbesar di China.

Sebagai salah sebuah syarikat pertama yang berpangkalan di AS yang menembusi China, sejak dari awal, Boeing komited terhadap perkongsiannya dengan sektor penerbangan awam negara selama lebih 40 tahun. Pada tahun 1972, syarikat penerbangan komersial yang beroperasi dalam negara berkenaan membuat pesanan pertama mereka, 10 pesawat Boeing 707, seraya menandakan bermulanya perkongsian yang berpanjangan. Sejak itu, Boeing telah menyerahkan ribuan pesawat baharu kepada syarikat penerbangan komersial Cina itu.

Tatkala ekonomi Cina terus berkembang, susulan daripada peluasan dasar reformasi dan buka pintu negara, penerbangan awam China menjadi salah satu industri yang paling pantas berkembang di negara berkenaan. Pada tahun 1978, syarikat penerbangan Cina membawa seramai 2.3 juta penumpang. Pada tahun 2017, sektor ini menawarkan perkhidmatan kepada 550 juta penumpang, 239 kali ganda daripada jumlah penumpang yang diberikan perkhidmatan pada tahun 1978 serta mewakili 29 peratus daripada jumlah keseluruhan negara bagi kesemua bentuk pengangkutan besar-besaran.

Xiamen Airlines ialah syarikat penerbangan Cina pertama yang menerima pakai model pengurusan berorientasikan pasaran. Syarikat penerbangan ditubuhkan pada tahun 1984. Selepas 34 tahun mengalami pertumbuhan kukuh, Xiamen Airlines kini merupakan kumpulan penerbangan kelima terbesar di China. Ia seringkali disebut sebagai kejayaan paling penting yang dicapai oleh China dalam industri penerbangan awam negara.

Kepantasan di mana syarikat penerbangan ini berkembang tidak dapat dipisahkan daripada operasi armada pesawat Boeingnya. Bermula dengan pengenalan pesawat Boeing 737-200 dan pesawat 737-300 pada tahun 1980-an, pesawat 757-200 pada tahun 1990-an, kepada siri pesawat 737NG sejurus selepas bermulanya alaf baharu, dan baru-baru ini diikuti dengan pesawat 787 Dreamliner dan 737MAX baharu, Xiamen Airlines telah bekerjasama erat dengan Boeing.

Hasil daripada kualiti dan prestasi cemerlang pesawat Boeing serta kerjasama erat antara kedua-dua syarikat, Xiamen Airlines telah mengekalkan rekod keuntungan paling lama dalam industri penerbangan awam China, kekal meraih keuntungan selama 31 tahun berturut-turut.

Sumber: Xiamen Airlines

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Letusan Gunung Ruang: Beberapa Penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia Ke Sabah & Sarawak Dibatalkan

KOTA KINABALU, 18 April (Bernama) — Beberapa penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia antara Sabah, Sarawak dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibatalkan hari ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.

Malaysia Airlines dalam kenyataan di akaun media sosial rasmi X hari ini memaklumkan syarikat penerbangan itu akan membatalkan beberapa penerbangan yang terjejas dan menasihatkan penumpang untuk menyemak status penerbangan terkini dan saranan perjalanan masing-masing.

“Pembatalan penerbangan pada 18 April 2024 berikutan letusan gunung berapi Gunung Ruang. Berikutan letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia, Malaysia Airlines akan membatalkan beberapa penerbangan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL) ke Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, pejabat Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup dalam kenyataan berkata penerbangan membawa mendiang Tan Sri Joseph Kurup (pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah) ke Kota Kinabalu yang dijadualkan hari ini telah dibatalkan.

“Saya akan memaklumkan masa penerbangan terkini selepas menerima maklum balas daripada MAS (Malaysia Airlines),” katanya.

AirAsia dalam kenyataan pula berkata lapan daripada penerbangan berjadual antara KLIA dan Tawau telah dibatalkan. Turut dibatalkan adalah lapan penerbangan antara KLIA dan Kota Kinabalu, menjadikan sebanyak 16 penerbangan yang terjejas antara KLIA, Kota Kinabalu dan Tawau.

Menurutnya ia telah memaklumkan kepada semua penumpang yang terjejas, manakala penumpang dalam perjalanan ke atau dari destinasi yang terkesan digalakkan untuk menyemak e-mel dan telefon mudah alih berdaftar mereka untuk pemberitahuan mengenai pembatalan.

“Para tetamu AirAsia yang melakukan perjalanan ke/dari destinasi yang terjejas digalakkan untuk menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus.

“AirAsia akan terus memantau situasi gunung berapi Gunung Ruang dan akan memberikan lebih banyak maklumat perkembangan terkini,” kata kenyataan itu.

— BERNAMA