Boleh Bayar Zakat Fitrah Secara Online? Sah Ke? Macam Mana Dengan Akad?

Ramai masih ingat, bila nak bayar zakat fitrah kena pergi ke Pusat Zakat, kena jumpa Amil berdaftar yang mengutip zakat. Kebanyakan Amil berdaftar boleh ditemui disekitar Masjid, Surau mahupun di shopping mall serta Bazar Ramadhan. Senario yang selalu saya lihat seperti tahun-tahun sebelum ini, ramai yang baru nak membuat pembayaran zakat fitrah mereka di saat-saat akhir iaitu ketika malam raya atau sebelum solat sunat Aidilfitri.

Pembayaran zakat secara dalam talian (online) adalah untuk tujuan memudahkan urusan orang ramai, yang mana rata-rata sibuk dengan urusan masing-masing.
Maklum lah kita ni biasanya “Nanti dulu la, banyak masa lagi”. “Ala ramai lagi orang beratur, nanti-nanti lah”

Walaupun sesetengah orang tidak suka dengan cara ini mungkin kerana lebih selesa berjumpa dan bersalam akad sendiri dengan Amil yang mengutip zakat fitrah.

Tapi persoalannya sekarang apa hukum bayar zakat online ni? Sah ke, makruh, harus? Jom baca artikel dari Pusat Zakat Negeri Sembilan.

Pembayaran Zakat Melalui Dalam Talian (Online)

PENCERAHAN :
Hukum pembayaran zakat melalui perkhidmatan Online (INTERNET) adalah harus.

Di Negeri Sembilan kaedah pembayaran zakat dengan cara ini adalah terhad kepada zakat harta sahaja tidak termasuk zakat fitrah.

KETERANGAN / HUJAH:

1. Pengenalan Pembayaran Zakat Online

Secara ringkasnya perkhidmatan ini adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan kepada umat Islam yang mempunyai akaun mana mana bank dan kemudahan internet. Melalui perkhidmatan ini, umat Islam hanya perlu melayari portal khas pembayaran zakat di www.zakatns.com.my untuk melaksanakan pembayaran zakat.

2. Pembayaran zakat melalui www.zakatns.com.my menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu penyertaan niat sewaktu pembayaran.

Seseorang pembayar zakat online hanya perlu menyertakan niat untuk membayar zakat sewaktu menekan butang komputer yang menunjukkan bahawa ia bersetuju untuk membayar zakat tersebut.

3. Ketiadaan lafaz niat tersebut tidaklah memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran tersebut kerana itifaq ulama” menyatakan bahawa niat itu letaknya di hati.

4. Ketiadaan lafaz aqad dari pembayar juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran zakat tersebut kerana aqad di dalam pembayaran zakat adalah perkara sunat sahaja.

* Walaupun begitu pihak kami tetap akan memaparkan aqad tersebut di hadapan skrin komputer dan pembayar bolehlah membaca aqad tersebut dan ia juga diterima sebagai aqad yang sah kerana ada kaedah yang menyebut yang bermaksud tulisan itu dianggap sebagai percakapan di dalam aqad.

5. Perkhidmatan pembayaran zakat menggunakan cara ini diasaskan kepada beberapa qawaiid al-fiqhiah antaranya:

i. Bermaksud : Amal yang mempunyai impak positif yang luas lebih baik daripada amal yang impaknya terbatas.

ii. Bermaksud : Usaha pemerintah terhadap umat Islam dikaitan dengan kemaslahatan.

Sekiranya diperhatikan kepada kaedah-kaedah Fiqh tersebut di atas menunjukkan betapa pihak pentadbir zakat wajib mencari cara termudah pembayar untuk menunaikan kewajipan berzakat dan cara ini dirasakan dapat menyelesaikan banyak masalah-masalah yang berkaitan dengan masalah zakat yang mana dengan cara ini juga lebih memudahkan pembayar zakat untuk membayar zakat.

Usah ragu- ragu lagi . Jom kira zakat anda dan tunaikan secara online klik di sini

Baca juga Tutorial: Cara Bayar Zakat Melalui M2U

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular Topics

Editor Picks