Boost dan 11street Tingkatkan Pengalaman Beli-Belah Dalam Talian Menerusi Jalinan Kerjasama eDompet

Tarikan utama:

  • 11street dan Boost kini menawarkan perkhidmatan eDompet yang menyepadukan pembayaran menerusi laman web dan mobil dengan satu imbasan kod QR atau kemasukan nombor PIN.
  • Penyepaduan storefront 11street dalam aplikasi mobil Boost dapat memberi pelanggan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih mudah dan pantas.
  • Menerusi jalinan kerjasama antara 11street dan Boost, kempen ‘Win A Car’ dan ‘Boosted Daily Deals’ turut dilancarkan bermula 28 September ini.

Kuala Lumpur, 28 September 2018 – Demi memudahkan pelanggan berbelanja sakan dan membuat pembayaran dalam talian (online), pasaran dalam talian terkemuka di Malaysia, 11street (www.11street.my) kini mengorak langkah menembusi pasaran pembayaran tanpa tunai menerusi jalinan kerjasama dengan Boost. Jalinan kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam perkhidmatan eDompet yang membolehkan pelanggan membayar menerusi laman web atau mobil dengan lebih mudah dan selamat melalui kod QR dan kemasukan nombor PIN pada platform eDagang.

Boost merupakan sebuah aplikasi eDompet terkemuka dengan bilangan ahli melebihi 3 juta orang. Kini, Boost memiliki sejumlah rakan niaga dalam talian dan ‘offline’ di lebih 40,000 lokasi yang mudah diakses. Boost berhasrat untuk mengubah dan mendorong kaedah pembayaran yang lebih mudah dan pantas tanpa wang tunai atau kad di kalangan pengguna. Sebagai pengganti virtual bagi pembayaran tunai menerusi dompet sebenar, Boost direka khas untuk memudahkan proses pembayaran atas talian di platform 11street. Lebih mudah, pantas dan ringkas! Aplikasi Boost memudahkan pembayaran dibuat tanpa keperluan untuk memasukkan butiran penghantaran dan bayaran secara manual bagi setiap pembelian. Bagi pelanggan, pengalaman membeli-belah dalam talian anda kini lebih menyeluruh, menarik dan penuh dengan ganjaran! Tidak perlu lagi tercari-cari gabungan kad kesetiaan pelanggan dan kaedah pembayaran terbaik di platform online. Pelanggan juga berpeluang untuk menikmati ganjaran selepas setiap pembayaran.

Bagi mengukuhkan jalinan kerjasama ini, Boost dan 11street kini menyepadukan storefront 11street dengan aplikasi Boost. Hanya dengan satu klik pada menu ‘Online shopping’ dalam aplikasi Boost, pengguna Boost kini boleh terus mengakses portal 11street. Pelanggan akan dibawa ke platform 11street bagi memudahkan pembelian dan pembayaran melalui eDompet Boost. Penyepaduan kedua-dua platform ini sekali gus memudahkan pengguna menikmati pengalaman berbelanja sakan atas talian dengan lancar tanpa mengakses pelbagai aplikasi berbeza. Langkah bijak ini diharapkan dapat memacu pembangunan ekosistem digital yang lebih menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Christopher Tiffin berkata: “Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memacu pembangunan Malaysia sebagai negara penggiat utama teknologi digital, kerjasama strategik antara Boost dan 11street ini diharapkan dapat menawarkan pelanggan kami satu pengalaman membeli-belah yang lebih baik. Menerusi jalinan kerjasama ini, ahli Boost dan 11street boleh membeli-belah dengan mudah dan pantas tanpa perlu mengakses pelbagai aplikasi berbeza. Hanya dengan satu aplikasi Boost, pelanggan boleh melayari storefront 11street untuk berbelanja dan mengakhiri pembayaran menerusi eDompet Boost. Mudah dan ringkas! Dengan kerjasama 11street, kami berhasrat untuk terus membangunkan rangkaian eDompet dan pengalaman berbelanja di talian yang lebih menarik dan efisien.”

Sementara itu, CEO 11street, CHEONG Chia Chou berkata: “11street amat berbesar hati dengan kerjasama bersama Boost untuk menjadi salah satu pasaran dalam talian pertama di Malaysia yang menyatukan kedua-dua aplikasi mobil dan web untuk pembayaran menerusi perkhidmatan eDompet dengan kod QR dan kemasukan nombor PIN. Kami juga amat teruja melihat storefront 11street dalam aplikasi Boost. Ini juga membolehkan kami berinteraksi dengan rangkaian pelanggan baharu selain menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan sedia ada.

Bagi meraikan kerjasama ini, Boost dan 11street akan menawarkan satu lagi berita baik – ‘Boosted Daily Deals’ untuk sejumlah barangan eksklusif mulai 28 September ini. Antara tawaran menarik ini termasuk televisyen pintar LED, telefon mudah alih, pembesar suara, pengecas mudah alih dan banyak lagi. Barangan harian yang ditawarkan ini akan diperbaharui setiap hari. Justeru, pelanggan berpeluang menikmati barangan eksklusif dan baharu dengan penjimatan dan potongan harga terbaik! Setiap kali promosi ‘Boosted Daily Deals’ ini dikemas kini, setiap pelanggan hanya dibenarkan membuat satu (1) pembelian. Bagi memulakan pembelian, pelanggan wajib menjadi ahli Boost dan 11street. Lebih menariknya, pelanggan juga boleh memuat turun kupon penghantaran percuma pada setiap bulan. Kupon-kupon ini juga akan ditawarkan untuk pembelian bernilai RM30 ke atas. Semua barangan ‘Boosted Daily Deals’ hanya boleh diperoleh daripada storefront 11street melalui aplikasi Boost. Sementara stok masih ada.

Selain itu, Boost dan 11street juga bekerjasama untuk melancarkan satu Kempen ‘Win A Car’. Menerusi kempen ini, pelanggan berpeluang untuk membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM86,000 termasuk konsol permainan, telefon mudah alih dan hadiah utama berupa sebuah kereta Myvi baharu! Bermula 28 September hingga 30 November ini, pelanggan yang berbelanja di laman web, aplikasi mobil, web mobil atau storefront11street dalam aplikasi Boost dan membuat pembayaran menerusi eDompet Boost layak menyertai peraduan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.  Bagi setiap pembelian pertama yang melebihi RM40 dan dibayar menerusi aplikasi eDompet Boost layak untuk satu (1) penyertaan. Perbelanjaan melebihi RM40 seterusnya menerusi aplikasi eDompet Boost layak untuk tiga (3) penyertaan tambahan. Semakin banyak yang dibelanja, semakin besar ganjarannya!

“Kami sentiasa berusaha untuk berubah seiring dengan perkembangan teknologi digital dunia bagi mempertingkatkan dan memperbaiki kualiti pengalaman membeli-belah dalam talian demi pelanggan kami selain menawarkan tawaran produk dan harga yang lebih menarik. Menerusi kerjasama dengan Boost, kami berharap pelanggan dapat berbelanja dengan gembira. Paling penting, kami berharap mereka juga berpeluang memperoleh ganjaran dan memenangi hadiah menarik sambil berbelanja sakan. Kereta sebagai hadiah utama hanya salah satu kejutan menarik yang telah kami sediakan untuk pengguna 11street dan Boost. Jangan lupa untuk terus melayari laman kami untuk mengetahui berita baik seterusnya,” kata CHEONG.

Mulakan pembelian anda di 11street hari ini dan gunakan Boost untuk membuat pembayaran. Anda mungkin berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Aplikasi 11street dan aplikasi Boost kini boleh dimuat turun daripada Google Play atau App Store.

LEMBARAN FAKTA

Mengenai 11street (www.11street.my)

11street merupakan pasaran dalam talian yang boleh dipercayai dan mudah yang menawarkan pelbagai pilihan produk pada harga yang kompetitif. Ia bermatlamat untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian dengan menjadikannya lebih khusus dan menarik. 11street mempunyai pilihan meluas kategori produk yang terdiri daripada Fesyen, Elektronik, Barangan Keperluan, Kesihatan & Kecantikan, Kanak-kanak & Bayi, Riadah & Sukan, Kediaman & Gaya Hidup serta Buku & Perkhidmatan, termasuk tawaran menarik seperti e-baucar. 11street juga adalah sebuah pasaran yang optimum, yang mana ekosistem pembarangan, pendidikan dan program latihannya mampu memberi sokongan kepada penjual terlibat tanpa mengira saiz perniagaan mereka. Ditubuhkan di Korea sejak tahun 2008, 11street kini merupakan salah satu daripada penyedia pasaran e-dagangan terkemuka dunia dengan 400,000 penjual yang menyediakan khidmat kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh dunia. 11street di Malaysia dioperasi oleh Celcom Planet Sdn. Bhd. – usaha sama diantara Axiata Digital Services Sdn. Bhd., SK Planet Ltd, dan PUC Ventures Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.11street.my

Tentang Boost

Boost adalah dompet gaya hidup mudah alih yang bertujuan untuk membawa revolusi kepada cara pengguna membuat transaksi setiap hari. Menggabungkan keperluan gaya hidup dengan teknologi digital canggih, Boost berusaha untuk menjadikan transaksi lebih mudah, pantas, lebih selamat & secara keseluruhannya lebih berbaloi buat pengguna.

Boost dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017, sebagai sebuah platform yang mendigitalkan perkhidmatan teras salah sebuah syarikat telekomunikasi – iaitu cara pengguna pra-bayar menambah nilai kredit mudah alih mereka. Lebih 3.0 juta pengguna Boost sekarang boleh membuat bayaran di 40,000 lokasi di seluruh negara.

Pengguna Android boleh memuat turun Boost daripada Play Store manakala pengguna iOS boleh memuat turun daripada App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web di https://www.myboost.com.my/ atau ikuti Boost di Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram (https://www.instagram.com/myboostapp/).

Pengguna Boost bermula dengan menambah wang ke dalam aplikasi ini melalui kad kredit, kad debit, atau mana-mana daripada 17 rakan usahasama perbankan atas talian kami. Kemudian, mereka pilih jumlah tambah nilai yang dikehendaki dan transaksi selesai. Ianya semudah itu! Semua pengguna pra-bayar tanpa mengira rangkaian boleh menambah nilai kredit mudah alih mereka bila-bila masa, di mana saja, dalam beberapa saat. Tak perlu lagi ke kedai dan menekan pin 16 digit. Pengguna pra-bayar juga menikmati pulangan tunai! Cuma goncangkan telefon untuk mendapat pulangan tunai. Pengalaman penuh ganjaran inilah yang menjadikan Boost berbeza daripada aplikasi tambah nilai pra-bayar mudah alih yang lain.

Pada Jun 2017, Boost melancarkan “Kedai Digital”. Pengguna Boost boleh membeli baucar digital daripada jenama kegemaran mereka pada tawaran/diskaun daripada rakan usaha sama Boost. Ada pelbagai baucar untuk menepati kehendak beberapa segmen seperti:

  • Peminat Permainan Video – Boost menawarkan tambah nilai kredit permainan untuk Steam Credits, Garena, MOL Points, PlayStation, Asphalt8 dan A-Cash
  • Penggemar Beli-Belah Atas Talian – 11Street, Lazada, Zalora, Fashion Valet dan Shopee untuk baucar tunai dengan potongan sehingga 20%.
  • Kaki Makan – Tealive, Boost Juice, myBurgerlab, KGB (Killer Gourmet Burgers), Inside Scoop, The Chicken Rice Shop, La Juiceria, Krispy Kreme, SushiQ, Nelson’s, DOME
  • Pencinta Musik, Dramas & Filem – dapatkan langganan bulanan daripada Spotify, Joox. Baucar wayang MBO. Untuk hiburan – Kami ada Sunway Lagoon, RedBox, Aquaria KLCC dan Legoland
  • Kesihatan dan Kecantikan – SimplySiti, SASA

Selain daripada membeli baucar-baucar ini, pengguna Boost juga boleh memberikannya sebagai hadiah buat mereka yang tersayang dengan pembalut dan mesej peribadi, menggunakan ciri bil pecahan yang unik, membayar bil-bil utiliti seperti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas, pemindahan wang percuma serta membayar parkir (di kebanyakan jalan utama di sekitar Lembah Kelang)

Boost membolehkan pengguna untuk membayar dengan telefon pintar mereka di lokasi yang turut serta tanpa kepayahan menggunakan tunai atau kad. Anda boleh membayar dengan Boost di lebih 40,000 titik sentuhan seluruh negara seperti di pasar malam, medan selera dan trak makanan, beli belah atas talian dan peruncit berjenama. Tambahan lagi, pengguna Boost boleh menghantar wang ke satu sama lain tanpa caj antara bank dan tanpa mengira rangkaian mudah alih mereka. Perkhidmatan lain termasuklah pembelian tambah nilai pra-bayar dan baucar digital serta pemberiannya sebagai hadiah, dan juga perkongsian pembayaran bil dengan ciri pembahagian bil yang unik. Pengguna juga mendapat pulangan tunai segera apabila menggunakan perkhidmatan ini dengan pengalaman penuh ganjaran yang membuatkan anda mahu terus menggunakannya. Misi kami adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk tidak menggunakan tunai, dan kami menyasarkan untuk mencapai matlamat ini dengan menjadikan Boost e-dompet gaya hidup pilihan Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend