Bosan Naik Teksi Atas Jalanraya? Jom Naik Teksi Helikopter Pula

Semakin maju nampaknya Malaysia dengan adanya perkhidmatan ‘Heli Taxi’ ini. Cakap je nak pergi mana lepas ni, kita naik helikopter pula untuk ke destinasi.

Aplikasi Heli Taxi Siap Lagi 3 Bulan

Dibangunkan oleh syarikat Heli Outpost Sdn Bhd, aplikasi untuk tempahan berkenaan dijangka siap lagi 3 bulan dengan dua jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

Pertama, ianya merupakan Helicopter Tour yang membolehkan anda mengelilingi Pulau Langkawi. Keduanya, Helicopter Taxi pula membolehkan anda terbang ke destinasi-destinasi pilihan.

11 Helikopter Untuk Bawa Jalan-Jalan

Sebenarnya, perkhidmatan helikopter ini telah bermula sejak tahun 2009 lagi. Namun, hanya pada tahun 2018 ini kita boleh guna aplikasi untuk menempah helikopter tersebut.

Robinson R44 – Naik 3 Orang

Robinson R66 Turbine – Naik 4 Orang

Pakej Perkhidmatan Menggunakan Naik Helikopter

Nakkan majlis perkahwinan yang grand, naik helikopter la apa lagi. Atau sewa helikopter untuk pergi bersiar-siar sambil mengambil gambar daripada atas.

Pakej-Pakej Sedia Ada

Daripada Pulau Langkawi Ke Kuala Terengganu kemudiannya ke KLCC, semuanya boleh dengan menaiki helikopter.

Mesti Mahal Kan?

Siapa kata? Sekarang ada promosi katanya serendah RM299 saja untuk seorang. Kira berbaloi juga untuk pengalaman sekali seumur hidup menaiki helikopter ini.

Sumber: FB Ikon Faiz Helioutpost

Usahawan Muda Di Sebalik Tabir

Paling mengejutkan, di belakang tabir perkhidmatan Heli Taxi ini adalah Faiz Sazali yang baru sahaja berusia 29 tahun.

Sementara nak tunggu aplikasi Heli Taxi tersebut siap, jom kita tempah helikopter sekarang juga dengan melayari laman web Heli Outpost.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend