Co-labs The Starling: Ruang Kerja Bersama Yang Mampan Mengubah Cara Bekerja

Co-labs Coworking, sebuah syarikat ruang kerja bersama di Malaysia, mengumumkan premis keduanya di Petaling Jaya, Selangor. Ruang pejabat berkeluasan 20,000 kaki persegi di The Starling Mall, Damansara Uptown, merupakan ruang kerja bersama terbesar dan yang kedua oleh Paramount Coworking, anak syarikat Paramount Corporation Berhad. Ia juga merupakan sebahagian daripada rancangan perkembangannya dengan 4 lagi ruang kerja bersama yang bakal dilancarkan pada 2019.

Pelancaran rasminya telah dihadiri rakan media, rakan kongsi dan para ahli Co-labs Coworking. Dengan tema “Let’s Experiment” (“Mari Bereksperimen”), acara pelancaran ini menampilkan konsep makmal eksperimen sains yang mencerminkan visi syarikat untuk mewujudkan ruang kerja ala makmal bagi menggalakkan idea-idea inovatif dan memupuk semangat kolaborasi, demi mewujudkan pengalaman bekerja bersama yang penuh impak dan bermakna.

Sejajar dengan matlamatnya yang mengalakkan pengembangan idea dan inovasi, Co-labs Coworking turut menganjurkan sebuah panel diskusi bisnes bertajuk, ‘Diversiti Mampan – Bagaimana untuk mewujudkan pembangunan ekonomi dan sosial untuk generasi akan datang’ yang menyentuh perspektif berkaitan diversiti mampan di tempat kerja dari aspek perniagaan startup , syarikat korporat, keupayaan dan jantina, teknologi dan banyak lagi.

(Kanan ke kiri) Terjemah di panel diskusi terdiri daripada Benjamin Teo, Pengarah Co-labs Coworking dan Ketua Pegawai Eksekutif Paramount Property Development Sdn Bhd; Ashley Suelyn Presiden Lean In Malaysia dan Pengasas The Real Planner; Audrey Ling, Ketua Pegawai Eksekutif NEXT Academy; dan Brian Tan, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama FutureLab(Kanan ke kiri) Terjemah di panel diskusi terdiri daripada Benjamin Teo, Pengarah Co-labs Coworking dan Ketua Pegawai Eksekutif Paramount Property Development Sdn Bhd; Ashley Suelyn Presiden Lean In Malaysia dan Pengasas The Real Planner; Audrey Ling, Ketua Pegawai Eksekutif NEXT Academy; dan Brian Tan, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama FutureLab

“Arus perniagaan kini telah kian maju dimana nilai, hala tuju dan budaya kerja lebih dihargai daripada keuntungan semata-mata. Ia sangat penting bagi setiap perniagaan untuk berada di ruangan dan suasana yang memberi inspirasi kepada setiap pekerja untuk berkembang dan membangunkan kemahiran mereka. Ruang kerja bersama membolehkan pertukaran idea yang inovatif di kalangan ahlinya – pertukaran pendapat ini akan melahirkan individu pemimpin yang berfikiran luas. Di Co-labs Coworking kami membantu perniagaan yang bertempat di sini untuk berlangkah ke hadapan melalui program mentorship . Kami mempunyai hubungan istimewa dengan FutureLab dan kami bekerjasama dengan mereka untuk membimbing ahli kami secara berkala. Selain itu, kami juga mempunyai para mentor tetap dari pelbagai latar belakang, kemahiran dan budaya, untuk membantu ahli kami mempertingkatkan kemahiran dan perniagaan mereka apabila diperlukan. Melalui ruang kerja bersama dan pembimbingan mentor, Co-labs Coworking mencipta persekitaran di mana idea-idea yang dikongsi bersama sentiasa diperjuangi dan diusahakan untuk mencapai matlamat” kata Benjamin Teo.

Co-labs Coworking adalah sebahagian daripada Paramount Corporation Bhd., syarikat pemaju terkemuka yang juga pemenang anugerah dengan rekod berprestasi selama 35 tahun. Paramount Corporation Bhd. mempunyai dua cabang perniagaan utama, iaitu pembangunan hartanah dan pendidikan. Dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang pembangunan, cabang ruang kerja bersama telah dibina di atas beberapa tunjang – kreativiti, kerjasama dan komuniti.

(Kiri ke kanan) Lembaga Pengarah Paramount Corporation Berhad di pelancaran rasmi Co-labs Coworking di The Starling Mall; Datin Teh Geok Lian, Quah Poh Keat, Beh Chun Chong, Fatimah Merican, Benjamin Teo, Datin Esther Teo, Dato’ Teo Chiang Quan, Ong Keng Siew dan Datuk Seri Michael Yam

Nama Co-labs berasal daripada perkataan ‘kolaborasi’. Co-labs Coworking menawarkan ahlinya peluang perkembangan dalam persekitaran yang kondusif di mana mereka boleh bekerja, belajar, beriadah dan menerajui kemajuan. Kerjasama dengan FutureLab dibentuk untuk menyediakan para usahawan, peniaga SME dan pekerja bebas dengan bimbingan yang mereka perlukan untuk mencapai matlamat pertumbuhan dan pembangunan tersendiri.

Co-labs Coworking juga berkerjasama dengan KDU University College untuk menawarkan peluang program pelatih internship kepada para pelajar dan menempatkan mereka dengan para ahli Co-labs yang terdiri daripada pelbagai jenis perniagaan.

Co-labs The Starling berada di lokasi yang amat strategik – Lembah Klang, Damansara Uptown – ia ditempatkan di dalam kawasan yang mempunyai banyak kemudahan

Co-labs Coworking adalah ruang kerja yang direka dengan nilai estetika yang tinggi, denganpersekitaran pepohon hijau yang nyaman dan diiringi elemen perabot kayu Cengal yang  berusia 200 tahun yang dikitar semula dari sebuah kilang kasut lama di Klang. Kayu ini digunakan pada ciri-ciri utama dinding, dalaman serta stesen kerja. Ruang kerja bersama di sini juga tersedia dengan kemudahan yang unik dan nyaman seperti pod tidur, bilik mandi, bilik untuk ibu menyusu, bilik arked dan studio fotografi produk.

Co-labs The Starling terletak di lokasi strategik di Lembah Klang, Damansara Uptown – alamat perniagaan yang dikenali dengan pelbagai kemudahan seperti bank, pasar raya, restoran, pusat dobi dan tempat letak kereta di dalam pusat membeli-belah. Semua kemudahan ini memberi manfaat kepada ahli Co-labs untuk memenuhi keperluan harian perniagaan mereka.

Dalam ekosistem kolaboratif di mana idea-idea yang berbeza dapat berkembang, Co-labs Coworking adalah tempat yang paling sesuai untuk perniagaan terus maju. Misinya adalah untuk membina komuniti bagi mereka yang berfikiran sama dan menyatukan mereka di bawah satu bumbung demi mencapai matlamat masing-masing. Etos ini adalah tema utama slogan mereka – Where Amazing Happens (Di Mana Kehebatan Berlaku).

Mengenai Co-labs Coworking
Co-labs Coworking, yang merupakan sebahagian daripada jenama Paramount Property, adalah ruang kerja bersama yang direka unik untuk usahawan, pekerja bebas, startup, dan syarikat korporat. Co-labs Coworking ingin terus menghubungkan komuniti dalam ekosistem kolaboratif. Ahli boleh berkembang melalui pencetusan idea, bimbingan, latihan dan program rangkaian pelabur.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend