Cristiano Ronaldo Lancar Buku Komik “Striker Force 7”

OS ANGELES, 5 Mei 2019 /PRNewswire/ — Bintang handalan yang terhebat di dunia kini menjadi adiwira hebat yang seterusnya di dunia! Cristiano Ronaldo, atlet bintang handalan ikonik melancarkan buku komik pertama beliau untuk “Striker Force 7” sebagai sebahagian daripada “Hari Buku Komik Percuma” melalui penjual-penjual buku komik di seluruh negara pada hujung minggu ini.

Dipimpin oleh Cristiano, sekumpulan ejen dengan kuasa super yang berbagai-bagai ragam dari seluruh dunia perlu melindungi Bumi daripada kemusnahan – dengan syarat Cristiano dapat mengajar mereka cara bekerjasama sebagai sebuah pasukan! Mereka berada di sini untuk menyelamatkan Bumi – tetapi, siapakah yang akan menyelamatkan mereka dari satu sama lain!?

“Saya sentiasa menjadi peminat adiwira dan saya teruja untuk membantu mencipta siri animasi yang baharu ini,” ulas Cristiano Ronaldo“Sebagaimana sukan bola sepak menghubungkan budaya dan orang ramai di serata dunia, saya percaya bahawa watak-watak dan wira-wira animasi yang hebat dapat melakukan yang sama dan atas sebab itulah saya berasa teruja untuk menggabungkan minat antara bola sepak dan adiwira ini melalui projek ini dan berkongsi bersama peminat-peminat saya.”

Striker Force 7 ialah sebuah kisah baharu, dicipta oleh Cristiano Ronaldoserta pencipta watak adiwira, Sharad Devarajan dan buku komik ini adalah berdasarkan siri animasi yang kini sedang dihasilkan. Cristiano dan Devarajan merupakan Penerbit-penerbit Eksekutif untuk siri animasi ini, berserta Diego Guarderas daripada VMS Communications, pasukan Polaris Sports dan Jeevan J. Kang, Naib Presiden Kreatif Graphic.

Edisi istimewa Hari Buku Komik Percuma ditulis oleh penulis animasi Merill Hagan dan diilustrasikan oleh Jeevan J. Kang dan untuk berjuta-juta peminat Cristiano, versi buku komik kulit depan varian edisi terhad yang istimewa kini turut tersedia di StrikerForce7.com

Cristiano Ronaldo’s Striker Force 7 Cover for Free Comic Book Day

Selain keistimewaan Hari Buku Komik Percuma, Cristiano dan Devarajan turut memeterai perjanjian penerbitan Eropah 8-wilayah untuk melancarkan siri tiga novel grafik asli berdasarkan watak-watak mereka, dengan buku pertama akan dilancarkan pada lewat tahun ini.

Untuk maklumat tambahan sila kunjungi www.strikerforce7.com untuk sentiasa mendapat perkembangan terkini tentang maklumat baharu.

LATAR BELAKANG GRAPHIC INDIA

GRAPHIC INDIA ialah sebuah syarikat hiburan watak yang menumpu untuk mencipta watak, komik dan cerita utama melalui platform mudah alih dan digital. Melalui studio animasi kreatif mereka yang memenangi anugerah di India, misi Graphic adalah untuk mencipta kisah dan wira yang mampu bertahan yang dapat memupuk imaginasi serta mendorong inspirasi generasi belia global baharu di seluruh dunia www.graphicindia.com

Sumber: Graphic India

Related Links:http://www.graphicindia.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend