CTOS ConneX dilancarkan dengan Kecerdasan Korporat untuk syarikat-syarikat

KUALA LUMPUR, September 7, 2017 – CTOS, agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia, dan Handshakes Technology (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal teknologi kecerdasan korporat, telah menandatangani satu persetujuan perkongsian untuk membekalkan perkhidmatan kecerdasan korporat kepada syarikat-syarikat Malaysia di bawah naungan ‘CTOS ConneX’.

CTOS ConneX adalah salah satu daripada alat analisaan paling berkuasa di Asia yang memberikan perkhidmatan diperkemas untuk pencarian berkesan ke atas profil perniagaan atau individu dan hubungan merentas pelbagai pasaran Asia. Ia adalah sebuah platform analisaan operasi berpusat sehenti yang memetakan semua hubungan yang mungkin dan sedia ada di antara syarikat-syarikat dan individu di dalam ekosistem perniagaan.

Melalui prospektus IPO, pengungkapan korporat, laporan tahunan, siaran akhbar dan deklarasi pengarah, platform dinamik CTOS ConneX memberikan akses kepada maklumat korporat yang dikumpulkan dan diperjelaskan di samping memantau syarikat-syarikat di Malaysia, Singapura dan Hong Kong, sekaligus membolehkan bank, golongan profesional pasaran modal, pengatur serta penyelidik mendapatkan pemahaman berkenaan sebarang syarikat atau individu di rantau ini.

“Berpandukan perdagangan merentas sempadan yang semakin berkembang serta peningkatan dalam permintaan untuk maklumat mengenai perniagaan berpotensi serta pengurusan risiko dipertingkat, CTOS ConneX akan memberikan klien korporat kami sebuah alat bernilai bagi menyokong produk risiko kredit sedia ada yang ditawarkan melalui Pengurus Kredit CTOS” kata Dennis Martin, CEO Kumpulan bagi CTOS Holdings Sdn Bhd.

CTOS ConneX menggunakan sebuah algoritma bagi menemukan laluan kepentingan komersial di antara pelbagai syarikat dan individu yang membantu mengenal pasti konflik kepentingan dalam masa beberapa saat, berbanding dengan menyemak ratusan rekod yang mungkin meningkatkan kos dan mengambil masa. Dengan hanya sebuah nama, hubungan radial dan hierarki boleh dianalisa melibatkan individu dan entiti korporat.

Rangkaian yang dibekalkan boleh diubahsuai untuk Malaysia sahaja, atau boleh merangkumi data daripada seberang sempadan di Singapura dan Hong Kong juga.

“Melaksanakan semakan latar belakang dan usaha wajar adalah satu proses manual intensif- masa selama bertahun, teknologi kami menjadikannya automatik,” terang CEO dan Pengasas Handshakes Technology, Daryl Neo. “Produk kami mengungguli bidang ini kerana kami mengkhusus dalam analisa rangkaian-rangkaian syarikat. Buat masa sekarang, alat-alat kami digunakan secara meluas oleh institusi-institusi kerajaan Malaysia. Melalui CTOS dan rangkaian korporat luas mereka yang merangkumi lebih 10,000 IKS, kami juga berhasrat untuk memberikan akses kepada sektor swasta.”

CTOS ConneX akan mula ditawarkan bermula dari 7hb September 2017. Syarikat-syarikat boleh mendaftar untuk Percubaan PERCUMA selama 7-Hari pada bila-bila masa dari sekarang sehingga 31hb Oktober 2017. Walaupun fungsi utamanya adalah untuk tujuan usaha wajar, klien masakini mendapati bahawa alat ini banyak membantu dalam mengembangkan perniagaan dengan mengenal pasti klien baharu berpotensi yang berkaitan daripada senarai klien sedia ada mereka, serta pemulihan aset untuk tujuan insuran dan perundangan.

Untuk maklumat lanjut dan untuk melanggan perkhidmatan CTOS ConneX, sila layari www.ctoscredit.com.my/business/ctosconnex.

 

Latar belakang CTOS Data Systems Sdn Bhd

CTOS, agensi pelaporan kredit swasta terbesar di Malaysia, adalah sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS memiliki lebih 25 tahun pengalaman dalam membantu pemberi kredit membuat keputusan kredit yang lebih bijak. CTOS menggunakan maklumat daripada pengguna dan domain awam bagi menyokong keputusan berpengetahuan dan menyelaraskan pengurusan risiko berasaskan fakta apabila memberi pelanjutan kredit. CTOS menyediakan satu portfolio lengkap merangkumi laporan kredit dan perkhidmatan nilai tambah dan digunakan dengan meluas oleh institusi perbankan dan kewangan negara, syarikat insuran, perbadanan besar, firma guaman, perniagaan, negeri dan badan berkanun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ctoscredit.com.my

 

Latar belakang Handshakes Handshakes Technology (M) Sdn Bhd

Handshakes Technology Malaysia adalah sebuah IKS serantau yang beribu pejabat di Singapura dan mempunyai pengaruh serantau di Malaysia, Hong Kong, Vietnam, dan Thailand. Handshakes mengkhusus dalam Analisaan Korporat dan Kecerdasan Buatan yang membantu pelanggan untuk mengurangkan risiko pihak lawan dengan menawarkan produk usaha wajar dan sistem maklumat di samping mengurangkan risiko proses dengan menawarkan penyelesaian automasi pintar. Handshakes digunakan dengan meluas oleh pengatur (cth. pengatur pasaran, pihak berkuasa cukai), agensi penguatkuasaan (cth. polis, jenayah kolar putih, anti-korupsi), golongan profesional perbankan pelaburan (cth. pengurus terbitan, agen peletakan, penaja-penaja, penasihat tadbir urus korporat), peguam (cth. pasukan ‘onboarding’, pasukan kutipan), penyelidik (cth. universiti, persatuan perdagangan, persatuan profesional), dan penyiasat swasta di seluruh rantai ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.handshakes.com.sg

Komen

komen