‘Cukai Pelancongan’ Berkuat Kuasa Julai Bukan Ogos, Rakyat Malaysia Juga Kena Bayar

Langkawi, Pulau Pinang dan Melaka dah lama ada “cukai hotel”

Terkini : Memetik laporan dari Bernama, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan , Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata 1 Julai merupakan sasaran penguatkuasaan cukai ini. Cukai hanya dikenakan kepada mereka menginap di hotel bertaraf 4 bintang dan ke atas sahaja.


7 Jun 2017 – “Cukai Pelancongan” akan berkuat kuasa pada 1 Ogos. Cukai itu bakal membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan.

Cukai itu ialah sebahagian daripada Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat April lalu.

Kadar cukai itu adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan seperti berikut:

1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam

Sumber : malaysiakini.com

Nota : Taraf Orkid merupakan pengelasan yang diwujudkan bagi memenuhi keperluan permis penginapan berbentuk “budget”.

Contoh pengiraan:

Walau bagaimanapun, menurut laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan ini dikecualikan bagi homestay yang berdaftar dengan kerajaan, mana-mana premis yang mempunyai bilik kurang dari 10 bilik dan mana-mana penginapan yang diselenggara oleh institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial.

Cukai Hotel

Tahu tak di Langkawi, Pulau Pinang dan Melaka dah lama ada “cukai hotel”?. Mungkin ramai yang tak perasan. Setiap negeri itu mengenakan “bayaran” berbeza untuk jumlah hari mereka tinggal di sesebuah hotel.

Pulau Pinang memperkenalkan “bayaran kerajaan tempatan” kepada pelancong yang tinggal di hotel sejak 2014, dengan RM3 untuk setiap malam bagi hotel 4 dan 5 bintang, RM2 untuk hotel 3 bintang dan tempat tinggal lain seperti asrama, hotel bajet dan rumah tumpangan.

Di Langkawi pula, surcaj RM9 setiap malam dikenakan ke atas semua hotel, manakala cukai warisan RM2 dikenakan untuk penginapan setiap malam di Melaka.

Berita Buruk Untuk Kaki Travel?

Nampaknya di Facebook ramai yang menyuarakan kebimbangan dengan cukai baru ini. Maklumlah demam GST juga masih belum kebah, ini tup tup tambah lagi satu cukai!

Sad news for travellers and backpackers yang akan travel around Malaysia…

Cukai Perlancongan di Malaysia? Hahahaha…..Lets go to Batam, Puas hati….

Kata Tourist Tax tapi kenapa local terbabit? Kebebalan apakah ini?

Pastinya mereka yang bimbang ini adalah golongan kaki travel atau kaki cuti-cuti Malaysia. Logiknya mengapa mereka yang “terlebih duit” (kerap bercuti) ini perlu bimbang? Jika “tidak berduit” boleh pilih untuk menginap di homestay yang dikecualikan cukai ini.

Berdasarkan laporan dari Tourism Malaysia sebanyak 23,973 buah pakej pelancongan domestik bernilai RM6,560,795.60 telah terjual di Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) yang telah berlangsung pada Mac 2016 yang lalu. Ia adalah peningkatan sebanyak 10% berbanding MATTA Fair edisi September 2015.

Tourist Tax

Bilik Hotel Akan Lebih Mahal RM20

Seperti yang dilaporkan, caj tertinggi iaitu RM20 akan dikenakan jika menginap di hotel 5 bintang. Jom kita lihat senarai five star hotel di sekitar Kuala Lumpur:

  1. Mandarin Oriental – bermula dari RM769 – RM5,999 satu malam
  2. Shangri-La Hotel – bermula dari RM540 – RM1,140 satu malam
  3. The Majestic Hotel – bermula dari RM355 – RM1,099 satu malam
  4. Royale Chulan – bermula dari RM315 – RM930 satu malam
  5. Putrajaya Marriott Hotel – bermula dari RM280 – RM999 satu malam

Jika mampu untuk menginap di hotel semewah ini, apalah sangat RM20 tu. Saya pasti rakyat Malaysia akan tetap pergi bercuti dan menginap di hotel-hotel, melainkan betul-betul “terbeban”. Harapnya budaya sanggup berhutang untuk bercuti supaya terlihat gah di media sosial tidak menjadi tabiat rakyat kita.

Berapa Banyak Hotel & Resort Di Malaysia?

Mengikut data dari pihak MAMPU, sehingga Mac 2016, berikut merupakan pecahan hotel dan resort di Malaysia mengikut bintang:

5 bintang : 450 buah
4 bintang : 568 buah
3 bintang : 1,311 buah
2 bintang : 1,032 buah
1 bintang : 361 buah

Jumlah keseluruhan hotel dan resort di Malaysia saja ada 3,722 buah, banyak ke sikit tu?

Adakah dengan pengenalan cukai terbaru ini akan memberi kesan kepada industri pelancongan negara? Sama-sama kita nantikan.

p/s : Kalau nak tahu berapa “Cukai Pelancongan” di Spain, Italy dan negara Eropah yang lain boleh baca di sini.

Komen

komen