Dividen KWSP Simpanan Syariah Turun 0.5%, Manakala Konvensional Turun 0.75% Bagi Tahun 2018

Alhamdulillah, baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.9% bagi simpanan Syariah, turun sebanyak 0.5% berbanding tahun lalu.

Manakala KWSP mengumumkan pemberian dividen sebanyak 6.15% bagi simpanan konvensional, turun 0.75% berbanding tahun lalu.

Sumber: Laman Web KWSP

Tahu tak, kebanyakan dana KWSP dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia?

Banyak Pelaburan KWSP Rugi Pada Tahun 2018

Kira bersyukur jugalah, di kala pasaran saham indeks FBMKLCI telah turun sebanyak 9.16% pada tahun lalu, pihak KWSP masih mampu memberi dividen sebanyak ini. Tengok sendiri Prestasi Tahunan FBMKLCI Dari 1982-2019. Dan untuk pengetahuan, FBMKLCI terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.

Nak tahu kat mana KWSP banyak melabur dalam syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, boleh baca dalam artikel Duit KWSP ‘Hilang’ RM6 Bilion?

Semoga tahun 2019 membawa sinar harapan yang baik untuk negara kita, bersama-sama kita berusaha dan berdoa agar Malaysia terus maju.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend