Ekonomi Malaysia Berkembang 5.4 Peratus Pada Suku Pertama 2018

Ekonomi Malaysia berkembang 5.4% pada suku pertama 2018 dipacu permintaan domestik. Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata pertumbuhan terus disokong oleh sektor swasta dan eksport bersih.

Beliau berkata, pertumbuhan penggunaan swasta kekal kukuh disokong peningkatan upah dan pekerjaan. Melangkah ke hadapan, katanya, kepenggunaan swasta dijangka kekal kukuh disokong oleh pertumbuhan mantap pendapatan, pekerjaan dan sokongan berterusan langkah kerajaan.

“Bagaimanapun, segmen berpendapatan rendah terus berdepan cabaran,” katanya pada sidang media mengenai prestasi ekonomi suku pertama 2018, di sini, hari ini.

Mengenai ringgit, Muhammad berkata, ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebanyak 5.2 peratus pada suku pertama 2018.

Beliau berkata, ringgit kekal stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap pengukuhan ekonomi negara.

Katanya, hutang luar kekal terurus dan akan terus dipantau.

Pada suku pertama 2018, inflasi rendah dan ia dijangka menyederhana tahun ini.

Pada suku pertama 2018 ini juga, lebihan akaun semasa terus kukuh.

Sumber: Berita Harian Online

Ekonomi Negara Malaysia Berkembang, Ekonomi Rakyat Malaysia Pula Bagaimana?

Diharapkan apabila GST Sifar Bermula 1 Jun 2018 nanti, ekonomi rakyat Malaysia pula semakin berkembang. Diharapkan harga barangan akan menurun, dan kita akan mempunyai duit lebihan untuk dibelanjakan. Takdelah sesak sangat nanti.

Kalau nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend